Followers

Sunday, June 28, 2009

Musim Buah

Musim buah tiba lagi. Separuh separuh tempat buah duyan dah setat gugur. Banyak pondok yang menjual derian di sepanjang lebuh. Godong godong yang ada dusun sedaplah. Kalau buah menjadi, boleh lah mula menebas pangkal-pangkal pokok dan betul-betulkan pondok tunggu derian tu. Siap-siapkan lah lampu picit dan belilah ubat lampu lebih sikit. Mana mana pokok yang boleh dijangkiti tupai , salutkan batangnya dengan zing, biar tak lepas tupai naik keatas.

Dengar cerita kat Beserah, Sungai Lembing dan Kg.Pejing Chenor menjadi kali ini. Tapi kat Ulu Sungai, Batu Talam dan Ulu Atok tak tahulah. Dah lama tak kesana. Kebanyakan derian yang jual kat tepi jalan depan Taman Sepakat tu katanya dari Segamat.

Derian kampong sedap. Takat dua tiga bijik tu sekali hadap, tak pada aje. Kalau ada yang dah merekah dan lama sikit bolehlah buat asam. Kupey kulit ambik isi derian buboh dalam molo besar dan boleh simpan lama. Tempoyak sedap buat masak asam dengan timun tahun atau buat sambal garam lada. Godong godong kat Ulu Ceka dan Damak suka buat asam tempoyak, bermolo-molo.

Selain dari derian, mutan, langsat, duku dan dokong juga berbuah. Tapi tak masak lagi. Tak lama lagi lah tu. Di Maran, dekat Kg. Luit buah bidara nampoknya menjadi sangat tahun ni. Tapi buah ini suka sangat dik kelasah. Silap gaya kalau tak pagar dengan jaring habeh sepokok tak dan masak kerja dek dia.

Kome tak de dusun.. Kalau ada boleh juga ajak godong-godong.

4 comments:

Hashim Zabidi said...

endiem, salam...

Di Lipis kurang menjadi tahun ni. Ketnya klu nak makan bolehlah. Baru nak belajor gugur.

Ada godong kah kabor klu nok ke derian tak payah balik kampung, kat tepi jalan, merata jalan tu bersepoh org jual durian. Sedia ke duitnya aje. Klu ada duit macam ada kebun derian jugok.

relevan said...

Meh tmpt kwn lah..durian banyak..tp kene bwk duit banyak2..hehe..buat beli durian..

hai said...

Tah ya ke tidok tu derian segamat..koi baru balik dari segamat semalam...tak berapa nak meriah je orang berjual derian...lagi hebat kat gambang,jalan nak ke muadzam tu pulok!
koi tgk org belah2 raub,jerantut...sebelah sana la..dia buat tempoyak dari isi derian yang paling sedap kita nak makan tu..patut pun tempoyaknya sedap dan tahan lama..tak yah masuk peti pun elok je..tapi org belah pekan/kuantan ni dia buat tempoyak dari isi2 derian hok doh nak masam,hok doh tak berapa sedap ....

endiem said...

Pak Hashim .. Wsalam
Kalar derian Peruang gugor.. alamat penuhlah pekan sari Benta dengan orang bejuai derian. Kalau duit banyak boleh berkandar derian bawak balik.

releven:
Derian tak leh makan banyok banyok ..nanti panas . mulalah minum air dalam pangsa.

hai..
Koi pun tak pasti derian mana .. penjual kata. sebab segamat doh di cop sebagai tempat yang keluar derian. Tempoyak Lepih , raub dan jerantut memang sedap. Tapi kalau buat serawa derian makan dengan pulut lagi sedap.