Followers

Wednesday, June 3, 2009

Laksa Pahang

Kalau pergi ke pekan sari atau mana-mana pasar malam, kita akan selalu jumpa laksa penang. Jarang benar kita terjerempak dengan orang yang menjual laksa pahang. Sedangkan kita di negeri Pahang , laksa pahang payah nak jumpa, tapi laksa penang dimerata ceruk ada. Dimana agak silapnya. Atau memang takdak resipi laksa yang diberi nama laksa pahang.

Sebenarnya Laksa Pahang memang ada, kalau tak silap koi KDYTM Tengku Puan Pahang ada jugak mempromosikan Laksa Pahang. Laksa pahang ini hanya boleh jumpa bila ada jamuan dan kenduri-kenduri dikawasan -kawasan Pekan dan Kuantan.

Pakage laksa pahang terdiri dari laksa, kuah, ulam dan sambal. Laksa dibuat menggunakan tepung yang di uli dan dimasukan kedalam gebuk ( acu dia lah) untuk dikeluarkan laksanya dan terus direbus . Satu gebuk boleh dapat 4 hingga 5 cap laksa . Cap adalah ukuran laksa yang sesuai dimakan. Biasanya sekali makan 1 atau dua cap. Tapi ada juga godong yang makan lebih pada 5 cap.

Kuah laksa pahang bukan lah macam kuah laksa penang. Kuah laksa penang cair dan dibuboh bunga kantan. Kuah laksa pahang juga bukan macam kuah laksang atau laksa trengganu yang kuahnya kuah lemak putih. Kuah laksa pahang pekat, lemak dan berwarna kekuningan. Bahan-bahannya terdiri dari ikan tenggiri, santan, kerisek dan lain-lain. Ulamnya dibuat dari daun-daun seperti daun kaduk, daun selasih, mentimun dan taugeh. Sambal lada dan sedikit belacan. Bagi yang berminat bolehlah buat sendiri kerana nak beli susah sikitlah nak jumpa. Resipinya bolehlah didapati dari site:http://www.mdpekan.gov.my/web/guest/111

Agak-agaklah, laksa pahang ni kurang sambutan atau kurang promosi.

7 comments:

hai said...

bukan kurang promosi atau sambutan,masalahnya payah nak buat(cerewet).kalu tgk arwah mak mertua buat tu,ikan kembung tu dibakar dulu,bukan cam kuah laksa lain,main rebus je,pastu guna ikan masin sikit.tak kena cara tak sedap,tgk yang jual tu,kuahnya tak berapa nak pekat.lagipun laksanya mesti dibuat sendiri,tak sedap guna laksa segera tu.dah tak ramai orang yang mengusahakan laksa basah gitu!
Apa2 pun memang rugi sapa tak penah makan laksa pahang.memang best!tak sama dengan kuah laksa tempat lain.

endiem said...

Terima kasihlah kerana memberi pandangan. Koi pun tak terpikir mengenai untung ruginya bisnes semacam itu. Tapi kalau nak makan kenalah tunggu kalau ada jamuan atau membuat tempahan dari orang yang mengusahakannya kot.

Hashim Zabidi said...

Saya dah pernah rasa dekat Baserah lama dulu, lebih dua puluh tahun dulu dalam satu keduri bertunang. Rasanya antara ingat lupa, ha ha ha...

endiem said...

Pak Hashim.. Rasanya sama je dulu dan sekarang.kadangkala tekak kita je yang lain, ha ha ha...

Shahril Rakeb said...

hmm....kenangan lame buat laksa pahang...hmm...still finding sape2 nk jual gebuk or dapat sewa pun ok jgk tok wat laksa raya tahun ney..hurrmmm... =(

faqir ilallah said...

Saya menerima tempahan membuat laksa pahang ini. Saya duduk di pekan pahang. Harga tempahan adalah RM35 sekilo. No hp 0199980866 ida

Anonymous said...

senang sgt buat nye.xpyoh pkir yg leceh2,ikan masin.ni my mom pure org phg dr dlu smpai skrg sma je cra masak.gne ikan selayang,rebus jer