Followers

Monday, February 1, 2010

Kad Jemputan Perkahwinan

Lagi dua minggu raya Cina. Adalah cuti panjang sikit. Orang orang Cina akan merayakan Tahun Baru Cina pada 14 dan 15 Februari ini. Bagi kebanyakan orang yang kita cuti tahun baru cina akan disesuaikan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Jadi banyaklah kad kad jemputan majlis perkahwinan diterima sempena dengan cuti tahun baru cina ini.

Sekarang ini, bermacam macam jenis dan design kad jemputan kahwin ini yang ada dipasaran. Ada yang murah dan ada yang mahal. Pihak yang menjemput bolehlah memilih design kad kad yang sesuai dengan citarasa memasing. Tapi kalau merompong boleh juga buat design sendiri.

Walau bagaimanapun kad jemputan perkahwinan mestilah mengandungi perkara berikut:-

1. Nama orang yang menjemput atau pun nama tuan rumah. Ayah pengantinlah tu. Kena juga masukkan nama isteri sekali . ( suami isterilah tu).

2. Nama orang yang nak nikah te. Pengantin perempuan dan pengantin lelaki. Isikan nama betulnya. Tapi elok juga kalau dibuboh nama timangan nya seperti manja, tina dan tan, awang dsbnya.

3. Jangan pulak lupa buboh tarikh dan masa jemputan . Contohnya 14 februari 2010.

4. Aturcara majlis: Jamuan makan 12.00- 4.00 ptg.
bersanding 2.00 ptg.
potong kek 3.00 ptg
mandi sampat : 5.00 ptg

5. Tempat diadakan majlis tersebut. eg. alamat rumah, dewan, hotel , masjid dsbnya.

6. Turut menjemput: biasa nya ditulis seisi keluarga.

7. Yang Paling Penting ialah Peta. Peta kenalah lakar dengan betul , kena ada land mark , kalau tidak nyanyalah kekawan yang datang dari jauh.

8. Isi juga nombor talipon, mana tahu ada tetamu yang sesat tak jumpa rumah.



12 comments:

Aku Anak Pahang said...

Ada sorang rodong menjemput anak dia nikoh keknya tak guna kad kahwin jemput mulut lagi mesra gamoknya... katanya gini " koi jemput nikoh anak koi minggu depan aok sekeluarga". Ok balas dik rodong tu...tunggu jugalah rodong tu sekeluarga kut dia nok jemput haram tak datang tak gi laa dia nikoh anak org tu hehehehe.......

piewahid said...

sib baik aok bgtau. kala kad dah edor, ari kenuri bapok pengantin baru perasan terbubuh nama dia yg nok menikoh, maru weh...

Hashim Zabidi said...

Pe hal nih orang tak berenti nikah kawin. Pas tu beranak pinak pulak. Kawin lagi beranak lagi. Pantang ada cuti. Ada yang berebut-rebut hari. Dah peralatan anik rega. Kemoh naik rega, Ketering naik rega dan, dan, dan ...

Bila hari nak kiamat!!!

Relevan said...

Pernah terjadi kes kad kawen yang tersilap cetak..bahagian perkataan yang sepatutnya ditulis TURUT MENGUNDANG''..di tulisnye TURUT MENGANDUNG..''

terokai seni said...

wo koi tak pnoh dengo ada mandi sampat tu.. kena buat entri khas pulok ter, koi ada buat entri kad kawin orang klate.. pelik beno stail kad dia

deus X machina said...

laaaa
koi ingt aok nak kawin
erk888


erk888.blogspot.com

endiem said...

yassin..
bagi orang dulu dulu jemput mulut lebih afdal. tapi sekarang jemput sms lagi afdal gamoknyelah.

piewahid..
maru aok, tak pasal pasal dapat bini baru.

endiem said...

pak hashim..
salam , selagi hayat dikandung badan, majlis kahwin tetap ada.

relevan.
bala aok ., belum kahwin dah turut mengandung.

endiem said...

cemomoi..
mandi sampat tu adalah adat masa dulu dulu, sekarang dah di lupakan. tapi jika ada orang yang mula buat acara ini, mungkin kedepan ia akan popular ye. gitu gamaknye.

deusXmachina..
doakanlah.. untuk yg kedua pulak. hehehe. blog sdra telah saya kunjungi.

pB said...

buat cantik cantik , tapi akhirnya orang buang jugak ...

sob sob sob

zai said...

Ni sapa yang nak kawin ni..endiem ke ? he3.

Seronok tengok orang kawin...yang tak seronoknya..tak lama lepas tu dengar ada pula yang dah bercerai..hmmm..

endiem said...

pB..
kalau boleh buat koleksi kad kawen,

zai..
kawin , cerai dah menjadi perkara biasa. tapi jgn banyak cerai dari kawin.