Followers

Tuesday, October 5, 2010

Jalan jalan - Tanjung Gemuk

Kalau hendak ke Johor Bahru atau ke Singapura melalui tepi pantai laut , selepas bandar Rompin , kita akan bertemu dengan sebuah pekan kecil yang dinamakan Tanjung Gemuk. Tak tahulah asal usulnya tempat ini dinamakan sebegitu rupa. Agak agaknya orang yang menamakan tempat ini badannya gemuk. Tanjung Gemuk duduknya dalam daerah Rompin yang bersempadan dengan daerah Mersing di Johor.

Mercu tanda Tg Gemuk.

Menyemberang saja sungai melalui jambatan kita akan memasuki wilayah Johor iaitu pekan Endau.
Tg. Gemuk pintu keluar ke Negeri Johor bersempadan dgn. Mersing

Tanjung Gemuk juga merupakan pengkalan bagi orang orang yang hendak pergi ke Pulau Tioman. Disini ada beberapa buah feri penumpang yang sentiasa berulang alik setiap hari bagi membawak orang orang ramai yang hendak ke pulau Tioman.
Terminal Penumpang ke Tioman

Difahamkan bahawa tambang ke Pulau Tioman adalah RM 35.00 bagi dewasa dan RM 30.00 bagi kanak kanak untuk satu perjalanan. Kalau tak de aral akan mengambil masa kira kira 1 jam 30 minit.
Lengang , penumpang dah berlepas.


Jeti dan Feri penumpang .Sempat tangkap gambar dari jauh saja.


8 comments:

terokai seni said...

bila la na ke sana yerk... ander sapa nak taja ke?

Aku Anak Pahang said...

Salam rodong ..lama juga kawan tak lantas kesini... last tahun bila ada krusus kat sana. Org sana mmg gemuk2 berlake :)

Cik SHiNJU said...

Salam..

jeti tg gemuk x bape popular sgt yek..rmai yg guna jeti mersing nk ke tioman even yg dtg dr Kuantan pun..sudahnye lesu jer jeti kita tu...yg koi peliknyer,exco pelancongan Johor pnah komplen bila Phg bina jeti tg gemuk te...dia ckp menjejaskan jeti mersing..tioman tu hak kita ke hak dia? Phg byk sgt beralah...Genting byk kuar hasil ke Selangor,C.Highlands byk bg hasil ke Perak..Tioman buat mersing maju...siap petronas melabur lg nak majukan lg jeti Mersing te melalui koridor pembangunan pantai timur...untung Johor...koridor selatan dia dpr...pantai timur pun dia sapu...

Relevan said...

Ingat nak pergi juga ke Rumpin ni..waris ada kat sana..tapi jarang ngat lantas..

Hashim Zabidi said...

Teringin sekali melancung ke sana tapi apakan daya tiada upaya.

Hanisham Ab Halim said...

Lame doh koi tok ke sini. Berubah amat doh nampok ke gambo tu....

Jom Cuti-cuti said...

Blh tahu brp harga parking kereta sehari di jeti tanjung gemok

Unknown said...

Rm 10 utk satu hari