Followers

Wednesday, June 10, 2009

Cerita Orang Pahang

Kisah ini telah diceritakan oleh godong koi, Azahar namanya. Koi pernah jugak terbaca cerita ini dalam forum dan blog di internet. Ket nya koi taklah nak memanjangkannya, cumanya ada satu kemuskilan dikepala koi. Jadi koi cuba ceritakannya ... tapi taklah sehebat godong koi itu menceritakannya.

Kisahnya begini:

Sekitar awal tahun lapan puluhan, negeri Pahang merupakan negeri yang kaya dan makmur, Hasil utamanya ialah kayu balak. Hutannya masih banyak. Ini termasuklah hutan dara dan KSK dan kayu balaknya besar-besar. Bermacam macam jenis kayu ada seperti cengal, meranti, kempas dan resak. Oleh kerana kayu yang besar dan dari jenis yang baik-baik, makanya regenya pun bagus lah. Dek kerana itu ramailah orang orang pahang yang menjadi usahawan kayu balak di negeri Pahang.

Salah seorang usahawan balak yang berjaya ketika itu adalah seorang anak muda. Beliau mempunyai perwatakan yang baik, tegap dan menarik. Mempunyai rumah dan kereta yang besar. Bagi menguruskan perniagaanya beliau selalu berulang alik ke Kolompo . Semasa bersama sama pelanggan dan kenalannya di Kuala Lumpur anak muda ini sering bermegah dengan kehebatan pahang, kerana pahang negeri yang besar, sungai pahang sungai yang panjang dan besar serta kayu kayu balak besar-besar belaka. Bila ada orang memujinya dengan cepat dia menjawab " maklumlah kan i ni orang pahang".

Dengan memiliki apa yang ada pada anak muda ini senanglah beliau mengorat gadis gadis di Ibu kota. Dalam ramai- ramai perempuan yang dioratnya, beliau tertarik dengan seorang gadis anak kepada seorang pegawai poleh yang bertugas di Bukit Aman. Maka berkenalanlah kedua-duanya dengan lebih dekat lagi. Bila gadis tersebut bertanya keretanya " Besar kereta abang ni" dia pun menjawab " Kan I ni orang Pahang". " Besarnya rumah abang" ... " ooo..kan I orang Pahang".

Setelah beberapa bulan berkenalan maka mereka bersetuju untuk berkahwin. Majlis dan kenduri kahwin diadakan di rumah sewa bapak pengantin perempuan di Gombak. Sedara mara dan sahabat handai ramai yang datang. Setelah berkahwin barulah anak muda itu tahu.. rupa rupanya isterinya Orang Pahang jugak. " eh.. oak orang pahang jugak ke?" . Isterinya hanya tersenyum.

Begitulah kisahnya..

Hari ini pahang tidak boleh lagi bermegah megah dengan kayu balaknya yang besar-besar. Hasil khazanah alam semula jadi itu telah hampir pupus. Hutan- hutannya tidak lagi dara. Dek kerana berebut balak .. hingga sanggup saman menyaman. Tekih jugak Dato' Nan menyelesaikan masalah balak ini.

Walaupun sumber balak telah hampir habis, orang orang pahang tidak perlu berputus asa. Rezeki Tuhan memang banyak dan datangnya dari berbagai sumber. Sumber terbaru adalah dari khazanah alam juga iaitu dari haiwan berterbangan. Perusahaan burung walit telah mendapat sambutan yang menggalakan di negeri Pahang. Burung walit seakan akan burung layang-layang dan membuat sarang digua-gua dan bangunan-bangunan. Rega sarang burung walit mahal dan dipasarkan diperingkat antarabangsa. Maka banyaklah bangunan bangunan kedai diubah suai untuk dijadikan tempat burung walit membuat sarang. Malahan ada juga pengusaha sekitar kuantan , pekan, nenasi dan merchong yang membina bangunan khusus untuk burung walit ini.

Kemuskilan koi: Agak agaknya lah .. mampu gamaknya godong koi, Azahar menceritakan kehebatan Orang Pahang masa ini.. kerana burung walit adalah burung yang kecil.. lebih kecil dari burung punai atau burung terkukur.

Moral: Jangan megah dengan apa yang kita ada.. bersyukurlah..

5 comments:

ucop said...

Citer kat atas tu macam tak habis je...macam mana dia tau bini dia tu orang pahang jugak...

endiem said...

Citer tu kena sensored lah ckit.. suroh kite pikir lah tu... hahaha

Basuh Baju said...

mana dpt citer ni? haha

endiem said...

citer turun temurun lah, kih kih kih

mazru said...

salam..best citer aok ni weh..ande mase jengok blog koi pulok yak..

http://koianakpahang.blogspot.com