Followers

Friday, April 30, 2010

Kod Panduan Makanan dan Minuman Di Restoran

Kandungan bahan bahan dalam makanan atau minuman bagi sesuatu produk pengilangan itu selalunya ditulis pada kotak atau bungkusannya. Samaada bahan tersebut dinyatakan dengan jelas kandungannya atau pun dalam bentuk kod - kod yang tertentu. Sebagai contoh kod E110, E120 menunjukkan ianya mengandungi lemak babi (disini). Oleh itu kita sedikit sebanyak perlulah tahu membaca kod kod seumpama ini dalam minuman dan makanan sehari hari.

Di kebanyakan restoran dan gerai gerai minum juga ada menggunakan kod kod tertentu untuk minuman dan makanannya. Sebagai panduan, berikut adalah contoh contoh kod makanan dan minuman yang selalu digunakan oleh pelayan pelayan restoran menulis order dari pelanggan :-

TT - Teh Tarik ( Bukan Tukar Tiub)
NT - Nescafe Tarik ( Bukan No Transaction )
ABC - Air batu campur
CP - Cendol Pulut ( Bukan Che Pit )
KOK - Kopi O kaw
TTKM - Teh Tarik kurang manis
TOA - Teh O ais
BS - Barli suam
RB - Roti banjir
RT - Roti Telur
RTBB - Roti telor banyak bawang
NLS - Nasi Lemak Sotong
MGB - Milo Gelas Besar
AK - Ais Kosong
TOL - Teh O Limau
SB - Sirap Bandung
NGC - Nasi Goring Cina
NGK - Nasi Goring Kampung
KIM - Kailan Ikan Masin
JM - Jeruk maman

* Bagi Tongkat Ali, Radix, Kopi Janggut tiada kod kod tertentu yang digunakan.

Bagaimana pun terpulanglah kepada restoran -restoran tersebut untuk menggunakan kod kod ini atau menggunakan kod kod yang lain.

18 comments:

INTAN RH said...

salam rodong, lama dh koi tak mkn JM msk lemak :)

zulkbo said...

salam..
ada lak cenggitu yek?
koi tak tahu lak
he he he..

maiyah said...

ada gak ye, x tau lak

sha said...

Kawan kalau outstation rajin oder NGK..kena dgn CS(Carrot susu..hehe)..tapi kekadang TT pun jadik..

piewahid said...

betul3...
mmg kedai guna kod gitu amik order.
keknyer kod halal haram tu kdg2 je betul sbb yg sah2 tulis halal pun rupa2nya mnipu juga. skang ni byk produk makanan dari cina yg repacking di sini. yg penting jgn makan sebarang.

Cikgu Jang .. said...

tak kira apapun kodnya...janji apa yg kita order adalah betul dan memenuhi cita rasa...

al-mankaraqi said...

NLA2P = nasik lemok ayom 2 pinggan........kakakaka

endiem said...

Intan..
Aok cari je kat pekan sari temerloh.

endiem said...

zulkbo..
hehehe..

endiem said...

maiyah ..
selalu kat restoran mamak ada mgm..( me goreng mamak )..

endiem said...

sha..
TTGB.. makna nya teh tarik gelas besar bukan tanda tangan guru besar, he hehe

endiem said...

pie..
kat kedai makan tu hanya proses bahan yang diterima untuk tujuan makanan , tapi sama ada bahan tu halal atau haram susah juga nak kita tahu.. kena tengok betul , ayam tu sembelih atau tidak.. mintak mintak janganlah ...

endiem said...

cikgu jang..
kod tu untuk kegunaan pelayan kedai diserah pada tukang buat air, tapi kalau tukang buat air tak paham kod tu susah jugak..mintak benda lain benda lain dihantarnya..

endiem said...

al mankaraqi..
kah kah kah.. macam macam kod boleh cipta..

a kl citizen said...

JM tu sedap tu, makan ngan nasi panas-panas

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, kah kala makan kat kedai selalu order, NGK dengan AS aja.

relevan said...

Endiem TT satu..

Che' Pit said...

CP - Cendol Pulut ( Bukan Che Pit )

ngeh ngeh ngeh nasib baik ada penafian di situ, hehe..

NOAT satu..

Nescafe O Ais Tarik hehe