Followers

Monday, June 22, 2009

Ubat Lampu , Lampu Picit

Pernah sekali koi soroh anak koi, Syukri yang berumur 10 tahun. " Adik gi kedai depan beli 3 biji ubat lampu" . Dia ternganga " ubat lampu?" katanya. " Ya.. ubat lampu picit" gelar koi padanya. "Tak paham" katanya lagi. Lalu koi ambik lampu picit dan keluarkan ubatnya dan koi tunjukkan kepadanya. " ooo... katalah bateri lampu suluh ".

Lampu suluh atau lampu picit masih digunakan lagi hari ini terutamanya di kampong-kampong. Di separuh separuh tempat ia digelar lampu selait. Paling koman yang menggunakan ubat 2 bagi kegunaan biasa. Ada yang menggunakan ubat 4 bagi tujuan menyuluh binatang ketika berburu. Ayah dan Aki di kampong menggunakan lampu picit untuk balik dari surau. Orang tua sangat cermat menjaga lampu picitnya. Kalau ada anak cucu yang berkara kepada lampu picit nya itu cepat-cepat dia menegurnya " Jangan dikosek wok lampu aki teh .. nanti abih obat..malap dia "

Kadang kala lampu picit penting untuk menyuluh musang atau ular yang masuk dalam reban ayam. Apabila black out lampu picit amat penting. Kalau takdok lampu mulalah teraba-raba dalam gelap. Silap raba terraba benda lain. Tapi sekarang hand phone boleh mengantikan peranan lampu picit.

Koi sebulan sekali pegang lampu picit semasa meronda SRS Rukun Tetangga. Masa tulah nak suluh sana nak suluh sini.

4 comments:

Anjang said...

Kome ingat lagi masa kecik dulu..kalau ubat lampu picit tu dah malap sikit mentolnya..ayoh kome jemur ubat lampu tu. Masul balik..terang la sekejap mentolnya. Dan 2 kali jemur tak de la..campok dalam semok je la. Tak pun buat baling ayam hok nak makan padi bejemur de laman rumoh..

endiem said...

Anjang
Tak pun.. buat rejam buah kuini je tapi kalau kena dahi bincut dibuatnye

Relevan said...

kwn cukup nyampoh dengan torch lite ni bila dia terselit..kene katok nalor kala nk bg dia nyala..ander sekali te kwn cempak je torch lite kat tepi reban..kes nye terselit..

Basuh Baju said...

kalaulah torch lite tu glow in the dark..haha