Followers

Saturday, June 6, 2009

Bunga Manggar


Bunga manggar biasanya digunakan dalam sesuatu majlis. Ianya dibawak oleh gadis-gadis cantik untuk mengiringi tetamu utama sama ada orang besar, YB, menteri atau raja. Bunga manggar juga di bawa untuk mengiringi pengantin lelaki yang akan naik pelamin pada hari perkahwinan. Bunga manggar mendapat nama kerana ianya seakan-akan manggar yang keluar dari seludang nyior. Ia dibuat dari beberapa batang lidi yang dibalut dengan kertas mengelip dan seterusnya dicucuk-cucukkan pada buah betik muda. Kendian carilah kayu yang lesoh lesoh agak-agak panjang sedepa dan cucukkan kepada buah betik tadi untuk dijadikan pemengang atau batangnya.

Selain dari mengiringi tetamu dan pengantin bunga manggar juga berfungsi sebagai tanda atau penunjuk arah bagi majlis kenduri kahwin. Ianya dicacak dimerata-rata simpang dimana jalan masuk kerumah kenduri kahwin tersebut. Kadangkala ianya dilekatkan pada tiang lampu isyarat atau sign board JKR. Pada setiap bunga manggar ini dilekatkan nama pengantin dan tarikh nikahnya, supaya senang tetamu percam dimana arah rumahnya. Sekarang ni banyak majlis kenduri kahwin ini menggunakan banting yang ada gambar pengantin lelaki dan perempuan serta maklumat majlis supaya lebih mudah dan jelas lagi.

Pada musim cuti kali ini banyak kenduri kahwin dimerata kampung dan taman-taman perumahan. Jadi banyaklah bunga manggar yang dipancang merata simpang dan muka jalan. Dek terlalu banyak bunga manggar mulalah tetamu ca ca ( confius ) mana satu tala rumah yang menjemput. Yang menjemputnya ayah pengantin tetapi nama pada bunga manggar nama pengantin. Nak pulak kad jemput lupa bawok. Tak ke raban dibuatnya?.

Oleh kerana dah sampai , teruskanlah jugak niat tu. Mulalah tanya sana, tanya sini. Yang kena tanya pun tak tahu juga. " Entah" katanya. Dia pun macam kita juga.. dari jauh. Jadi apa macam?.. redah jugaklah. Nampak kanopi dan ramai orang bederun-derun tala kesitu. Ini lah agaknya?. Parking kereta dan ambik hadiah untuk pengantin dan sama-sama dengan orang ramai ke khemah jamuan. Intai intai jugak kot kot ada bapak pengantin. Tak nampok pun?. Penyambut tetamu sibuk suruh makan " jemput makan .. sila sila " sambil ambil hadiah yang kita bawak.

Bila nak balik jumpa semula penyambut tetamu tadi , bersalam dan kata kepadanya " kirim salam jelah kat Pak Derih ". Dia pun jawab " Insyallah ". Bila nak keluar , payah nak berpaling balik kerana dah sesak dengan kereta yang datang, jadi teruslah keluar ikut lorong satu lagi. Nampak lagi kanopi kenduri kahwin jugak. Dari jauh dah nampak Pak Deris dengan baju melayu birunya melayan tetamu yang datang dan yang nak balik. Lah..dah salah rumah lah tadi.

Kalau dah macam itu .. nak salahkan sapa?. Tak kan nak salahkan bunga manggar pulak.


2 comments:

eL said...

hehehehe...tu lah hari tu pernah jugak cakap dgn kawan, bunga manggar tu patutnya kena letak tarikh. kalau tak, tah mana satu kita pun tak tau. dah banyak2 tu, diorg tau pacak je. nak mencabutnya liat.

endiem said...

Memanglah kalau sebelum kerja kahwin tu ramai sgt yang nak tolong.. tapi bila dah lepas hari besar nak cabut bunga manggar pun tunggu majlis daerah...