Followers

Monday, April 5, 2010

Mana Nak Parking

Kita seringkali membawa kereta sendiri apabila berurusan di bandar bandar seperti Kuantan , Temerloh dan Mentakab. Malangnya kita selalu menghadapi masalah apabila hendak meletak kenderaan kita itu. Memang payah sangat untuk mendapat tempat yang sesuai bagi tujuan itu.

Walau pun pihak Majlis Perbandaran Kuantan atau Temerloh ada menyediakan tempat tempat parking , namun oleh kerana banyaknya kenderaan yang memasuki bandar menyebabkan tempat tempat tersebut tidak cukup dan sentiasa penuh.
Di Kuantan pihak MPK mengenakan caj meletak kenderaan dikawasan yang telah diwartakan pada setiap hari, kecuali hari Ahad dan hari kelepasan am bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 ptg. Caj yang dikenakan itu ialah sebanyak RM 0.45 sen bagi tempoh sejam. Caj tersebut boleh dibayar dengan membeli kupon gores yang dijual di pondok - podok jualan yang disediakan atau melalui ejen ejen jualan yang telah dilantik.

Penggunaan kupon gores ini mudah sahaja. Ambik duit sekeleng ( siling ) lima sen goreskan pada tempat perlu seperti, tahun, bulan, haribulan , jam dan minit dan kemudian pamerkan diatas dashboard kereta kita itu.

Ibarat kita mengores kad top up apabila ingin membuat panggilan, tetapi tiada liputan, Begitu jagaklah dengan mengores kupon letak kereta tetapi tiada tempat untuk meletak kereta.

Mungkin hati kita akan terubat sedikit jika bila digores kupon tersebut, keluar gambar TV screen leper atau motosikal modenass kriss.

31 comments:

kelompen said...

segalanya mudah yang memualkan. mudah di tangan payah di lapangan
mudah digores payah diletakkan kenderaan, alahai. memang terasa sangat azab, tak digores kena saman, bila digores tadak lapang parking ntah lah weh, raban..

zulkbo said...

salam rodong..
koi rasa RM0.45 sejam ni berbaloi lagi banding dengan kolumpo ada yang mencecah RM7.00 sejam..paleh betikk..mahei giler..tu pun dengor nak naik lagi

Cik SHiN~JU said...

salam...
kontan dh maju,tu yg byk kenderaan sampai x ckup tmpt parking...MPK kena cari jalan penyelesaian...bila lg nak wat lrt kat kontan te...
tu belum lg hari jumaat,org2 kemamang turung nyopping kat kuantang...

sha said...

Kesesakan merupakan indikator kpd kemajuan!!!

Hashim Zabidi said...

Pihak yang berwajib masih lagi sedang berfikir: apalagi yang perlu dikenakan kepada rakyat untuk alasan bagi mengurangkan bayaran cukai pendapatan.

ummzaid said...

gores dan kalah..

Mazru Majid said...

salam..

ibarat menggores topup tp tiada liputan...i like..hehe

AuntieYan said...

Salam En.Endie,

He!..he!...tersangatlah murahnya charge parking di sana. DiKL/Lembah Klang ni..adui!..bak kata En. Zulkbo di atas, ada yang mencecah sampai RM7...gilaa!!!
dah le mahal, bukan mudah nak dapat pulak tu, puas tawaf baru dapat, kenkadang tu, terus balik je lah... :-(

relevan said...

Endiem..kalau payah nak parking kereta kat Temerloh dan Kuantan mari parking kat Jerantut je..sini ada banyak parking..masih belum kena bayaran lagi..

Che' Pit said...

err sama mcm kat kg CP, segamat.. guna kad parking.. rate dia luper lak tapi rasa lagi mahal..

cemomoi said...

murah 15 sen dari melaka... kalu nak kluo screen leper kena amik kupon gores dan menang

INTAN RH said...

koi nyampoh klu gores rm0.45 sen tp kua kete dlm 5 minit jek, pastu balik...kui34x

tunbegia said...

sungguh seronok kalo gores dapat kereta mercedes benz c-200 kompresor lagik,

salamm,

Kunang-Kunang said...

Salam endiem,

Kerana tak larat nak cari parkinglah akak banyak gunakan 'online banking'. Senang.

al-mankaraqi said...

parking + barking.......

piewahid said...

pelik bila kdg2 tu kejap ngat tinggal kereta, tau² dh melekat surat saman! koi baru je turun jap nak beli roti sbungkus.

Pacifist said...

masalah yg berlaku dimana2.lbh2 lagi koantan doh banyok jalan jadi jalan sehala.haru biru jadinya.jln depan stesen bas paso pun doh tutup.kene la musing ikut lain.harap perancangan MPK lebih episyen utk kesejahteraan org koantan.Kuantan bandar palma.tp hok kwn jumpe seme hok tiruan...

Mak Su said...

dpt tv leper.... oh alangkah sioknyer :), heheeh

hai said...

tu la sebabnya kalo balik mentekab,nak berurusan kejap,koi suruh bebdk ni dok dlm kete je...kalo nak bersoping ke kluar belah malam!!

endiem said...

sha..
betul , cakap aok te.. tapi kita mestilah juga pandai menangani kemajuan tersebut.

Pak hashim..
Ambik cukai dulu , perkhidmatan masih belum tentu lagi.

endiem said...

ummzaid..
setuju.. gores tak pernah menang, kalah memanjang.

Mazru..
kalau line handphone merata ceruk pun dah boleh dapat liputan..

endiem said...

auntie yan..
kalau rm7 tu dah kira mahal betul .. jangan sampai rm 70 dah lah..yek.

Relevan..
tu lah yang payahnya, kalau urusan di Mentakab tu bolehlah parking di batu kapor, tapi kalau urusan dikuantan nak parking dijerantut gone gayanya.

endiem said...

CP..
banyak tempat gunakan kad macam ni, segamat, tg. malim.

cemomoi..
kalau ada gores keluar screen leper , dah tentu ramai yang beli kupon , gores saja, tapi tak parking kereta.

Fadh said...

koi ade 4-5 keping saman MPK...MPT ade 2...kose dok koi membayor nye

endiem said...

Intan..
kadang urusan nye sekejap je..tapi kalau dah gores tu boleh guna juga untuk parking yang lain.

tunbegia..
kalau macam tu seronok juga, tentu tak de yang kena saman tak letak kupon .

endiem said...

kunang-kunang..
sekarang orang ramai pun tak mahu sangat masuk bandar, kecuali perlu sangat. Mana urusan yang boleh dibuat dirumah lagi moleknya.

al mankaraqi..
ha ha ha

endiem said...

pie wahid..
tu kira nasib lah.. kadang kadang baru 2 minit tinggal dah dapat surat saman.. tapi kadang2 letak 2 jam tak de apa apa.

Pacifist..
setuju dengan aok, pihak mpk kenalah fikir jugak masalah warga Kuantan..jangan kira nak kutip duit je.

endiem said...

Mak su..
tak mungkin nya..yek.

hai..
Aok jangan selalu amal buat macam tu.. nanti budok budok tu melaram dengan kereta .. nanti payah juga.

endiem said...

Fadh..
Kat Kuantan , kalau ada banyak samanyang tak berbayar , di kuncinya pulak tayar kereta kita... susah jugak

Jejaka Desa said...

Kuantan jage2 sikit deme.Malam2 pun MPK saman.Tapi sesetengoh tempat la..

Fadh said...

hehehe koi ke kuantan pun jarang2