Ini adalah gambar " ketapak refleksiologi" . Ianya biasa diletakkan di laman rumah untuk beberapa tujuan. Pertamanya ia merupakan sebahagian dari lanskap kejur yang akan mencantikkan kawasan laman kita. Disamping itu ia merupakan satu kaedah terapi untuk kesihatan badan.
Untuk melakukan terapi refleksiologi ini , mudah amat. Bukak kasut atau dengan berkaki ayam , terus berjalan diatas ketapak tersebut lima nam kali pusing. Sakit tu memanglah sakit , tapi ia amat baik untuk kesihatan kita. Lakukan dua kali sehari , belah pagi lepas sembahyang subuh dan belah petang selepas asar. Insyaallah kita akan sihat selalu. Dengan adanya ketapak refleksiologi dilaman rumah , tak perlulah kita pergi ketaman taman rekriasi seperti Taman Gelora untuk memijak batu batu refleksiologi ini.
Ketapak refleksiologi ini boleh dibeli dari neseri bunga dan kedai kedai landskap yang ada ditempat kita. Regenya pun sekitar RM 20.00 satu. Untuk satu satu laman sekurang kurangnya kita perlukan lima atau enam tongkah ketapak ini. Untuk menjimatkan duit kita boleh buat sendiri. Tak payah pun, dan kosnya tidaklah banyak.
Berikut adalah cara menyediakan ketapak refleksiologi.
Bahan:
1. Simen ( atau semen cakap orang Lepih )
2. Pasir lombong atau pasir sungai
3. air
4. batu batu kasar ( sekasar ibu jari ) kalau tajam lagi baik.
5. Kertas surat khabar.
6. Nyaring reban ayam ( BRC ) sais 1" x 2"
Peralatan:
1. Acuan ( Nak senang, pinjam sahaja loyang ayan yang digunakan oleh orang rumah kita untuk mengukus kuih kasui atau bingka ubi)
2. Sudip simen ( kalau tak ada pinjam je sudip goring ikan di dapur: tapi pasti dibasuh bersih setelah menggunakannya, kalau tidak lain kali susah nak dapat pinjam)
Cara-cara:
1. Acuan di alas dengan surat khabar serata permukaannya. Ini bertujuan, apabila simen yang telah keras dalam acuan ini mudah longkah apabila ditengkuh kelak.
2. Bancuh simen dengan pasir atas kadar 3:1 ( 3 pasir dan 1 simen)
3. Tuangkan simen tadi kedalam acuan kira kira separuh acuan.
4. Masukan nyaring ( BRC) yang telah dipotong mengikut keluasan acuan itu. Ini bertujuan supaya ia menjadi tulang dan menguatkan ketapak tersebut dan tidah mudah patah.
5. Tambah simen sehingga memenuhi acuan.
6. Biarkan selama lebih kurang 2 jam.
7. Aturkan batu batu diatas simen .
8. Jemur dan biarkan selama 2 hari.
9. Apabila simen telah keras sepenuhnya, bolehlah ditengkuh untuk mengeluarkan ketapak ini dari acuan tadi.
10. Ketapak yang telah siap bolehlah diatur di depan laman rumah
mudahkan... selamat mencuba.

10 comments:
Assalamualaikum, mati2 keh ingat ke resipi buat kuih talan versi baru...
tapi yee aok kala selalu pijok atas ketapok nih kepala sakit buleh reda sikit..
mmg sakit jadi tak slesa nk jln atasnya tapi bagus kita
Kash kadeng berambat atas leboh berkaki aya je..abis berdebus angin entakk...
Mmg bagus pun. Kalo kat area umoh koi, koi nengok org Indon suka pijok menda ni.
suami saya dah buatkan kat depan rumah yang sekangkang kera ni..x banyak cuma 4 blok yg bersegi empat je...mengikut had keluasan rumah!!Batunya di hangkut dari sg.lembing...syyhhh....!!
mmg baik tuk kesihatan...refleksiologi blh merawat&mcegah pyakit
Saya pun ada 4 blok mcm kak hai tapi saya letak dlm rumah. bangun tido dan sebelum tidur, pijak-pijak selama mana yg larat.
bagus utk kesihatan nih...kena rajin la berjalan atas te
Lipislady..
kalau rasa bisa bisa badan ace pijak atas batu ni,,
maiyah..
nak mudah pakai kasut pijak batu ni hehe
Yassin ..
sama je, nak pulok atas lebuh tanah merah.
Echam..
ace pijak jugak..
hai..
baguslah.. selamat memijak.
fatini..
betul.
eL..
kalau rasa lenguh badan .. susun blok tu rapat rapat .. pas tu baring atas dia., hehehe
Mazru..
bagus kalau kita pijak..tapi kalau tak moh pijak pun tak guna jugak.
Post a Comment