Followers

Tuesday, June 9, 2009

Siapakah Kita.

Dalam sesabuah keluarga, terdapat nama-nama panggilan mengikut hairaki seperti yang sulong dipanggil Along, yang nombor 2 dipanggil Anggah dan seterusnya yang lain-lain seperti Da atau Uda, Alang, Andak dan Acu ( Busu). Jika besar keluarga itu banyak lagilah panggilan ini yang patut ditambah seperti Cik dan lain-lain.

Perasan tak kita, ada lagi nama panggilan yang lain selain dari yang diatas tadi. Nama nama ini diberikan oleh orang tua kita atas spesialnya kita. Dek spesialnya, itu adik beradik yang lain tidak mendapat anugerah ini. Nama itu juga melambangkan sifat, perwatakan dan harapan ibu bapa kepada kita. Walaupun nama tersebut di anugerahkan kepada kita semasa kita kecik lagi namun ianya kadangkala berkekalan hingga ke besar.

Bagi lelaki anugerah yang biasa diberi:
  1. Awang - anak lelaki harapan ayah dan emak
  2. Atan kadangkala dipanggil Tan atau Jantan - boleh diharap tetapi manja skit
  3. Boy anak kesayangan ayah
  4. Boboy
Bagi perempuan pulak
  1. Buntat - selalunya diberi pada anak yang sulung
  2. Wok
  3. Tine atau nine
  4. Kecik
  5. Alus
  6. Tik
  7. Manja - dah tentu mengikut nama
  8. Lebar - ada kot
  9. Girl
Mungkin banyak lagi?..

2 comments:

Basuh Baju said...

aku anak sulung.. nasib baik mak ayah tak panggil aku awang.. kalau tak aku akan jadi awang selamat utusan..hahaha

syukur..

endiem said...

tak pun ID ko.. awang basuh baju.. haha ha