Kebanyakan bandar bandar di negeri Pahang terletak di tepi sungai. Bandar Lipis terletak di tebing sungai Lepih dan Sungai Jelai, Bandar Temerloh dan Pekan membangun di tebing Sungai Pahang manakala Bandar Kuantan terletak hampir dengan Sungai Kuantan. Tidak dapat dinafikan bahawa pada zaman dahulu sungai memainkan peranan penting sebagai satu alat perhubungan dan pengangkutan pada orang ramai. Maka banyaklah bandar bandar wujud di tebing tebing sungai pada ketika itu.
Pada masa ini perhubungan dan pengangkutan melalui jalan sungai tidaklah begitu penting lagi. Sebagai contoh tak de lagi bot bot pengangkutan orang awam dari Tanjung Lumpur beroperasi mengangkut penumpang ke Bandar Kuantan. Kalau rasa nak naik bot penambang cuma boleh naik Kuantan Cruise dengan harga yang jauh berlipat kali ganda dari bot penumpang Tg. Lumpur dulu.
Tebing sungai juga tidaklagi berperanan sebagai pendaratan bot bot penumpang dan pengangkutan barang barang. Cuma pendaratan ikan dari nelayan nelayan yang kelaut dan hanya boleh mendarat ditempat tempat yang dikhaskan sahaja.Namun begitu tebing sungai di kawasan kawasan bandar tidaklah tinggal semak dan tumbuh pokok dedalu, keladi dan paku pakis sahaja. Tebing sungai telah dibela lawar dan dijadikan tempat rekriasi.Tebing Sungai Kuantan telah lama dijadikan kawasan rekriasi untuk pengunjung pengunjungnya.
Kawasan ini dinamakan Taman Esplanade. Dulu dulu orang mengelornya sebagai Benteng. Ianya terletak bermula dari Pejabat MPK hinggalah ke kawasan Restoran Pak Akob Ikan Patin.
Berikut adalah gambar gambar terbaru tebing Sungai Kuantan:-