Followers

Wednesday, April 21, 2010

Mertabak Mengkasar

Lama tak menulis . Banyak sangat masalah negara.
Kali ini cerita pasal makan lagi. Memang cerita makan ini tak habis habis sampai bila bila.

Orang-orang Pekan, suka makan, gemar makan, kreatif , inovatif dan pandai dalam menyediakan makanan. Sebab itu beranika jenis makanan dihasilkan oleh orang orang pekan turun temurun, seperti puding raja, laksa pahang, opor, dan mertabak Pekan.

Orang orang Pekan juga kraetif membuat resipi mertabak. Ada mertabak Pekan, ada Mertabak Pelangkah dan ada mertabak Mengkasar. Ketiga tiga mertabak ini amat mesohor sama ada di Pekan atau di tempat tempat lain. Mertabak Pekan bermula dari resipi Restoran Mawar , mertabak pelangkah , dah tentu dari kg. pelangkah, manakala Mertabak Mengkasar dari Kg. Mengkasar. Kalau bulan puasa dah tentu mertabak merupakan satu menu kemestian orang orang Pekan ( semak disini)
Salah satu mertabak yang mesehor dan diminati ramai ialah Mertabak Mengkasar. Mertabak Mengkasar boleh didapati di sebuah gerai di sebelah hilir Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, ( SHAH ), Pekan yang juga bersebelahan dengan Surau Kg. Mengkasar. Kalau dari Kuantan selepas simpang batu balik , di seberang jalan sebelum sampai ke bandar Pekan. Mertabak Mengkasar mempunyai cawangan iaitu di Simpang Bukit Sekilau, Kuantan. Orang orang Kuantan bolehlah merasa Mertabak Mengkasar di cawangan Bukit Sekilau ini.

Mertabak Mengkasar di jual setiap hari pada belah petang. Nak beli mertabak ini kena bertempah dulu. Kena ambik nombor ( giliran) macam nak kat bank CIMB. Bila nombor kita dipanggil baru lah boleh dapat barang. Jarang sangat orang yang "walk in " dapat dengan cepat.

Pada masa ini harga mertabak mengkasar ialah RM 5.00 bagi yang biasa dan RM 7.00 bagi yang spesial. Mertabak ini memang sedap. Mungkin banyak rempah ratus seperti jintan putih, jintan hitam, kas kas, halia, lengkuas dan sebagainya di buboh dalam awas awasnya.


22 comments:

zulkbo said...

salam..
terbaikk bang..
kat kolumpo ni kat Sri Rampai ada satu cawangan..menantu towke asalnya
yang uruskan..koi selalu ngeteh sana ngan rodong Pahang Community

Aku Anak Pahang said...

terliur kawan nengok kan bila kawan dpt gi ker mengkasar te..hehehe jenuh nok musing tu kawan malas te..hehehe

sha said...

Kawan penah try dulu..mmg best..cuma pelek sikit takder kuah untuk dicicah.

Dah terbiasa mertabak mamak weh..

Che' Pit said...

waa sedap tu
masa puasa mmg sedap makan murtabak dgn air teh o..

Pacifist said...

memang beh!sekali sekale memang kene mkn,lepas rindu.mujur kat kl ni doh ade cawangan.mase kecik rumoh kwn kat seberang jln tu je....

mazru said...

salam..

koi x pernah try lagi,nt koi berjalan umoh adik koi kt pekan bole la koi try makan mertabak ni

Nizam Awang Brahim said...

Koi pun tak cube lagi weh.Nampok sedak

Anonymous said...

Salam endiem

Sedap nampak mertabak tu. Ini bulan puasa mesti beratur panjang untuk membelinyakan.

Nanti gi kuantan bolehlah cuba di Bukit Sekilau

endiem said...

salam rodong rodong..
zulkbo..
baguslah bisnes kalau dah meningkat maju sampai 2 3 cawangan..

yassin ..
kalau aok balik ke pekan te singgah lah sekejab.. booking dulu.

endiem said...

sha ..
memang tak de kuah , tapi ada bawang jeruk.

cp..
mertabak mengkasar ada setiap hari.

endiem said...

pacifist..
sesekali lepas gian ha ha ...

mazru..
terailah..mesti nak sekali lagi hehehe..

endiem said...

jejaka desa...
aok mudah je.. moh pergi kat bukit sekilau.

kunang kunang.
tak payah tunggu bulan puasa.

al-mankaraqi said...

salam ziarah sahabat!

bab makan memang best, citerlar sokmo yak...

Hashim Zabidi said...

Wah endiem, tentu banyak dapat komisi buat promosi ni, hu hu hu...

Relevan said...

Ni satu lagi makanan kegemaran kawan..harga tak kira dah..makan dalam semak lagi bes terutama pada bulan puasa bekal air tea gantung..

sue said...

telan ayor liuk nengok nyer.. erm. kat sri rampai kat area mana tu ya saudara zulkbo? boleh gak pekena dr dok merindu yg original

endiem said...

al mankaraqi..
esok citer pasal panggang kambing pulak, hehehe

pak hashim..
tolong promosi.. untuk rodong 2 orang kita juga.

endiem said...

relevan..
mertabak kat restoran bank rakyat..di jerantut tu sedap jugak.


sue..
koi tak de maklumat .. aok tanya zulkbo lah..

Guru said...

saya selalu makan yang kat bukit sekilau punya. memang sedap

izman said...

tak pernah makan, cube tanye bile dia nak bukak cawangan kat klang, selangor?

ummu said...

Salam Endiem
masa preggy dulu,bukan setakat saya yang ngidam murtabak mengkasar ni,hubby pun sama.bila dah mengidam sangat,terpaksa lah paksa hubby gi jugak Pekan semata-mata nakkan murtabak ni.ada satu hari tu,sampai sana,kedai tu tutup.sedih ngat..

Cik SHiNJU said...

Salam tuan umah...
Murtabak mengkasar ni menu wajib koi tiapkali balik kg...
sedak hingga menjilat tar jalanraya...hahaha