Followers

Wednesday, May 26, 2010

Tak cukup kredit

En. Shahrul ( bukan nama sebenar ) mempunyai handphone menggunakan perkhidmatan pra bayar. Setiap kali berurusan menggunakan telefon sama ada dengan rodong2, dengan pelanggan dan dengan awek2 ia mengguna perkhidmatan pra bayar ini. Pada nya perkhidmatan ini mudah.. kalau tak de kredit ia boleh membeli top up dimana-mana sahaja, tak kira di bandar bandar atau kampong kampong. Kalau duit tak banyak beli saja top up RM 5.00 atau RM 10.00.

Pada satu hari En. Shahrul ingin menghubungi Agensi XY untuk bertanyakan masalah perkhidmatan yang dilanggani nya. Sebelum menelefon Encik Shahrul menyemak baki kredit yang ada. Ternyata masih mempunyai baki sebanyak RM 5.07.

En. Shahrul pun terus memanggil no. telefon Agensi XY.

Dalam beberapa saat panggilan En. Shahrul telah dapat disambungkan ke Agensi XY dan dijawab oleh mesin menjawab telefon Agensi berkenaan.

.." terima kasih kerana menghubungi Agensi XY , panggilan anda telah direkodkan untuk tujuan latihan ... Untuk bahasa inggeris sila tekan 1, untuk bahasa melayu sila tekan 2 dan untuk bahasa mandrain sila tekan 3."

Senyap sebentar .... lalu Encik Shahrul memlilih bahasa Melayu dengan menekan kekunci 2.

Kedengaran suara dari mesin menjawab telefon

" untuk pertanyaan pembayaran sila tekan 1, untuk pertanyaan perkhidmatan sila tekan 2 dan untuk bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami sila tekan 3.

Senyap sebentar... lalu Encik Shahrul memilih kekunci 3 kerana beliau perlu mendapat penjelasan dari Agensi XY.

Kedengaran suara dari mesin menjawab telefon.

" Talian anda akan disambungkan... " bunyi nada dering..

tiba tiba... " tut tut tut tut.. "

" Ah ! sudah" fikir En. Shahrul.. " putus?"

En. Shahrul mencuba dail sekali lagi. ternyata kredit telah habis .

En. Shahrul bergegas membeli top up baru di kedai runcit Cina Awang didepan rumahnya. Dia membeli top up RM 10.00 dan terus mengores .

Encik Shahrul mencuba sekali lagi.

Dalam beberapa saat panggilan En. Shahrul telah dapat disambungkan.

.." terima kasih kerana menghubungi Agensi XY , panggilan anda telah direkodkan untuk tujuan latihan ... Untuk bahasa inggeris sila tekan 1, untuk bahasa melayu sila tekan 2 dan untuk bahasa mandrain sila tekan 3."

Senyap sebentar .... lalu Encik Shahrul memlilih bahasa Melayu dengan menekan kekunci 2.

Kedengaran suara dari mesin menjawab telefon

" untuk pertanyaan pembayaran sila tekan 1, untuk pertanyaan perkhidmatan sila tekan 2 dan untuk bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami sila tekan 3.

Senyap sebentar... lalu Encik Shahrul memilih kekunci 3.

Kedengaran suara dari mesin menjawab telefon.

" Talian anda akan disambungkan... " bunyi nada dering..

kedengaran suara mesin menjawab telefon ..

" Harap maaf .. pegawai kami sedang berada ditalian ... sila tunggu sebentar... panggilan anda akan dilayan sebentar lagi.... " bunyi nada dering....

Kedengaran suara dari mesin menjawab telefon..

" Harap maaf .. pegawai kami masih sedang berada ditalian ... sila tunggu sebentar... panggilan anda akan dilayan sebentar lagi.... " bunyi nada dering.

tiba tiba ... tut tut tut... putus lagi dah habis kredit..

En Shahrul berkejar semula ke kedai Cina Awang untuk mendapat Top up. Kali ini dia membeli top up bernilai RM 30.00

Encik Shahrul mencuba kali ketiga.

Setelah melalui langkah langkah seperti diatas , akhirnya dia dapat bercakap dengan seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di Agensi XY.

Pegawai Agensi XY:
Boleh saya bantu?

En. Shahrul:
Saya ada masalah dengan akaun saya ni.

Pegawai Agensi XY:
Boleh beritahu nombor akaun encik ?

En. Shahrul: Tunggu sekejap ( sambil mencari no. akaun perkhidmatan yg.dilanggani)
KTF 798767765 -9

Pegawai Agensi XY :
Tinggu sekejap.....( beberapa saat kemudian) Shahrul bin Mat Dahan

En. Shahrul:
Ya ... saya.

Pegawai Agensi XY:
Apa masalah dengan akaun encik.?

En. Shahrul :
Dalam dua tiga hari saya tak boleh log in.

Pegawai Agensi XY:
Encik ada depan PC sekarang?.

En. Shahrul :
Ya... ada tapi PC tak on lagi..

Pegawai Agensi : On kan ...

Tiba tiba Tut tut tut tut ...... habis kredit lagi.

Encik Shahrul ingin pergi semula kekedai Awang untuk membeli top up RM 50.00. Tiba tiba ia terfikir sesuatu.

" Pejabat Agensi XY di Jalan Bukit Ubi, sedangkan rumahnya di Seri Damai "









13 comments:

Mazru Majid said...

kah kah kah..kalo naik moto x abis singgit

penjejak maya said...

salam,

en shahrul tu tak putus asa orangnya..

relevan said...

Jalan kaki pun ok...seri Damai dengan Jalan Bukit Ubi dekat je dak...cuma kena nyemberang jembatan je dak..

Nerzhul said...

talipon ke agensi pon kene caj ke? betul betul berniaga agensi sy tersebut.

cemomoi said...

kena topop minyak pulak yea

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, kelako bete cerita aok nih, habis gitu aja duit en shahrul tu yek, tak dapat ke ujung pangkal lagi, keh pernoh juga jadi gitu, tu yang keh rasa kelako sangat tuh...

endiem said...

Mazru..
tu lah pasal... tak buat kira kira dulu.

penjejak maya..
tak putus asa.. tapi selalu putus kredit hehehe..

endiem said...

relevan..
Bak kata mazru..kalau naik moto tak habis singgit..

Nezrhul...
sekarang zaman kena cas..lain lah kalau guna talian bebas tol..

endiem said...

cemomoi..
tak lama minyak nak naik 15 sen..


Lipis lady..
Wsalam.. koi percaya perkara ni pernah terjadi pada ramai orang heheehee..

qaseh mas said...

salam Bro endiem
en shahrul seorang bersemngat waja dan berfikir di luar kotak.syabas.
erm,masa saya guna tel line prepaid selalu gaks jadi gini...

piewahid said...

lawok2 pun beter juge.
ramei dh yg kena gitu...

p/s- pkhidmatan pelanggan yg lembab ni mmg menyusahkan & ada di mana2.

Cik SHiN~JU said...

kena caj gek ker tepon ke agensi te? koi tepon ke selcombat free jer... ;p

endiem said...

qaseh mas..
Sepatutnya en sharul dah berfikir dari dulu lagi.

piewahid..
kisah hidup .. ada yang terkena ada yang mengena..

Cik Shin..
Agensi XY tiada talian bebas tol..