Followers

Tuesday, July 20, 2010

Pantai Batu Hitam

Orang orang belah Beserah memang kenal betul dengan Pantai Batu Hitam. Mereka menggelornya Pantai " Black Stone" . Letaknya tidak jauh dari Bandar Kuantan , menghala ke Trengganu iaitu diantara Kg. Beserah dengan Kampung Sungai Karang. Mungkin nama Batu Hitam ini di beri oleh orang dulu kerana terdapat banyak batu batu hitam di tepi -tepi pantai dikawasan ini.
Pantai Batu Hitam tidaklah se gah Pantai Cherating atau Pantai Teluk Chempedak. Namun begitu ianya amat sesuai untuk perkelahan keluarga atau pun untuk riadah ambil angin pada cuti hujung minggu.Kemudahan kemudahan seperti tandas awam, tempat mandi, surau, gerai gerai menjual makanan , menara pandang dan lain-lain ada disediakan.
Kalau berminat nak mandi laut pun boleh.

Nak main layang layang pun boleh.

Nak makan aiscream pun ada boleh jugak
Tidak ada masalah parking.

10 comments:

piewahid said...

t kasih bkongsi info weh.
dulu2 selalu juga ke sini tapi skang ni dah jarang sikit sbb byk balik hari je...

sedak juga tido kat satu chalet tepi tu....biliknya luas.

ismimaizura said...

selalu lalu kg. beserah tp x pernah singgah pantai batu hitam ni..nmpk tmptnya cntik jgk..bleh la nnti nk pg skali..hehe

terokai seni said...

tempat tenet ni... wa dah jauh berbeza yerk

Relevan said...

Pernah juga tido kat Chalet nama Gizma kat Batu Hitam dulu..agak sekarang tentu dah tukar nama lain chalet tu yer..

al-lavendari said...

boleh memancing ikan tak ?

mazru said...

salam..

mmg lawo weh sini,sambil kena ABC kt benteng te..pergh!

Guru said...

pernah juga beberapa kali ke sini kalau balik rumah mertua

terbaru dari saya : melampias marah, makan goreng pisang panas

Aku Anak Pahang said...

Salam rodong lama ngat dah kawan tak bertandang kesini..entoh bila dulu penoh juga lepak2 kat sini.

endiem said...

salam rodong-rodong..

pie.
hanya ada sebuah chalet kat sini.

Minah..
dah buat rumah baru yek..

cemomoi..
sesekali datanglah kesini.

relevan..
hanya satu chalet saja disini.. nama dia Black Stone

Tuan hamzah..
Tak pernah tengok orang mancing kat sini.

mazru..
betul jugak.

a kl citizen.
kat sini tak sibuk macam TC yek.

Yassin.
Dah banyak juga berubah... batu hitam pun dah tinggal sikit.

Anonymous said...

Salam endiem

Cantik Pantai Batu Hitam sekarang. Dulu semasa jalan pintas dari Kuantan ke Pelabuhan Kuantan belum ada, jalan baserah nilah selalu digunakan untuk balik ke Terengganu.

Selalunya kami akan singgah di pantai ni untuk berehat sekejap sebelum menyambung perjalanan. Pantainya memang cantik.