Followers

Friday, February 5, 2010

Minum Pagi di Kuantan

Kalau belum minum pagi , mula lah mengelising tak tentu tala.Rasa rasa macam ada je yang tak kena. Rodong-rodong di Kuantan, biasanya tahu dimana tempat nak minum pagi ( mengetealah tu ). Banyak tempat tempat untuk kita minum belah pagi di Kuantan. Tetapi ada beberapa tempat yang molek mengikut keistimewaan makanan yang ada disitu.

Misalnya:
Nasi Lemak - Restoran Zaman
Nasi Minyak - Kedai kat Tanjung Api
Nasi Kerabu - Restoran ( ntah nama apa ) kat Yayasan Pahang, Peramu.
Mi Kari - Kat Semambu.


Entri ini bukanlah nak promosikan tempat-tempat ini, cuma nak beri tahu rodong-rodong yang di kuantan atau dari luar kuantan.

1. Restoran Zaman, Batu 9 Jln.Gambang - nasi lemak dan roti canai
2. Restoran Kamira , Batu 9 Jalan Gambang - nasi kerabu, nasi dagang, nasi minyak
3. Restoran Nasi Kerabu, Peramu, dekat Yayasan Pahang - Nasi kerabu dengan daging bakar
4. Kantin Telekom, Tanah Putih, ( kedai Teh ) - aneka makanan
5. Restoran Katijah , Jalan Wong Ah Jang , - Nasi minyak, nasi lemak
6. Anjung Selera Stadium, Stadium Darul Makmur - Nasi Kerabu
7. Gerai makan dekat pejabat MPK - Nasi kerabu, mee kari
8. Aida Food court-Centre point-Mee bakso, dan aneka makanan
9. Kedai makan- Tg. Api - Nasi Minyak
10. Gerai makanan Tg. Api ( dekat tempat orang jual ikan) - aneka pilihan
11. Restoran D Suria, Sri Dagangan - aneka makanan
12. Restoran Kampong, Sri Dagangan - aneka makanan, lempeng
13. Gerai -gerai dekat flat transit quarters.- nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang
14.Gerai makan ( simpang masuk bukit sekilau ) - Mertabak Mengkasar/ belah petang
15. Restoran Taj. Belakang Wisma Bola Sepak - Roti canai, kari kepala ikan
16. Restoran U- turn - dekat jambatan kuantan, tanah putih - me kari
17. Restoran Siar saji - RTM Pahang,
18. Gerai sebelah Dewan orang ramai Pematang Badak - aneka nasi berasaskan ayam kampong
19. Restoran Dayana, Jalan teluk sisik sebelah bangunan Asialife - aneka makanan
20. Jelita Cafe - Dekat Am Bank - Lempeng nyor
21. Restoran Kita -Jalan Bukit Ubi - Nasi dagang, roti canai
22. Restoran Rahmat - Inderamahkota - makanan biasa biasa
23. Gerai kat Poliklinik Beserah - Nasi dagang dengan kari kambing.

mungkin banyak lagi.. kalau nak tambah senarai silakan.

36 comments:

abu muaz said...

t.kasih mudahla sikit ada panduan ni kalau gi kuantan. Okes.

ummzaid said...

sedap weh kalau dpt makan nasi lemok tetiap pagi..

tksh sudi follow blog koi..

Relevan said...

Nanti nak pergi belaka ni..

Maiyah said...

kalo gi kuantan, leh le singgah

endiem said...

abu muaz..
bila lalu kat kuantan pagi pagi tu, singgahlah mana2 tempat minum yg nampak.

endiem said...

ummzaid..
setakad ni nasi lemak zaman yg top kat kuantan.

endiem said...

relevan..
se pagi satu tempat, ada 23 hari dah boleh cover.

endiem said...

maiyah bila nak datang kuantan.

ima shhs said...

Nak tambah :

1. Gerai makan (depan sek permatang badak) - popia basah, mee calong

:-))

hai said...

hasben koi kata kalo nak makan nasi kerabu best..kat bukit beirut,roti canai plak kat gerai inderamahkota...dkt masjid n dewan situ...tapi koi je belum makan lagi kat situ...

piewahid said...

elok la deme bgtau. koi ni mkn memilih sikit keknyer traba2 nk carik kedei makan yg ssuai dgn tekok.

Aku Anak Pahang said...

Puas mekala kawan nok mentry berlake hehehe..nok mencari hok bestnya TQ mekala ande masa kawan gi try.

saharul said...

koi agak lame doh tok ke kontan nun...teringin jugak nak ngeteh pagi2 kat situ...

terokai seni said...

wiuh simpan senarai ni elok-elok kang jumpa ke pulok dek bos... tau le dia mana port ngulo ghodong-ghodong, naya

Nizam Awang Brahim said...

Restoran Zaman ter uko berasok deme.Pagi2 koi ngeteh kat kedai Man je sebeloh pasor ter.

Anonymous said...

roti canai/roti banjir paling sedap depan airport ..best betoi..jilat jari kat situ..tak caye besok pi try..

ikutsukakoi said...

KOP:
esok kome nok pegi kuantan. bolehlah kome ngeteh kat sana.

Hashim Zabidi said...

Kawan bila ke Kuantan selalu minum di rest. nasi arab bawoh Pasific hotel / bangunan warisan, bersama tokeh Percitakan Letra, boleh tahan, sebab malas merayau...

Pengembara silam, said...

Dulu kawan suka makan kat restoran minang jalan besar depan Classis hotel..Tapi nasi kerabu daging bakar Kuala Lanar juga sedap..he he

Pacifist said...

kwan nok tamboh sikit.kalau teringin nok mkn satar,pulut panggang n otok-otok.rodong seme g gerai kat sebeloh A&W pasor besar koantan.mule 2ptg-brg niage abis.ni originel,dapor arang.bkn mcm kl,gune dapor karen.betol2 hao liaw..

Abeli Rosli said...

salam dari bukit istana... abeli kalau g kuantan.. kat benteng je retinya... kalau belah malam kat tanjung lumpur...

endiem said...

ima shhs..
masuk senarai, nak cuba jugak.

hai..
yang kat bukit beirut lupa nak masuk senarai..koi dah pernah pergi. tapi roti canai yang kat masjid inderamahkota tak pernah pergi pulak.. nak cuba jugak.

endiem said...

pie..
n3 ni nak bagi maklumat kat rodong 2 dari luar.

yassin..
bila bila datang kuantan bolehlah singgah, mengkala koi ada minum situ bolehlah koi tolong bayar.

endiem said...

Cik gu jang..
datanglah..

cemomoi..
bos pun minum kat situ jugak, kita tengoklah kalu nampak ketera bos kat situ , kita tembar ke lain pulok.

endiem said...

Rodong blogger..
Aok nak gi restoran zaman.. jauh sikitlah, kalau kerja hala ke gambang boleh lah minum kat situ.

tak bernama..
nak gi cuba jugalah satu hari nanti.

endiem said...

ikutsukakoi..
aok simpan senarai koi ni, bila nak kekuantan bawak sekali.

Pak hashim..
minta encik kassim letra belanja.

endiem said...

Pengembara silam.
dulu wak sopian, minang tu jual apam balik kat pasar. Nantilah koi pergi lepih koi try nasi kerabu kuala lanar pulak.

Pacifist..
satar, pulut panggang, otak otak fresh ..sedap.

Abeli..
kat benteng pun ok jugak.. Tanjung lumpur tu mmglah tempat makan waktu malam.. meriah weh.

al-lavendari said...

wow .. banyaknya tempat nak makan. nasi minyak pepagi pun dah ada jual. sayang nak pergi cuba jauh sangat pulak.

endiem said...

salam Datuk Hamzah..
ini untk makluman saja, mngkin satu masa sampai kat sini, boleh pergi minum mana2 tpt berkenaan.

kelompen said...

salam weh.
aok banyok beri pilihan tempat2 makan di kontan. koi kerap g sana. nti nyinggoh. ralit weh

Anonymous said...

bagus betul usaha anda ni!!!tapi pernah anda terpikir apa yg anda usahakan ini boleh mendatangkan pendapatan secara pasif kepada anda????hanya dengan menggunakan MyKad..sms@call 0199388081 / 0169358087 untuk maklumat & Info..program yg gempaq, supported by JPN, MDEC, dan badan kerajaan lain..

issuri said...

ce try nasi kukus kat warung mazenah, jalan semambu. berhadapan Tan Chong Motor Showroom. mane2 yg pkai garmin tuh leh carik landmark tan chong semambu. sedap gak nasiknyer... slamat mencube

Anonymous said...

Nasi kerabu lagi sedap kat peramu, sebelum balai polis, tepi jalan sebelah kiri...nama kedai D'Jelira...tapi jangan gi awal pagi sangat..kul 9 ke atas cantik la...nasi lemak , soto , kuih pulut bakar, lempeng kelapa..sumer sedap... ikut selera orang pantai timur....

dzul said...

Mmg sedap kat Restoran Zaman tu....eh klo nk ke Melaka, menginaplah jat honestay saya ya...layari je http://homestay-melaka-umbai.blogspot.com . Tq

Unknown said...

Makan di restoran sri kmpg sedap pelbagai pilihan...ari tu sy gi mkan situ sedp2 sila lah mencuba

Anonymous said...

brader bob kat jln tengku mohammad
..char kuew tiaw mmg best...set nasi putih bawal goreng pun cun