Followers

Tuesday, October 20, 2009

Tanda Air - Kuantan


Kalau berkunjung ke Bandar Kuantan kita akan berjumpa dengan " Tanda Air " yang tertulis KUANTAN. Ini menandakan kita sekarang berada dalam Wilayah Kuantan. Tanda air ini juga jelas kelihatan dengan mata kasar di Taman Esplanade iaitu tala ke seberang sana Sungai Kuantan. Ia juga dapat dilihat dengan jelas dari Komplek Teruntum, Kawasan gerai sekitar pejabat MPK dan juga di stesyen bas tepi sungai.

Secara mudahnya tanda ini digunakan untuk menyukat paras air di Kuantan.

Jika air pasang atau air sebak tulisan KUANTAN tersebut dilihat seolah olah duduk diatas air. tapi bila air surut atau air timpas tulisan ini didapati naik sikit keatas.

Jika tulisan ini mula tenggelam , itu menandakan beberapa tempat di sebelah ulu sungai kuantan seperti, sungai lembing, sg. isap, pasir kemudi mengalami banjir.

Tapi jika ia kapus mungkin bandar kuantan juga akan tenggelam. Tapi ianya belum pernah terjadi dan mintak mintak janganlah terjadi.

4 comments:

Anonymous said...

ngape ek sg isap deras sgt bah?

Asma said...

Sallam, huruf yang senget ari tuh dah ok yek...

Relevan said...

Tak silap kawan..ket Temerloh pun ander singbod gini..tepi Sg Pahang..T E M E R L O H

endiem said...

Intan..
Kg. Sg. Isap duduk tempat rendah, dan menghisap air dari sg. kuantan. teori koi.

Asma..
Tak senget dah..

relevan..
koi pun nampak kat seberang sungai depan pekan sari temerloh.