Followers

Sunday, May 30, 2010

Tebing Sungai Kuantan

Kebanyakan bandar bandar di negeri Pahang terletak di tepi sungai. Bandar Lipis terletak di tebing sungai Lepih dan Sungai Jelai, Bandar Temerloh dan Pekan membangun di tebing Sungai Pahang manakala Bandar Kuantan terletak hampir dengan Sungai Kuantan. Tidak dapat dinafikan bahawa pada zaman dahulu sungai memainkan peranan penting sebagai satu alat perhubungan dan pengangkutan pada orang ramai. Maka banyaklah bandar bandar wujud di tebing tebing sungai pada ketika itu.

Pada masa ini perhubungan dan pengangkutan melalui jalan sungai tidaklah begitu penting lagi. Sebagai contoh tak de lagi bot bot pengangkutan orang awam dari Tanjung Lumpur beroperasi mengangkut penumpang ke Bandar Kuantan. Kalau rasa nak naik bot penambang cuma boleh naik Kuantan Cruise dengan harga yang jauh berlipat kali ganda dari bot penumpang Tg. Lumpur dulu.

Tebing sungai juga tidaklagi berperanan sebagai pendaratan bot bot penumpang dan pengangkutan barang barang. Cuma pendaratan ikan dari nelayan nelayan yang kelaut dan hanya boleh mendarat ditempat tempat yang dikhaskan sahaja.Namun begitu tebing sungai di kawasan kawasan bandar tidaklah tinggal semak dan tumbuh pokok dedalu, keladi dan paku pakis sahaja. Tebing sungai telah dibela lawar dan dijadikan tempat rekriasi.Tebing Sungai Kuantan telah lama dijadikan kawasan rekriasi untuk pengunjung pengunjungnya.

Kawasan ini dinamakan Taman Esplanade. Dulu dulu orang mengelornya sebagai Benteng. Ianya terletak bermula dari Pejabat MPK hinggalah ke kawasan Restoran Pak Akob Ikan Patin.

Berikut adalah gambar gambar terbaru tebing Sungai Kuantan:-

22 comments:

cemomoi said...

comey persekitarannya, lama beno koi tak ke sana maunya makan tahun doh

@juera said...

rindunya kat tmpt ni..taman esplanade..dh lma x jejak kaki ke sini sejak tgl di tmpt org..jarang2 blik ke sana..

pnh naik bot dr tg. lumpur nk ke bandar kuantan..murah je tambang mse tu 0.30 sen kot utk kanak2..bleh nampak ikan lumba2 lagi..seronok gile zamn kanak2 dlu..^__^

penjejak maya said...

salam,

cantik tempat tu dapat ketenangan jiwa kalau pergi situ..

Hashim Zabidi said...

Kawan dulu jaman muda naik bot dari bandar Kuantan ke Peramu ke rumah Tok Peramu (Orang Kaya Bahaman - Tok Bahaman). Tambang bot 40 sen. Masa tu esplanade bergelor benteng. Kawan pergi satu kumpulan. Bini kawan masak pulut kuning dan sekor ayam panggang. Sampai je ke rumah Tok Peramu, siap beri salam inang pengasuhnya mengkhabarkan bahawa ada anak cucu datang bawa pulut kuning.

Tok Peramu bingkas bangun dari tempat baringnya terus baca doa. Aduh! panjang punya doa sampai letih menadah tangan.

Kuantan Peramu esplanade.

Cik SHiN~JU said...

lama sungguh dah x ke benteng...last thn lps p mkn kat medan pelancong tu...ingat x dulu ade kapal beso kat tmn esplanade tu..ade restoran bagai atas kapal tu...

al-mankaraqi said...

salam ziarah!.......

Cikgu Jang .. said...

selagi di bawah penguasaan MPK, gerenti cantik...

noorlara said...

2 mingu sudah kami ke Kuantan, suke dengan perubahan yg dilaksanakan, senitaman, bangunan yg agam dan jalanraya terancang, cuma masih banyak lagi dalam proses penyiapan. Banding 20 tahun sudah waktu pertama kali ke kuantan, memang hebat beb!

endiem said...

noorlara..
tempat ni memang sesuai untuk relriasi belah petang..

endiem said...

Cik gu jang...
kita bayar cukai pintu, bayar parking ...biarlah duit tu buat benda yang berfaedah..

endiem said...

al mankaraqi..
terima kasih..

endiem said...

cik shin..
sekarang ni medan pelancong dah tutup tak beroperasi lagi... nak buat pembangunan baru.

endiem said...

Pak hashim..
dulu dulu sedap naik bot pergi tg. lumpur. sampai tg. lumpur tak turun pun.. patah balik ikut bot yg sama.

endiem said...

penjejak maya..
kalau belah petang ramai orang datang bersiar siar kat sini..

endiem said...

@juera..
balik lah sesekali ..tgk tempat sendiri..

endiem said...

cemomoi..
mohlah datang sini, kome ada boleh blanja cendol pulut.

Nerzhul said...

banyok ke ikan situ?

endiem said...

nezrhrul..
kalau ditengok ramainya orang yang memancing disini tentu banyak ikan.. orang biasa datang belah malam untuk memancing, mmg suka.. kalau ada mcm ikan duri.

relevan said...

Banyok dah perubahan ket Bandor Kuantan yak..lama dah kawan tak pergi ni..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, cantik dah benteng sekarang ni, dulu masa keh sekoloh selalu lepak kat situ tengok orang mancing, sambil makan keropok yang rega 10 sen sepotong...nostalgia

endiem said...

relevan..
datanglah masa cuti sekolah, boleh pergi mancing.

endiem said...

Lipislady..
wsalam..koi kadang duduk dari pagi sampai malam ..mancing kat sini.