Followers

Monday, August 23, 2010

Ayam Panggang Tempayan

Walau pun rega ayam masih belum stabil, keperluan ayam untuk bulan Ramadan ini sangat signifikan. Orang ramai tak boleh tak dapat ayam untuk berbuka dan bersahur pada bulan puasa ini. Kalau tak dapat ayam moh mengamuk sakan dema te. Bagi peniaga peniaga di bazar Ramadan, bermacam ragam resepi dan masakan dari ayam ada disediakan. Ada ayam pusing atau ayam putar, ada ayam panggang madu, ada ayam golek, ada lauk pauk seperti kurmak, kari , sup dan ayam goreng. Pendik kata macam macam lagi lah.

Salah satu makanan berasaskan ayam yang dijual di bazar Ramadan pada tahun ini ialah Ayam Panggang Tempayan. Macam buat roti tempayan atau roti nan, seperti di Restoran mamak dekat Mega Mall tu lah. Ayam yang di perap dengan rempah ratus akan dipanggang dalam tempayan selama 30 hingga 40 minit . Satu tempayan boleh memuatkan 10 ekor ayam untuk sekali panggang.
Di sekitar Kuantan , terdapat tiga bazar Ramadan yang menjual ayam panggang tempayan, iaitu di Bazar Ramadan Mahkota Parade, Bazar Ramadan dekat Gaint dan Bazar Ramadan Taman Tas.
Kalau berkunjung ke gerai ayam panggang ini kena duduk jauh sikit, kerana suhu sekitar tempayan ini panas. Jangan cuba cubalah nak pegang tempayan ini nanti melepoh tangan , susah pulak cari minyak urat atau minyak gamat nak lumo tangan yang kena tempayan hangat itu.

Seekor ayam yang siap di panggang dijual dengan harga RM 18.00. Ianya juga dibekalkan dengan sos dan air asam yang cukup rasa , masam masin, manis dan pedas. Jualan nya laku banyak jugak kadang kadang tak cukup.

37 comments:

zulkbo said...

salam..
nampak sedap..
ala-ala ayam
tandori caranya

akuanakpahang said...

Gayanya best aje tu...kawan tak penah rasa lagi sebab kat sini tak de lagi.. tak lah semahal ayam golek di Jerantut regenya Rm19.00 sekor :)

cemomoi said...

baru nengok, maklum le tak rajin nok g pasor remdan

Kehelan said...

dh rasa dh, tak berapa nak kena dgn selera... beli kat taman tas

pB said...

sedapnyaaaaaaaaaaaa

relevan said...

Nanti kita bako sendiri dalam takar rumah kome te Sin..

Tak payoh susoh suson nak dapatkan ayam ni kat Kuantan..

Mazru Majid said...

salam..

hm sedat te..tak pernoh lagi try,tp gerenti rase macam ayam jugek tu..hehe

macam roti nan la pulok cara te.

rm18 muroh lg..kat sini yg golek te rm20

Mak Su said...

wow!marvellous!

endiem said...

zulkbo..
kalau siang nampak macam sedap.. tapi ok jugak.

endiem said...

yasin..
tahun ini baru ada kat kuantan..boleh beli separuh separuh.

endiem said...

cemomoi..
idea baru kot.. tahun lepas dema tu menjual di segamat.

endiem said...

kehelan..
waktu belum bukak puasa rasa macam sedap je. tapi ikut selera memasing lah.

endiem said...

pB..
sedap hingga jilat siku.

endiem said...

relevan..
aok pinjam pasu besar kat mdj , isi je dapur arang didalam boleh lah panggang ayam.

endiem said...

mazru..
nak kirim koi boleh beli dulu.

endiem said...

Maksu..
hhhhhhhhhhhmmm

Cikgu Jang .. said...

ke selera mata je mengatakan nyer sedak....tapi bile dah berbuka...cam ayam lain jugak....

maiyah said...

wahh.. cara yg bgus utk tarik pelanggan, kita tgk pun rasa nak try gitu

a kl citizen said...

tak pernah nampak lagi ni, macam aayam tandoori ke rasanya ya?

aRoL said...

salam..
first time tengok ayam panggang tempayan ni, mesti best ni...

endiem said...

cik gu jang..
betul jugak, orang kata rambang mata.

endiem said...

maiyah..
try lah.. macam macam cara nak tarik pelanggan. .. sedap jugalah rasa macam ayam.

endiem said...

akl citizen..
ikut seleralah.. ayam tandori tak pernah rasa.

endiem said...

arol..
wsalam..ini pun first time nampak kat kuantan.

Umiey said...

macam best jer..

piewahid said...

kome jarang ngat mbeli ayam gini. kala teringin pun panggang sendiri cicoh kicap blada je...

keknyer molek la info ni utk makluman

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

rasa macam nak cuba tapi rasa macam tak sempat berkejar kesana

LIPISLADY said...

ASSALAMUALAIKUM,
Kaat Lepih tak ada lagi nampoknya ayam panggang gini, nok juga tengok macam mana deme memanggangnya, bukan nok beli, tapi nok tiru mana tau taun depan buleh business ayam panggang tempayan...

endiem said...

umeiy..
bes..

endiem said...

piewahid..
elok jugak boleh tes resipi sendiri..

endiem said...

brutalsolo..
cubalah.. tak nak beli sekor , beli separuh je.

endiem said...

Lipislady..
wsalam.. bagus idea aok te.. tahun depan kita cuba bakar kambing dalam pasu te..

al-lavendari said...

saya ada tengok kat tv kisah ayam panggang tempayan.

adakah di tiga2 tempat tu, rasanya sama jer. atau pun tokeh yang sama ?

penjejak maya said...

salam,

kat sini ayam golek baru RM 14 yang ayam tempayan tu kalau saya nak beli separuh dia jual tak..

endiem said...

al lavendari.
mereka tu dari kumpulan yang sama .. maknanya satu towkeylah.. saya ada juga tanya, tahun lepas dia jual di segamat.

endiem said...

Penjejak maya..
wsalam.. dia boleh jual separuh jugak , kalau tak ramai ahli keluarga boleh beli separuh.

msi71720866 said...

ASSALAMUALAIKUM.SAYA NAK TAHU DIMANA BOLEH TEMPAH TEMPAYAN MACAM NI.ATAU ADA SESIAPA YANG TAHU NO.TELEFON PENGUSAHA AYAM TEMPAYAN TERSEBUT.SESIAPA YANG ADA MAKLUMAT HARAP BOLEH CALL SAYA 019-2730866(SUHAIMI)