Followers

Wednesday, August 4, 2010

Telefon Awam

gambar sumber google
Sejak kebelakangan ini telefon awam semacam tidak diperlukan lagi. Maklumlah orang orang dah ada telefon bimbit. Ada telefon bimbit senang, mudah dibawak kemana-mana, lebih banyak kegunaan lain. Selain dari bercakap , boleh sms, boleh mms, boleh ambik gambar, boleh tangkap vedio dan berbagai bagai guna lagi. Bukan setakat orang tua sahaja ada telefon bimbit, budak sekolah rendah , budak sekolah tadika pun dah ada telefon ini. Kalau cik gu garang ambik je vedio dengan telefon bimbit , kemudian upload dalam you tube.

Namun begitu masih adalagi orang yang memerlukan telefon awam. Orang orang musafir , orang orang yang telefon bimbitnya tak cukup kredit, orang orang yang kehabisan beteri telefonnya masih mencari cari telefon awam.Selain dari menggunakan telefonnya, ianya juga boleh digunakan bagi tujuan yang lain. Antaranya kalau hujan turun dengan lebat , cepat cepat lari cari pondok telefon . Boleh juga berlindung. Kadang kala kalau terjerempak dengan orang yang tak hendak kita jumpa pada masa itu , cepat cepat cari telefon awam kita boleh menyorok dalam pondok telefon. Kalau tidak pun kita boleh tepek poster bersais A4 yang menyatakan aktiviti perniagaan kita , seperti tukang paip, menjual kambing aqikah , membeli emas dan surat pajak gadai dan lain lain pada dinding pondok telefon ini. Iklan di pondok telefon tak kena apa bayaran. Lain lah kalau buat iklan di bil board yang besar dilebuh lebuh raya.

Tapi sekarang syarikat yang mengendalikan telefon awam dah pandai meniaga jugak .

18 comments:

akuanakpahang said...

Goner2 pun ada masa berguna juga telepon awam nie... kut takut nombor kita naik.. heheh kita gunalah telepon awam nei :)

cemomoi said...

selain manusia setan pon guna pondok ni nok nyakat orang... koi kena kat kampung gua, lepih lama doooh

Mazru Majid said...

haha,koi pernah menepek iklan pada pondok talipon..

luahfikiran said...

Salam,
Pemberi pinjaman Ah Long memang tak kasi chance dengan pondok telefon. Tampal sana, tampal sini ! Sakit mata menengoknya !

penjejak maya said...

salam,

saya dah 10 tahun tak pakai telpon awam ni hehe..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Ada juga yang bergayut kat telefon awam berjam2 siap bawak kerusi meja,

relevan said...

Untuk urusan peribadi..elakan menguna talipon pejabat..sebaliknya guna telipon awam jika kehabisan kredit atau pun masuk air..

endiem said...

en yassin..
telefon awam masih relevan lagi

endiem said...

cemomoi..
kalau telefon awam jauh tepi kubor ke..usah ke kambing hantu pun ada..

endiem said...

mazru,,
aok lah yang letak iklan te ke.. dah jumpa pun orangnya..hehe

endiem said...

luahfikiran..
wsalam..stiker Ahlong ada kat mana mana , pada sign board jalan pun dia tampal,
tima kasih sudi jd follower

endiem said...

pm..
telefon awam kadangkala tak boleh guna ... ada pondok je..

endiem said...

Lipislady..
kalau telefon awam dekat rumah boleh buat macam tu..

endiem said...

relevan..
boleh guna telefon pejabat.. tapi kena bayar baliklah hehe..

Hashim Zabidi said...

Ada pondok talipon yg dah tinggal rangka. Wayar pun berserambut macam perut penanggal. Guna tak boleh, pandang sakit mata.

al-mankaraqi said...

sedak nengok gambo last ter......

Kunang-Kunang said...

Salam Endiem.

Sebenarnya public phone ni sangat diperlukan semasa emergency.

Baru-baru ni akak ke PPUM ambik ubat. Dah dapat ubat nak telefon abang suruh datang jemput akak (PPUM susah parking, jadi dia tunggu di luar hospital), ambik jer h/set, tengok-tengok, alamak tak ada bateri. Melilau cari public phone, ha, padan muka, nasib baik ada. Kalau tidak tak taulah macam mana. Mungkin buat muka sedeh dan tak malu pinjam h/set orang.

piewahid said...

bila agaknya mentality org2 kita menjaga harta benda awam akan beruboh?

"Selamat menjalani ibadah puasa dgn sempurna. Semoga segala amalan dan doa diterima-Nya. Ampun maaf atas segala kesilapan & kesalahan"