Followers

Sunday, August 1, 2010

Hujung Minggu

Ramai yang menunggu hujung minggu. Ada yang hendak pergi berkelah ke pantai Cherating dengan keluarga. Ada yang hendak pergi kenduri kahwin anak Pak Andak Mamud di Bukit Damar. Ada juga yang dah janji membawa anak anak main air ke Bukit Gambang. Ada juga rodong rodong yang janji nak pergi menjala atau memancing ikan di sungai Lepih.

Pendek kata banyak program yang telah diatur. Sama ada oleh diri sendiri, keluarga , pejabat atau pihak lain. Pada hujung minggu ada juga pejabat-pejabat mengadakan Hari Keluarga. Buat hari Keluarga di Pantai Balok. Ada buat hari keluarga di Pantai sepat. Ada juga buat hari keluarga di Bukit Gambang Resort. Tentu nak pergi punya.

Mana mana yang tak ada program sendiri , pilih saja program program yang telah ada. Karnival kereta mini dekat parking kereta Mahkota square,. Boleh juga tengok lap top ka PC fair di Mega Mall. Atau ke pameran Kraf di ECM. Mana yang minat tengok memancing boleh joint Karnival Planet Joran di Pantai Sepat.


Semua nya nak kejar sebelum puasa.

16 comments:

eL said...

betul betul betul...semua benda nak buat sebelum puasa termasuklah yours truly - pergi jumpa dentist sebelum puasa.

penjejak maya said...

salam,

hujung minggu ni lepas subuh sambung tido balik hehe..

saharul said...

koi tak ke manepun....kene uruskan kebun sebelum bulan posa menjelma...

Nizam Awang Brahim said...

Tak musing koi kesini weh tadi...

zulkbo said...

salam..
nampak gayanya begitulah
mengejar aktiviti sebelum puasa
dah ramadan nanti nak kejar amal ibadat la pulak..he he

al-mankaraqi said...

syok berkebun di hujung minggu.....weekdays tido banyak2 hahahaha.......

Relevan said...

Kome juga yang masuk kebun..

endiem said...

el..
Bila dah puasa letih lah.

endiem said...

penjejak maya..
tidor pun aktiviti yang seronok jugak.

endiem said...

Cik gu..
eloklah gi kebun..dari gi ke hulu kilir tak tentu tujuan..

endiem said...

Jejaka desa..
gi PC fair .. cuci mata.

endiem said...

zulkbo..
betullah kalau nak kejar amal ibadat..banyak ganjaran di bulan puasa.

endiem said...

al mankaraqi..
Pergi kebun pun aktiviti menarik jugak.

endiem said...

Relevan..
kome tak de kebun..

piewahid said...

ujung minggu ni kome melayan anok jantan balik bercuti dgn abang sekeluarga dtg kumoh je...

Anonymous said...

Salam Endiem,

Dulu masa bekerja, hujung minggu sangat bererti.

Ingatkan bila dah bersara boleh relak hujung minggu, rupanya makin sebok.