Followers

Sunday, July 25, 2010

Takut Bini

Entri ini bukanlah nak mengata orang yang takut bini. Tak ada niat langsung koi nak kenakan rodong rodong yang takut bini.

Biasanya kalau depan bini bak kata P. Ramlee tu pijak semut pun tak mati, tapi kalau belakang bini kitalah orangnya. Tapi kalau kita kata dema tu takut bini tentu dema tu tak nak mengaku. Katanya "Kawan bukan takut bini tapi bini yang tak takutkan kawan"

Ini ada satu cerita raja yang takut bini.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah negeri ada seorang raja yang takutkan bini ( pemaisurinya lah tu ) . Apa saja yang disuruh oleh pemaisuri, baginda akan lakukan tanpa sebarang bantahan. Segala keputusan yang telah dibuat oleh baginda terpaksa dipinda apabila permaisuri tidak bersetuju dengan keputusannya itu.

Satu hari baginda memanggil memanda menteri serta pembesar pembesar negeri ke satu mesyuarat khas bagi membincangkan masalah baginda yang takut bini itu. Setelah memberitahu tujuan mesyuarat khas itu diadakan , banyaklah pandangan dan idea idea yang diberi oleh ahli ahli mesyuarat.

Ada yang memberi pendapat supaya baginda berkahwin lagi satu. Ada juga idea supaya raja menceraikan pemaisuri yang ada sekarang dan mengantikan dengan pemaisuri yang baru. Ada yang memberi pandangan , elok jika raja menduda sahaja. Namun begitu pendapat pendapat tersebut tidak dapat diterima oleh baginda. Akhirnya Dato Bendahara mencadangkan supaya di kumpulkan semua kaum lelaki dinegeri itu untuk dibuat bancian berapa ramaikah diantara mereka yang takutkan bini dan berapa ramai yang tidak takut bini. Dengan adanya bancian tersebut raja dan juga mana mana pembesar negeri yang takut bini bolehlah belajar dan mengorek rahsia bagaimana untuk tidak takut bini dari hamba rakyat yang tidak takut bini itu.

Setelah menghantar pemaisuri dan beberapa orang isteri pembesar negeri pergi melancung keluar negeri, baginda pun memanggil hamba rakyat kaum lelaki negeri itu berkumpul dihadapan istana. Maka ramailah rakyat negeri itu berhimpun pada hari tersebut.

" Tujuan Beta memanggil kamu semua pada hari ini adalah untuk membuat satu bancian. Oleh itu jika ada diantara kamu sekalian yang takut bini sila berkumpul di sebelah kanan pentas utama ini, dan mana mana rakyat beta yang tidak takutkan bini sila berkumpul disebelah kiri pentas utama ini" Titah tuanku di perhimpunan itu.

Maka orang orang datang itu bergerak mengikut situasi masing masing. Maka terbentuklah dua kumpulan iaitu kumpulan yang takut bini di sebelah kanan pentas dan kumpulan yang tidak takut bini di sebelah kiri pentas. Ternyata kumpulan yang tidak takut bini lebih ramai dari kumpulan yang takut bini.

Namun begitu terdapat seorang daripada orang ramai yang datang tadi , tidak berganjak dari tempat tersebut. Kekanan pun tidak kekiri pun tidak.Ia masih lagi berdiri berhampiran dengan tiang lampu di depan istana tersebut.

" Hei... kamu ! , di manakah kedudukan kamu? kekiri atau kekanan?" Tanya Raja sambil menuding jari kepada orang itu.

Orang tersebut diam .

" Adakah kamu bisu? atau kamu sakit ?" Soal baginda lagi.

Masih diam.

Raja mula hendak marah.

" Kamu ke mari ... kedepan beta !" Titah Raja lagi dengan nada yang keras.

" Tuankulah datang kemari" Kedengaran suara dari orang tersebut. Ternyata dia bukanlah bisu.

" O!!! ... kamu hendak mainkan beta ye!!" Kata raja tersebut dengan murkanya.

Orang tadi mengelengkan kepalanya.

Melihat keadaan itu Dato' Bendahara membisik sesuatu kepada raja. " Ampun tuanku.... inilah dia orang yang kita cari ,.... sedangkan tuanku dia tidak takut ...apatah lagi bininya..Mungkin boleh kita bertanya akan rahsianya itu"

Raja mengangguk tanda setuju..

" Baik ... Beta akan turun ketempat kamu.." kata raja sambil turun dari pentas utama sambil diiringi oleh Dato Bendahara dan beberapa pembesar negeri.

Apabila tiba dihadapan orang itu, raja pun bertanya. " Mengapa kamu tidak datang kepentas apabila Beta panggil tadi?"

" Ampun tuanku... sebenarnya semasa patek datang tadi, patek telah ditinggalkan oleh bini patik di tiang ini. Dia suroh patek tunggu disini dan tidak kemana-mana sehingga dia datang balik menjemput patek tengahari ini."

"Kah..kah..kah !!! Kamu lagi teruk pada Beta ... kah kah kah..!!!" Ketawa raja dan terus membatalkan program bancian tersebut..

9 comments:

piewahid said...

hehehe... bukan takut tapi hormat!
koi pun takut tapi pada tempatnya!

akuanakpahang said...

Jangan ada istilah takut bini keknya hormatkan bini. Sebab sesama ada hak memasing dok gitu?

cemomoi said...

koi takut juga bini bila dia tarik muncung.... haaa tido sorang le jawabnya

Mazru Majid said...

salam..

hahahah..pohpalih weh..gone tu?setia sgt ke atau terlampau takut?hehehe

penjejak maya said...

salam,

takut tu tanda sayang kot hehe..

relevan said...

Takut bini tidak ler..cuma bini je yang tak takut..wakaka!

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,
Pepalih, setia bete dia ke bini yek..sampai tak bergerok2..hehehe...

zulkbo said...

salam weh..
koi takut bini gak..
takut bini tak sayang koi
hu hu..

Mak Su said...

uiyoo....... ;)