Followers

Tuesday, November 17, 2009

Tetuang

Gambar diatas adalah sejenis alat muzik yang dimainkan oleh pemuzik pemuzik pada satu zaman dahulu.

Maklumat lanjut mengenai alat ini boleh dilihat di sini, Pada masa ini alat tetuang ini, tidaklah begitu penting dalam sesebuah kumpulan muzik atau orkestra. Ianya mungkin digunakan untuk sesuatu tujuan yang lain seperti gimik perasmian, untuk majlis pelancaran dan sebagainya.

Untuk meniup alat tetuang ini payah jugak. Ia bukanlah mudah ditiup seperti seksefon yang dimainkan oleh kassim selamat dalam cerita ibu mertua ku. Silap gaya ia tak berbunyi, dan mungkin keluar bersembur air lior dihujung corong depannya. Tempias kepada orang sebelah. Dua tiga orang rodong koi seperti Haris, Jo dan Fazlizan serenda nak meniupnya. Orang yang mempunyai nafas yang panjang sahaja boleh meniupnya dengan molek. Biasanya orang yang perut buncit. Itu pun kena banyak buat latihan. Kalau nak jadikan ia sebagai bermelodi lagi lah payahnya.

Mengikut maklumat, alat ini dibuat dari tanduk kerbau. Untuk membuatnya bukanlah susah sangat. Cari je tanduk kerbau yang panjang agak- agak seseta ( hasta) . Tanduk kerbau boleh di dapati dari merata rata rumah sembelih kerbau dan lembu atau mana mana kerbau yang disembelih untuk Korban di Hari Raya Korban pada 27 dan 28 November ini. Cuci molek molek, sebaik baiknya basuh dengan klorok, supaya hilang baunya. Kendian pancas di bahagian hujung yang tajam supaya nampak lubangnya. Pada bahagian lubang inilah tempat untuk di tiup. Kita tak perlu buat lidah dan lubang lubang macam seruling. Kalau rajin bubuhlah tali renda ikat langsir ( seperti gambar) supaya nampak lawar sikit.


14 comments:

Aku Anak Pahang said...

Dekat kampung kawan dulu, mekala masuk waktu sembahyang, ada org mati, apa bender tak kena ker, deme niuplah bender ini keknya kawan rasa dia ada kod tertentu mekala masuk waktu sembahyang goner, org mati goner atau ada perkara hok kerayan yang lain ada nahu dia kawan rasa..cuma hok arif dema faham laa.

Maiyah said...

tak pernah tgk.. macam2 ciptaan Allah ni bleh jadi bermacam utk diciptakan lagi oleh manusia :)

Guru said...

assalammualaikum

tak pernah dengar bunyinya macamana...
menakutkan tak?

saharul said...

koi tak reti2 niup benda tu...sampai melejeh air liur, tapi takmboh kuar bunyi. rasa koi tak betul tekni gamoknye....

mazru said...

gone la bunyinye yek..

endiem said...

Yassin...
Mungkin dulu 2, kegunaan tetuang ini penting untuk beritahu kematian, masuk waktu berbuka dan sebagainya tapi sekarang dah moden..banyak kaedah lain digunakan . Jadi tetuang ni kita buat hiasan sajalah.

endiem said...

maiyah..
manusia kena kreatif menggunakan ciptaan tuhan.. tapi separuh ciptaan tuhan di rosakkan oleh tangan manusia..

endiem said...

a kl citizen..
bunyi nya seakan akan bunyi siren keretapi.

Cik gu jang ..
Kalau beria ria tiup ..moh putus nafas tak bunyi jugak..

mazru..
macam bunyi seladang bertempik..

Relevan said...

Nak pergi berperang boleh bawa benda ni endiem..

endiem said...

relevan..
red indian pun guna benda ini bila berperang.

Anonymous said...

Ni tetuang kumpulan Unggul Tori, Jerantut punya ke? Tak kena gaya tiup, tak mbuh bebnyi benda ni smp sudoh..hehe

endiem said...

Intan..
ini bukan tetuang kumpulan Rahmat Unggul Tori, jerantut. Kalau malam malam tiup tetuang ni .. buat orang seram.

zai said...

dulu pernah tengok filem mat salleh..cerita dokumentari..ada tunjuk orang asli tiup pakai benda ni..tapi dah lupa bunyi camne..anyway thanks for sharing the info..bagus3 sbb mmg payah nak jumpa dah alat2 muzik tradisional camni zaman skang.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, endiem aok kena demo cara meniupnye, bio seme orang tau gone bunyinye..