Followers

Thursday, July 22, 2010

Menara di tepi pantai

Banyak menara pandang yang dibuat ditepi tepi pantai. Tak tahulah apa pulak tujuan pihak pihak tertentu mendirikan lambor yang begini tegap di tepi pantai laut. Dulu dulu menara yang macam ini digunakan oleh orang untuk melihat perahu perahu musuh atau lanun lanun yang datang untuk menyerang kampung mereka. Kalau nampak kapal atau perahu perahu lanun , mereka akan memberitahu orang orang kampung supaya cepat cepat menyorok.

Satu lagi guna menara ini untuk tujuan nelayan menengok cuaca dilaut sebelum turun memukat atau menangkap ikan. Kalau cuaca molek bolehlah turun ke laut. Tapi kalau nampak macam nak ribut jangan ditebinglah.

Menara di Pantai Teluk Chempedak.
Menara di tepi pantai Sepat
Menara di Pantai Batu Hitam

Ace kita panjat menara ini keatas menara ini, kita akan nampak ukiran yang di ukir diatas batu batu branda menara ini.Orang orang dan pasangan yang datang ke sini akan mengukir nama nama mereka sebagai bahan bukti dan akan kekal di situ dalam beberapa tempuh. Bak kata Arwah Dato' Sudirman "Tulis nama atas batu".Mungkin ini juga sebahagian dari tujuan bangunan ini dibina.

14 comments:

zulkbo said...

salam wehh..
koi rasa pondok pengawal pantai
sepatutnya tu..tapi aok tahulah
mana staffnya pun kita tak nampok?

cemomoi said...

menara skodeng le tu

pB said...

orang mesia nie kreatif

akuanakpahang said...

Byk gunanya menara tu kut nok nengok jerung, tsunami, org lemas dan macam2 keknya bender2 ginie sokmo disalah guna...kalau nok mengukir nama ditempat yang tinggi utk pasangan bercinta seperti kata sudirman itu "tulis nama atas batu" boleh aje gi ke gunung tahan atau gunung kinabalu nun...

**Hampas punya org suka menconteng nie.

Jejaka Desa said...

Koi rase kite ni dah kurang kertas gamoknye..

Kunang-Kunang said...

Salam endiem,

Pantai-pantai di Terengganu rasanya tak menara macam ni. Tak taulah takut tak nampak.

Yang banyak dipasang ialah papan2 tanda yang melarang orang mandi-manda dipantai2 yang agak merbahaya.

relevan said...

Vanderlism ada dimana2 atas menara birai kayu 2/4 pun ada..dimana saja..

endiem said...

zulkbo..
menara tu dibuat untuk orang ramai naik tengok tengok.

endiem said...

cemomoi..
orang diatas skodeng atau orang di bawah skodeng orang diatas.

endiem said...

pB..
kreatif betul dalam bab ukir mengukir..

endiem said...

yassin..
dah pesen gitu , marah pun tak de kesan.

endiem said...

JD..
esok kita tampal kertas besar besar kat situ biar orang tulis apa saja.

endiem said...

Kunang-kunang..
Di kuantan banyak menara macam ini didirikan dikawasan peranginan.

endiem said...

relevan..
kalau dah rajin sangat bagikan pisau getah, ajak dema tu gi motong getah.