Followers

Saturday, May 30, 2009

Salam Kokut

Bila cuti sekolah, banyaklah kad jemputan diterima. Sedara mara dan kawan-kawan yang nak menikahkan anak, serta menyambut menantu. Ada juga sedara yang dekat menjemput mulut. Dah terlampau banyak itu, maka adalah jemputan bertindih tarikh. Jadi pakat-pakatlah mana satu yang nak pergi. Kalau dekat bolehlah pergi makan jamu untuk dua atau tiga buah rumah. Bukannya apa supaya sedara dan kawan-kawan yang menjemput tak terasa hati.

Lepas makan jamu berkira-kiralah nak balik cepat sebab nak pergi ke kenduri kawan yang satu lagi tu. Semasa bersalam dengan tuan rumah, hulur jugalah sekeping dua. Tuan rumah dengan senyum mengucapkan terima kasih sambil mengokut tangan kita dan terus masukan kedalam kocek baju melayu. Tak tenggok pun apa yang dikokut samaada duit atau kertas tisu. Baju melayu pulak dipakai keluar kain samping.

Bila minggu ini dah pergi empat buah rumah, mulalah terpikir nak pergi ke tak nak pergi pada minggu depan? . " Tak pergi tak kena.... tapi bila pergi .. dah tentu kena"

Budaya Salam Kokut ini mula menjadi amalan dalam masyarakat kita apabila banyak kerja-kerja penyediaan sebelum dan semasa kenduri itu diambil oleh swasta. Sebagai sedara atau kawan-kawan yang tidak dapat sama memberi kederat maka digantikanlah dengan RM semasa bersalam.

Apabila kenduri dah selesai, tetamu dah tak datang lagi, tuan rumah mulalah kira berapa koleksen yang dapat. Kalau hari tak hujan, ( macam menoreh getah jugak ) tetamu ramai datang , koleksen salam kokut boleh mencecah tiga hingga empat ribu ringgit. Tak lah pening sangat tuan rumah. Dah terbayang nak bayar duit kanopi, duit DJ , duit mak andam dan pelamin. Kalau ada lebih bolehlah buat membayar catar bas untuk pergi bertandang menyambut menantu minggu depan.

Cuma nak ingatkan sahaja. Bagi tetamu, janganlah anggap salam kokut kita itu sabagai bayaran kepada makanan yang menunya nasi minyak, opor, gulai kawah dan sayur umbut bayas dan air sirap pada kenduri tersebut. Dan bagi tuan rumah pula janganlah anggap kenduri kita tu sebagai satu bisnes salam kokut pulak. Semuanya perlu keikhlasan.

3 comments:

Caklam said...

Aok ce perati, kalau kenduri buat sayur umbut banyok beloh Pahang yek?.. Tempat lain tak berape ngat.. adelah jumpe satu kenduri belah kedah.. Gone aok rase?

ucop said...

Agaknya org belah lain tu tak pandai nak masak gamaknya...org pahang ni terrer bab masak umbut ni. Koi penah rasa umbut kelapa sawit. Sedap weh..pendeknya kita org pahang ni tak la susah sangat nak cari menda makan. Berapa banyak pokok sawit kita ada..

endiem said...

Umbut memang acap digunakan buat gulai masa kenduri kahwin oleh orang pahang terutamanya belah-belah Lancang, Dong, dan Sega. Biasanya umbut bayas, tetapi sekarang payah dapat jadi carilah umbut kelapa sawit dekat dengan mempaga, Bukit damar atau Kelau. Sedap jugak. Sekali kenduri kena tebang 3 hingga 4 batang. Resepi umbut pun banyak jugak seperti kerabu, masak lemak dan acar. Kat negeri2 lain tak tahulah koi.