Followers

Thursday, April 1, 2010

Stesyen Bas Pokok Buluh


Kalau kita ingat jaman sekolah dulu, disinilah tempat kita selalu tunggu bas nak balik ke SMART, nak balik ke Sekolah Teknik Alor Akar atau nak balik ke SABS. Kita tunggu bas Kuantan Town Service, Bas Sihat atau city liner di Stesyen Bas Pokok Buluh. Semasa belajar di POLISAS jugak kita masih lagi tunggu bas warna hijau di stesyen bas pokok buluh ini.

Pada masa itu, meriah sungguh disini, macam macam ragam anak muda yang jaras -jaras baya baya kita me dengan macam macam ragam dan kerenah. Tiba je bas, tak kiralah sama ada penuh atau kosong, terus kejar untuk dapatkan tempat duduk. Kadangkala berdiri, bergayut.

Tapi sekarang , tidak ada lagi bas hijau, bas kaler merah singgah berlama disini. Cuma kelihatan beberapa buah teksi yang jadi penunggu setianya . Teksi Pak Din dari Jaya gading, Teksi Hussin Mamat dari Pematang Badak dan Teksi Salleh Rimau yang sesekali berehat di bawah pokok buluh ini.

Namun begitu beberapa perdu pokok buluh yang ada masih kekal disini. Orang orang yang lalu lalang dikawasan ini tidak berminat langsung nak mengambil buluh-buluh ini bagi tujuan membuat lemang semasa dekat nak raya. Atau mengambiknya bagi tujuan membuat galah untuk mengait buah mempelam.

Rasa-rasanya, biarlah dia kekal disitu.

19 comments:

terokai seni said...

metnya oak guna 'jaman' bunyi indon je gayanya.. koi tak brapa cam ke tempat ni..

Anonymous said...

koi mmg ingat pokok buluh ni, penuh nostalgia sbb dulu2 kontan tu tmpt lepak koi..hehe

zulkbo said...

salam rodong..
sedap jer mata memandang yek..
harap pokok tu tak tumbang la satu hari nanti..he he

Hashim Zabidi said...

Ada tiga rumpun aur gading di Kontan sebenanya. Yang dua perdu tu dah lesap dek pembangunan. Tinggal lagi satu. Kalau yang satu ini tidak di pelihara, ia juga akan lesap. Akan hilang satu-satunya mercu tanda yg nostalgik di Kontan.

Sha said...

salam:)
ingat lagi... mmg klu nak balik POLISAS mesti tunggu bas dari sini sebelum tu makan dulu kat kedai makcik nasi goreng ayam.

Mana le pegi makcik tue. sihat ke dia?

kelompen said...

koi suka aok wat entri ne. terkenang masa mgelupo dulu, dari temerloh singgah sini lepak, jumpa kengkawan melukis di taman kerang..era 80an..

piewahid said...

slm sahabat,
tempat koi dating dulu nih. hehehe

Maiyah said...

biar ia kekal camtu je

mazru said...

boleh jd tempat nostalgia te

hai said...

sgt nostalgia...sebab sek koi adalah antara yang awak sebutkan...jadi memang sini le tempat paling kerap dikunjungi...kalo bulan pose,di seberang jalan, tapak mahkota square skrg tempat kome membeli berbagai juadah untuk berbuka!!

Hairun Azmi said...

Suatu yang unik...

Relevan said...

Selalu lepak situ dulu..tengok awek2 lalu ..kalu tak silap dulu situ pun ada warung makan..

endiem said...

salam rodong rodong

cemomoi..
itulah akibat banyak sangat tengok sinetron indon.. dah terikut ikut. Tempat ni dekat dengan masjid sultan ahmad 1.

intan..
betul, patutnya tempat ini di gelor Kuantan Central.. dulunya.

zulkbo..
harap harap tak de orang yang berminat nak ambik rebung disini.

endiem said...

Pak hashim,
Betul sangat cakap aok te.. yang ada ni pun dah tinggal tah berapa puntung je.

Sha..
banyak peniaga makanan yang ada disitu telah pindah ke gerai sukma. Tapi sekarang ni pindah lagi .. tak tahu kemana,.

kelompen..
aok ke yang selalu lepak kat .. rodong yg buat potret mcm ismail, tuan wil.

endiem said...

pie..
kenangan mengusik jiwa..

maiyah..
koi setuju dengan aok..

mazru..
boleh.. jika pokok yang ada ini tak di kosek orang.

endiem said...

hai..
betul.. koi pun sekolah sana jugak.

mie..
harap harap pihak mpk tidak rosakkan kwsn ini.

relevan..
warung makan dah pindah ke tempat lain.. sekarang ni nak jumpa awek kat sini pun payah.

Tepi Sungai Batu said...

Terkenang zaman sekolah dulu-dulu. Situ lah tempat tunggu bas nak balik ke TI kuantan. Budak-budak TI, Vokesyenal, dan MRSM selalu lepak di situ.

Pacifist said...

salam endiem,
mmg nostalgik pokok buluh tu,masa zaman ada astaka.kwn teringat mase kwn kecik kat bangunan tu ada iklan ramli burger,skrang dia buat bank tabung haji.kwn ade kesoh sedih,tu yg kwn ingat tu

Rohani Hamid said...

Suka main keliling pokok buluh tu dulu.Dulu ada pasar buah kat situ,musim durian ,memang murah waktu malam.Ada binaan kerang kat hujung sana.Suka main waktu pagi,masa belum keluar air.Boleh duduk dalam kerang tu