Hari ini 7 Mei, merupakan cuti umum bagi Negeri Pahang sempena dengan Hari Hol. Esok hari sabtu dah tentu cuti . Begitu juga dengan hari Ahad. Jadi dapatlah cuti bersambung selama 3 hari.
Sempena dengan cuti 3 hari ini, berbagai aktiviti boleh dijalankan seperti balik kampung, memancing dan mengopeh dikebun. Ada juga yang menyertai rombongan lawatan sambil belajar ketempat tempat bersejarah. Bagi orang tua tempat yang diminati ialah Langkawi dan Nilai 3. Tapi bagi budak budak sekolah lain pulak tempatnya. Tempat yang sesuai untuk membuat lawatan budak budak ini ialah tempat yang boleh menambah pengetahuan dan pengalaman. Seperti Melaka, Kuala Lumpur, Pusat Sains, Zoo, Muzium dan banyak lagi tempat tempat yang ada di negara kita.
Budak budak amat suka pergi rombongan. Walaupun tempat yang hendak dilawati itu dah pernah pergi dengan mak ayah, tetapi mereka hendak pergi lagi dengan rombongan sekolah dan kawan kawan. Agaknya pergi dengan rombongan sekolah seronok dan banyak dapat pengetahuan berbanding pergi dengan emak ayah.
Pada hari nak pergi itu, pagi pagi lagi, gelap subuh atau juga kata dek orang, belum terbang lalat mereka dah bangun, terus mandi. Kalau hari sekolah biasa memang liat nak bangun. Mungkin ada diantara mereka yang tak jenera tidur pada malam itu. Pukul 1.00 bangun, pukul 2.20 bangun, pukul 3.38 bangun, tapi hari tak siang siang. Rasa rasa lambat benar siangnya. Persiapan tak sah cakaplah, dua hari sebelum beg dah penuh dengan kain baju.
Mak ayah pun begitu jugak, hantar hingga sampai ke sekolah, tunggu hingga bas bertolak. Rasa rasa mahu je naik dalam bas nak ikut sama.

16 comments:
bebudak ni kalo dah beso tak mboh jalan dengan mak bapak... payah nak ngorat nanti
besok , anok pB nak ke Port Dickson . Ada bengkel motivasi
Cikgu bagitau , bawak EMPAT helai seluar trek...
Pengsan mak
Bila baca ayat ni:
belum terbang lalat mereka dah bangun, terus mandi.
teringat masa kecik2.. budak2 selalu nyanyi mcm ni
terbang lalat. terbang lalat, hinggap di kaki
leman kurap, leman kurap,
tak mandi pagi
hehehe terimbas kenangan masa kecik2 dulu
salam..
beh la oak yek?
jalan merata...
enjoy your
holiday bro..
Selamat bercuti2 malaysia laa weh....
bebudak mmg suka gi rombongan..
Teringat la mase kenit dulu2.
salam:)
Hari nie anak saya, rombongan ke Genting lwtan sambil belajar. Tak tahu le apa yg dia dpt kat Genting tu. Saya pun musykil. hihihihi
Rasanya dah 5,6 kali ke sana masih tak puas....
Kawan suka juga naik bas pergi rombongan macam ini..duduk pulak belakang pemandu..suka tengok meter speedo bas tu...
Salam endiem,
Kak ani kalau anak nak pegi rombongan sekolah tok jenera jugak nak tidor bukan sebab suka nak tumpang gi sama tapi tok jenera kerana bimbang keselamatan mereka dan tak tahu sama ada mereka pandai bawak diri ke tidak.
Lagi anak tak tiba ke rumah pada masa dijanjikan, nok telan nasik pun rasa lekak.
baru je terdengar al kisah murid2 mabuk masa ikut rombongan sek...dan cikgu yg handle rombongan tu pun mabuk juga....abih camno..hehehe...
terkenang masa skoloh, ralit weh gi rombongan..
salam endiem
entry ni membongkar kenangan sekolah saya.yang pasti,rombongan sekolah saat ditunggu.kenagan tak dapat dilupa bila bas rombongan kami dilanggar oleh kereta pelancong asing yang mabuk semasa bas mendaki jalan tinggi di Langkawi...kenangan rombongan yg ngeri rasanya...
salam endiem.
sedat jugek dapat pg rombongan,last sekali koi pg rombongan ni mase nikoh rodong koi bulan lepas
suke gaks jalan rombong rombong cenggitu, seronok rasa macam bebodak semula.
berbulan-bulan ngadap pelajaran, sesekali kuar berjalan camtu tentu menggembirakan pelajar tu!
lama tak update ni...
lamanya bercuti
Post a Comment