Followers

Thursday, August 19, 2010

Kisah Pemancing

Sedap juga membaca cerita yang dikisahkan oleh Echam dalam siri disakat Makhluk tua. Meremang bulu roma. Pagi tadi koi bukak kotak e mail ada juga hamba allah yang menghantar cerita tentang pemancing. Jadi koi paste disini:-


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau
ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2
sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat
sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu
lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan,
siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm
raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak
kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai,
teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau
terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan
sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada
orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.


Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang
ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik
hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr
biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan
alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak
tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara
org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan
dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke
dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe...rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang
tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar
orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak
sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut
ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik,
sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

7 comments:

saharul said...

lama dah koi bace cerita ni dulu....tapi bagus jugak, mboh jugak pegi solat berbanding sesetengah org tu yg terus lupakan solat semata2 mengejar ikan di sungei..

Relevan said...

INi kes mamang haru..ha ha..Mertabak mengkasar weh!

hai said...

hehehe...mmg suspen bila kepala bertambah berat!!

terokai seni said...

ajis ni memang orang kuat iman nih. wuduk pon tak batal dari rumah jadik tayah amik wuduk le kat surau tu

zulkbo said...

SALAM..
goner sampai solat
pakai helmet ni
macam2 budak2 ker nih
he he...

mazru said...

adeih!..hahahahah cemas batal pose koi tergelok!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ajis orang baik..jaga sembahyang