Followers

Wednesday, August 11, 2010

Ayam pusing


Hari ini merupakan hari pertama berpuasa bagi tahun 2010 atau tahun hijrah nya 1431. Di Kuantan , banyak bazar Ramadhan di wujudkan bagi kemudahan orang orang Kuantan membeli juadah kuih kuih dan lauk pauk untuk berbuka atau untuk bersahur. Mungkin hari pertama ni tak berapa meriah lagi. Koi tak sempat lagi nak servey mana mana bazar Ramadhan yang ada sekitar Kuantan untuk melihat kelaku orang ramai serta jualan bagi tahun ini. Hanya yang koi sempat tengok ayam pusing. Ralit nengok dia berpusing. Tos juga air lior menengoknya. Reganya pun tak servey lagi. Agak agaknya RM 15.00 keatas seekor kot.Add Image

11 comments:

zulkbo said...

salam..
sedakkk tu
mau berpusing nak
nunggu ordernya..he he

Nerzhul said...

tengok sampai tus air liur te hok tak bolehnye. hehehe. kadang te ade hok tak berapa masak ayam pusing ni.

akuanakpahang said...

Tak silap kawan tahun lepas ayam golek di jerantut 18hinggit sekor tahun ni kawan x tau, tak gi lagi...

cemomoi said...

ayam dah mehei... tergolek dot juga nok membeli ayam golek ter

relevan said...

Kat Jerantut 19rm seekor..baler..!

Mazru Majid said...

mehel amat weh,kat Bera ni rm18-rm20 sekor..melampau

Miecyber said...

Ahh dah naik RM 19 seekor di Jerantut.
Kena cari alternatif lain lepas nie...Kena try makan hok lain jugok...

AuntieYan said...

Salam En. Endiem,

Tiap hari Auntie balik kerja akan lalu tempat orang jual ayam bakar macam tu...berasap-rasap dan ramai yang menunggu giliran.Tak pernah singgah beli pun, nanti asyik menunggu ayam, jalan akan semakin sesak.

Kat tempat lain di BBB, tahun lepas harganya RM16 sekor...tahun ni mungkin dah naik lagi.

maiyah said...

slm ramadhan.. mmg sronok dpt gi pasar ramadhan kan, nak pegi tp x bleh huhuu

el said...

Kalau kat Kuantan pun harganya RM15, kat KL ni entah berapa la pulak.

en_me said...

salam ramadhan abang endiem ittewww..