Followers

Friday, February 19, 2010

Apa ada dalam Jabir

Pada cuti tahun baru cina yang lepas , banyak majlis dan kenduri kahwin telah diadakan dimerata rata ceruk rantau di seluruh negara. Kebanyakan kenduri kahwin ini dibuat di rumah rumah pengantin , dewan dan hotel hotel. Kalau ada jemputan, eloklah kita pergi, kerana ianya juga merupakan satu kewajipan kepada kita, kecuali kalau ada aral dan ianya bertindih dengan kenduri yang satu lagi. Biasanya kita akan kata " Tak pergi , tak kena". Sekurang kurangnya dapat menampakkan diri pun jadilah.

Setelah makan kenduri semasa nak balik kena lah jumpa tuan rumah. Bersalam dahulu dengan tuan rumah. Kata dek orang belah sini salam kukut. Tuan rumah atau wakilnya akan memberi jabir kertas sebagai satu cenderahati dari kedua mempelai . Banyak benda yang diisi dalam jabir ini. Biasa yang pernah kita jumpa dalam jabir ini ialah:

1. Bunga telur dan telur
2. sapu tangan
3. sudu dan garpu kecik
4. buahulu
5. dodol
6. limau
7. potpuri
8. gula gula
9. kerepek
10. dadih atau puding
11. coklat
12. sebotol air mineral di cop dengan gambar dan nama pengantin.
13. buah epal.

Yang belum pernah diisi dalam jabir ini.
1. pisau lipat
2. pengat atau bubur kacang
3. gunting
4. calculator
5. ubat lampu
6. mentol lampu

Jabir ini bagus juga disimpan sebagai salah satu hobi.


20 comments:

zulkbo said...

Salam...
kalau orang dulu-dulu kenduri ni mesti bagi bunga telur..memandang telo pun rega dah mahei..lagi pun cepat busuk..timbullah idea nak bagi menda-menda gitu..koi setuju gak cadangan aok nak bagi culcalator tu..he he..tak pernah dibuat orang...

Relevan said...

Jabir dengan kelompen adik beradik ke endiem?..

terokai seni said...

ander hok bagi ma'thurat.. kalo bagi kalkulator ter maknanya untuk kawin seken round ter

Maiyah said...

skrg dah xde telor dah kat sini.. yg ada kek n gula2

kalo luar bndar je masih ada telur

saharul said...

masalah apabila orang kite ni suke ngikut apa yg orang lain buat....dulu2 hanya telor je sebijik...skrg ni, macam2 ade...

Abeli Rosli said...

salam rodong... abeli kalau musim kahwin ni banyak amat dapat jabir.. ni abeli camera man.. balik last sekali... kekadang tu sampai 3 jabir pengantin bagi... kalau ada lebih... kekadang tu tak dapat langsung.. jabir dah habis....

kelompen said...

weh rodong ..pkataan seerti dengan jabir..ialah kelompen, ponjot, kelongsong, sumpit, raga, sebelum ada plastik.
org pahang mesti taw jabir n kelompen te buat dari apa..

piewahid said...

biasanyer yg bagi jabir tu anok dara comei. keknyer kala bedok yg dia tepek dh mula cair, kelakor la pulok! huhu..

Anonymous said...

Salam endiem,

Dalam jabir ada macam2. Kalau jabir yang dibuat dari kain berguna sebab dia tahan sikit bila kita letak barang2.

Hashim Zabidi said...

Dalam jabir biasanya orang letak sirih (bekas sirih)
dalam sumpit, orang letok garam atau asam keping (gelugur)
kelompin, orang letak benda-benda ringan (sangkut pada bahu dan kepit bawoh ketiok)
berikutnya ialah:
raga
bakul,
bujam,
seruk,
buntil,
gendong,
tengkalang,
keranjang dan banyak lagi...

ummzaid said...

dulu2 ande kwn koi kabo, ngape sokmo2 org bg telor ayam je, cer bg buoh oren ke, epal ke..ha! ye la sungguh dah...memcm dah ganti telor..

endiem said...

zulko..
mungkinlah untuk masa depan, tah benda benda lain dibubohnya dalam jabir te.

relevan..
sama jelah te..

cemomoi..
kalkulator te nak kira berapa dah keluar duit untuk salam kokut.

endiem said...

maiyah..
gula gula & coklat pun ok jugak..

Cik gu jang..
betul cik gu.. ekonomi orang kita dah ok , jadi apa salahnya kalau nak bubuh benda lain..

abeli..
aok simpan jabir te buat koleksi.

endiem said...

kelompen..
kelompen te ,..buat dari mengkuang kot?

piewahid..
budak budak tadika yang pegang jabir untuk agih ke tetamu.

endiem said...

kunang-kunang..
jabir kain bagus jugak, ada orang buat isi mengkana pergi masjid..

endiem said...

pak hashim..
betul pak hashim.. tapi sekarang orang isi barang dalam jabir plastik ikat dengan tali rapia, bukan tali batang pisang.

ummzaid..
setuju sangat dengan aok te.. isi buah naga, buah salak, dokong ke ok gak.

ima shhs said...

tima kasih sbb drop by ke lamanku yg tlh di'upgrade' itu... pepun, sal tak jwp soklan kiter kat situ ekk...:-P

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

jabir?
tak pernah dengar pun..hihi
first time tau ..

abu muaz said...

bagus simpan jabir nii...boleh anak cucu kita tengok akan datang.

mazru said...

gitulah sokmo yek..hehe