Followers

Friday, April 16, 2010

Puding Raja


gambar ikhsan google.

Salah satu produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI) bagi Daerah Pekan ialah Puding Raja. Ianya di hasilkan oleh seorang pengusaha , puan Anizah Ghazali dari Kg. Parit Tengah, Pekan. Di Pekan bukanlah puan Anizah seorang sahaja yang pandai membuat puding raja ini, malahan berpuluh lagi orang Pekan yang pandai membuat makanan ini.

Puding raja adalah satu makanan yang jarang dapat kita berjumpa. Katanya ia merupakan makanan raja raja , sebab itulah namanya puding raja. Tidak ada di jual di tempat sebarangan, samaada di pekan pekan sari, pasar tani atau pasar malam. Di hotel hotel tiga empat bintang pun jarang juga nampak puding raja di hidangkan, kalau ada pun atas permintaan pihak pihak tertentu. Ada juga majlis majlis perkahwinan yang menyediakan menu puding raja ini. Di Kuantan adalah dua tiga buah restoran atau foodcourt yang menjual puding raja ini. Itu pun ada hari hari nya. Kalau tak silap rega bagi satu mangkuk diantara RM 6.00 hingga RM 7.00.

Banyak bahan yang digunakan untuk membuat puding raja ini seperti telur, susu, pisang lemak manis, buah prun, buah badam, jala mas, buah ceri dan lain lain. Mungkin juga ada benda benda lain yang menambahkan sedapnya puding raja ini.

Orang orang pekan bercadang untuk mengkomersilkan puding raja ini, tetapi payah sangat nak mendapat pisang lemak manis.

24 comments:

relevan said...

Memang sedapnya puding raja ini.. kawan dah terai makan kat Bukit Stonecool dulu..

cemomoi said...

wuiii kalu bab raja mesti sedap cam kat kelantan ada murtabak raja, saploh hengget-doblas henget dorang jual sekeping

Cik SHiN~JU said...

salam...
puding raja ni fav Tg Puan kita..
kala dia dtg melawat mmg ni la menu wajibnyer...

a kl citizen said...

tak pernah cuba lagi ni... pos ke kl sikit. duit pos saya bayar...

:)

endiem said...

relevan..
sedap..lawan pulak kopi o.

endiem said...

cemomoi..
ye lah, contoh lain pisang raja, ulam raja , durian raja..

endiem said...

cik Shin..
salah satu dari ...air tangan tg.puan.

endiem said...

a kl citizen..
macam mana kalau koi e-mail je.he heehe..

zulkbo said...

salam..
mak aihh
jadi lapor la pulok koi
he he..sedakkk wehhh!

Che' Pit said...

fuyyoo mmg sedap..
3 tahun lebih duk pahang, ada lah dlm 3,4 kali makan, masa ada majlis besar2.. x jumpa kat negeri lain weh

akuanakpahang said...

Salam kawan jarang2 rasa bender ini dah lupe rasanya keknya di tmpt kawan tak nampok lalu bayangannya..hehehe.

aRoL said...

puding ni mesti sedap nih..tapi tak pernah rasa lagi..

sha said...

semenjak dua menjak nih..aok cerite hai makan je weh..elok juga lah dipromo makanan oang phg yek!!..

piewahid said...

xpeghenoh rasa lagi weh...nampok memang sedak amt!

maiyah said...

x pernah rasa ni..

Mazru Majid said...

sedattt..kome bese buat 2 bahan je,pisang lemak manis dgn susu cair..pisang te goreng paste tabur gule makan dgn susu cair..sedat amat..org panggil puding raja jugek tp versi org kampung la agok koi..nt la koi updet dlm blog

Kak Nora said...

Salam,
Selain daripada puding raja, Pekan juga terkenal dengan OPOR. Betul ke?

endiem said...

zulkbo..
mmg sedap..

CP.
mmg payah dapat..

Yasin.
Aok balik ke pekan suroh orang pekan buat.

endiem said...

arol..
terailah dulu..

sha..
betul ini tengah promo makanan orang pahang.. tapi belah kuantan, pekan dulu,.

piewahid..
kalau koi pandai membuatnya, moh koi hantar ke aok semangkuk.

endiem said...

maiyah..
rasa ais cream kot.

mazru..
betullah tu..mcm tu agaknya dema tu buat.

kak nora.
Salam. . lain kali koi tulis tentang opor pulak.. tapi tak delah resipinya.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, terliur bete keh menengok puding raja nih, bilalah keh dapat merasa agoknya

AuntieYan said...

Salm En. Endiem,

Dah 30 tahun jadi isteri orang Pekan ada le beberapa kali merasa puding raja ni. Memang sedap pun...

Rasanya, tidak le susah mana nak buatnya, cuma ramai yang tak rajin. :-) Susah nak dapat pisang lemak manis, gantikan dengan pisang emas, lagi sedap. :-)

Anonymous said...

kalau nak makan puding raja boleh order kat sini

http://myroyalpudding.blogspot.com

Anonymous said...

assalamualaikumm..
dlm resepi puding raja.. jala mas la yg paling ssh nak buat. tp don worry.. koi bleh tolong buat kan.. =)

so klu teringin sgt.. boleh jer order kat koi.. mmg kejer koi wat Jala emas ni jer..

klu berminat leh send emai kat koi.. ladies_anans@yahoo.com

k... - Nash