Followers

Tuesday, December 8, 2009

Petua Tak Mudah Lupa

Petua ini telah diceduk dari salah sebuah buku pakar motivasi yang di minati ramai iaitu Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

1. Jangan Makan Kepala Ikan.
Kepala ikan seperti tenggiri , patin, kelah, talapia, baung tak elok dimakan. Kalau ada pun sedekah kepada kucing. Tapi takut juga jika kucing jadi pelupa.

2. Jangan minum air atau makanan yang dimasuk serangga.
Jika terasa haus janganlah terus gogok air dalam botol. Tengok dulu mana tahu ada semut atau serangga yang berbisa seperti lebah , tebuan atau lipas dalam botol air kita. Begitu juga dengan makanan seperti kuih -muih.

3. Jangan makan organ dalam .
Perkakas dalam seperti hati, lempung, kura , jantung dan perut , eloklah jangan dimakan bagi mengelakkan penyakit lupa. Tapi kalau nak makan juga kenalah baca doa.

4. Makan apabila lapar dan berhenti apabila kenyang.
Maknanya apabila dah kenyang "kebuntur", Janganlah nak makan lagi. Itu mentekedarah namanya.

5.Makan awal.
Masuk je maghrib boleh terus je makan. Tapi ini bukan bererti kita makan dulu pada orang lain.

16 comments:

Aku Anak Pahang said...

Bender nama kepala nei mmg sedak met..payoh nok laranglah mekala org suka makan kepala nei....

Hanisham Ab Halim said...

kepala ikan paling best wehhh.. hehhehe

saharul said...

satu lagi....jangan hisap dadah / hidu gam....hehehe

Maiyah said...

yelah kepala ikan yg best plak tu.. mariiii :D

Hashim Zabidi said...

Organ dalam, terutama perut muda, buat sate, masak lemak limau perut, buat kari, aduh! malas nak ceritalah.

Bukan papan kayu betarah...
bukan makan tapi....

mazru said...

hmm..sekarang ni ade sate perut ayam? eii...

endiem said...

yassin ..
memang payah nak meninggalkan tabiat bab makan ni.

Echam ..
Bila aok mancing tu dapat ikan ambik kepala, buang badan.. hehehe

Cikgu Jang..
Setuju amat dengan aok.. itu bukan lagi lupa ., itu moh biol dibuatnya..

endiem said...

maiyah..
nak makan boleh tapi kena baca doa juga.. doa makan.

Pak Hashim,,
Bab makan ni.. malas cakaplah pak hashim..

Mazru..
sate perut lembu ada .. tapi sate perut ayam tak pernah dengar lagi. Biasa perut ayam buat umpan menajor je.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, masuk maghrib solat weh, kala nok makan sebelum maghriblah....

endiem said...

Lipislady..
Tu lah silap koi..

Kakcik Seroja said...

No 2 hingga 5 tu, takde hal nak ikut rasanya.. tapi yang no 1, susah sikit.. sebab kakcik memang suka makan kepala ikan.. tambah2 bhg mata dia.. :)

endiem said...

Kakcik..
macamana kari kepala ikan..

Anonymous said...

kepala ikan, kepala udang, tu peberet koi..hehe :D

abu muaz said...

memang kepala ikan sedap tapi kalau sudah terbukti ia tidak boleh dimakan untuk mudahkan menghafaz baik tak payah makanlah.

pB said...

doa apa nak baca kalau nak makan 'kakah dalae' ?

endiem said...

intan..
kalau dah minat nak buat cam mana..

abu muaz..
setuju., tapi terpulanglah pada individu ..

pB.,
tak dinyatakan pulak doa mcm mana., tapi yg pastinya doa makan.