Followers

Friday, January 29, 2010

Main Kutu

Esok 30 haribulan. Kalau tak ada apa aral melintang esok dapatlah gaji. Bila dapat gaji kenalah kira kira apa nak bayar pulak. Bayar sewa rumah, bayar ansuran kereta, bayar kad kredit, bayar bil api, bil air, bil astro, bil wimax, bayar bil cort mammout, yuran kesatuan, duit taska dan fardu ain dan macam macam lagi senarai hingga berjela-jela. Tapi jangan lupa pulak bayar duit kutu.

Ramai rodong yang main kutu untuk "menyimpan" duit atau mendapatkan duit banyak sekali gus. Dapat duit sederap senang untuk buat perancangan berbelanja. Misalnya anak nak masuk belajar, nak bayar yuran out campus, nak beli tv screen leper, nak beli barang hantaran dan macam macam lagi boleh dibuat apabila dapat duit kutu ini.


Biasa nya orang perempuan suka main kutu ini. Nak mulakan main kutu kena berpakat-pakat dengan rodong rodong. Carilah ahli kutu antara 8 hingga 15 orang. Kalau sikit sangat tak banyak lah duit terkumpul. Tapi kalau banyak sangat hingga 5o orang , tentulah ambik masa lama iaitu 50 bulan baru habis satu pusingan main kutu ini. Kena lantik seorang ketua kutu yang akan membuat pengurusan mengenai kutu ini untuk tempoh masanya. Ketua inilah yang akan menyelaras dan mengutip duit kutu dari ahli ahli.

Kalau boleh ahli ahli kutu terdiri dari orang orang yang tak liat dan membayar dengan cepat. Biasanya caruman bagi setiap ahli sebanyak RM 100.00 setiap bulan. Kalau ada sepuluh orang maknanya duit terkumpul setiap bulan sebanyak RM 1,000.00. Duit yang terkumpul setiap bulan ini akan diserahkan kepada salah seorang dari ahli kutu ini. Untuk menentukan sapa yang mendapat dulu atau giliran seterusnya akan diadakan undi. Kadangkala kompromi juga diperlukan dalam menentukan giliran ini, bergantung kepada kepentinggan penggunaan duit ini dari kalangan ahli ahli.

Tak de hutang hutangnya dalam membayar duit kutu, nanti nyanya rodong rodong.

13 comments:

Aku Anak Pahang said...

Kawan dulu ada juga main kutu nie...ada yang buat suel ada hok lari lepas dia dapat, maru nok mencarinya sudoh tempang org lain sabit sorang dua bual hal.

Relevan said...

Kawan kalu main kutu mesti nak nomber satu..nomber satu untung..ibarat pinjam duit bank tanpa interest..

AuntieYan said...

Salam En. Endiem,

Main kutu ni bagus jugak, salah satu cara menabung walau pun tak de untung. Kutu ni bukan saja kutu duit, ada jugak yang main kutu barang (selalunya orang pompuan le)umpamanya, kutu pinggan mangkok, kutu kapet...dan ada jugak kutu barang kemas.

Seingat Auntie le, hanya sekali Auntie main kutu dengan kenkawan ofis...lepas tu tak main dah....rasa lama beno nak tunggu gilirannya.

Maiyah said...

mak syslalu main kutu.. bik yg kenal je.. takut gak ada yg tak byr ye tak, tp slalunya suma byr on time

terokai seni said...

koi setuju ngan relevan.. koi tak minat main kutu rugi kalo bukan nombo satu.. kalo awokme konsisten menabung sratus setiap bulan dah dapat banyok pekdoh dari nunggu turn yang ke doploh

al-lavendari said...

ketua kutu yang di lantik itu kenalah orang yang jujur dan dedikasi. sistem yang baik untuk menyimpan kerana telah "di ikat" disamping berupaya mengeratkan persahabatan.

piewahid said...

kecik2 dulu koi bkutu juge. petang2 kome duduk ateh tangga. koi suka duk bwh skali. org carik kutu koi, koi xpayoh cari kutu org... hihihi.. mtk maaf tuan rumoh! xlari tajuk lagi kan?

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, keh memang serik dah kutu nih, kutu taun 2007 kemarin ada lagi orang tak bayo ke keh...jenuh dah memintok..last2 keh halal ke ajalah...

mazru said...

koi tak jumpe lg rodong yg setia lagi nak main kutu ni..

Hashim Zabidi said...

kat kampung koi dulu, deme suruh beruk pelihara cari kutu. Dapat sekor digigitnya, dapat sekor digigitnye kutu itu. Seme kutu dapat ke dia.

Guru said...

assalammualaikum

saya pun ada main juga, dah dekat 3 tahun, 3 round dah
ibu kutu saya alhamdulillah amanah orangnya

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man pun main kutu juga.......ketua nya lelaki..bapak kutu.

rosnanie said...

salam
sy dh join 'kutu' ni dekat 10 tahun, main ngn adik beradik, sedara mara, alhamdulillah, tak pernah lg jd kes2 yang tak diingini