Followers

Friday, July 30, 2010

Award dari Jejaka Desa

Terima kasih kepada Jejaka Desa yang susoh susoh ingat ke koi dengan memberi Award ini. Bak kata orang , orang dah nak beri koi terima je lah.

Nak panjangkan pulok ke 15 orang lagi.

1. Cik Shin Ju
2. Hamzah lan
3. Echam@Webmaster
4. piewahid
5. Cik gu Jang
6. A kl Citizen
7. Fadh
8. Pakman Laksam
9. RMY abelitojoro
10. Rodhong coil
(sepuloh dulu lah )

Kena kabor insan yang menerima award melalui chatbox.

Tujuh perkara tentang diri anda.
1. Lelaki
2. Orang Pahang. Sekarang bermastautin di Kuantan
3. Dah bekeluarga
4. Suka mengetea dengan rodong rodong
5. Minat kepada landskap dan alam semula jadi
6. Makan makan pun suka juga, hendak pulok kalau ada orang belanja.
7. suka membaca blog rodong rodong.

Wednesday, July 28, 2010

Malam Di Tanjung Lumpur



Selepas menuai, ramai orang-orang Kuantan tahu kemana nak pergi pada malam malam buta. Jadi jadilah pergi ke KFC, Pizza hut atau Mc. Donaldnya. Sesekali molek jugak bawak bawak tala ke Tanjung Lumpur. Tengok tengok apa yang ada disana. Dengan lampu neon yang terang benderang, yang samar samar dan yang mengelip gelip, pastinya teringin hendak singgah disalah satu dari puluhan gerai dan restoran restoran yang ada disana. Ada seafood, ada masakan thai, ada western dan ada makanan kekudap.Beraneka menu yang disediakan seperti ikan aji aji atau pari bakar dengan petai, ketam bakar, ikan siakap 3 rasa, udang salut tepung, tomyam, sotong goreng tepung dengan petai, kerabu mangga, ,kerang bakar, lala goreng, ikan kerapu kukus halia dan macam macam maknika lagi menyebabkan ramai rodong rodong yang rambang mata , tak tahu mana nak order.
Pergi je ke tempat longgokan ikan, pilih je yang mana nak. Yang besar ke atau yang kecik, kemudian timbang lepas tu tunjuk je papan menu apa yang teringin kepada pelayan restoran tu.


Bila tiba je rezeki depan mata tunggu apalagi. Bismillah molek molek.


Ahamdulillah.. bila dah selesai. Ingat janganlah sampai berpapah pulak bila nak balik atau pun bila nak membayar.

Tuesday, July 27, 2010

Hari Tanpa Jabir Palstit


Setiap hari Sabtu telah ditetapkan sebagai melaksanakan kempen hari tanpa beg plastik bagi Negeri Pahang mulai 24 Julai 2010. Pada setiap hari Sabtu, pelanggan yang datang ke pasaraya seluruh negeri Pahang tidak akan dibekalkan jabir jabir plastit jika membeli barang barang. Jika mereka memerlukan jabir atau beg plastik mereka akan dikenakan bayaran sebanyak 20 sen setiap satu plastik tersebut.

Kekurangan menggunakan bahan bahan plastik seperti jabir, botol dan kampir dikatakan dapat memulihara alam sekitar kerana plastik tidak mudah reput apabila dibuang, serta mencemarkan alam dan udara jika ia nya dibakar.


Tak tahulah bila pulak kempen ini akan diperluaskan ke kedai kedai runcit, pasar pasar tani, pasar malam dan pekan pekan sari. Kalau kempen ini dibuat menyeluruh ke tempat tempat tersebut janganlah pulak kita datang berlenggang saja. Bawaklah raga atau bakul ke pekan sari untuk mengisi barang barang yang dibeli. Bimbang juga kot kot ikan patin sangkar kena buboh dalam kocek baju. Nampak mencing dalam poket seluar rupanya bawang besar.

Sunday, July 25, 2010

Takut Bini

Entri ini bukanlah nak mengata orang yang takut bini. Tak ada niat langsung koi nak kenakan rodong rodong yang takut bini.

Biasanya kalau depan bini bak kata P. Ramlee tu pijak semut pun tak mati, tapi kalau belakang bini kitalah orangnya. Tapi kalau kita kata dema tu takut bini tentu dema tu tak nak mengaku. Katanya "Kawan bukan takut bini tapi bini yang tak takutkan kawan"

Ini ada satu cerita raja yang takut bini.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah negeri ada seorang raja yang takutkan bini ( pemaisurinya lah tu ) . Apa saja yang disuruh oleh pemaisuri, baginda akan lakukan tanpa sebarang bantahan. Segala keputusan yang telah dibuat oleh baginda terpaksa dipinda apabila permaisuri tidak bersetuju dengan keputusannya itu.

Satu hari baginda memanggil memanda menteri serta pembesar pembesar negeri ke satu mesyuarat khas bagi membincangkan masalah baginda yang takut bini itu. Setelah memberitahu tujuan mesyuarat khas itu diadakan , banyaklah pandangan dan idea idea yang diberi oleh ahli ahli mesyuarat.

Ada yang memberi pendapat supaya baginda berkahwin lagi satu. Ada juga idea supaya raja menceraikan pemaisuri yang ada sekarang dan mengantikan dengan pemaisuri yang baru. Ada yang memberi pandangan , elok jika raja menduda sahaja. Namun begitu pendapat pendapat tersebut tidak dapat diterima oleh baginda. Akhirnya Dato Bendahara mencadangkan supaya di kumpulkan semua kaum lelaki dinegeri itu untuk dibuat bancian berapa ramaikah diantara mereka yang takutkan bini dan berapa ramai yang tidak takut bini. Dengan adanya bancian tersebut raja dan juga mana mana pembesar negeri yang takut bini bolehlah belajar dan mengorek rahsia bagaimana untuk tidak takut bini dari hamba rakyat yang tidak takut bini itu.

Setelah menghantar pemaisuri dan beberapa orang isteri pembesar negeri pergi melancung keluar negeri, baginda pun memanggil hamba rakyat kaum lelaki negeri itu berkumpul dihadapan istana. Maka ramailah rakyat negeri itu berhimpun pada hari tersebut.

" Tujuan Beta memanggil kamu semua pada hari ini adalah untuk membuat satu bancian. Oleh itu jika ada diantara kamu sekalian yang takut bini sila berkumpul di sebelah kanan pentas utama ini, dan mana mana rakyat beta yang tidak takutkan bini sila berkumpul disebelah kiri pentas utama ini" Titah tuanku di perhimpunan itu.

Maka orang orang datang itu bergerak mengikut situasi masing masing. Maka terbentuklah dua kumpulan iaitu kumpulan yang takut bini di sebelah kanan pentas dan kumpulan yang tidak takut bini di sebelah kiri pentas. Ternyata kumpulan yang tidak takut bini lebih ramai dari kumpulan yang takut bini.

Namun begitu terdapat seorang daripada orang ramai yang datang tadi , tidak berganjak dari tempat tersebut. Kekanan pun tidak kekiri pun tidak.Ia masih lagi berdiri berhampiran dengan tiang lampu di depan istana tersebut.

" Hei... kamu ! , di manakah kedudukan kamu? kekiri atau kekanan?" Tanya Raja sambil menuding jari kepada orang itu.

Orang tersebut diam .

" Adakah kamu bisu? atau kamu sakit ?" Soal baginda lagi.

Masih diam.

Raja mula hendak marah.

" Kamu ke mari ... kedepan beta !" Titah Raja lagi dengan nada yang keras.

" Tuankulah datang kemari" Kedengaran suara dari orang tersebut. Ternyata dia bukanlah bisu.

" O!!! ... kamu hendak mainkan beta ye!!" Kata raja tersebut dengan murkanya.

Orang tadi mengelengkan kepalanya.

Melihat keadaan itu Dato' Bendahara membisik sesuatu kepada raja. " Ampun tuanku.... inilah dia orang yang kita cari ,.... sedangkan tuanku dia tidak takut ...apatah lagi bininya..Mungkin boleh kita bertanya akan rahsianya itu"

Raja mengangguk tanda setuju..

" Baik ... Beta akan turun ketempat kamu.." kata raja sambil turun dari pentas utama sambil diiringi oleh Dato Bendahara dan beberapa pembesar negeri.

Apabila tiba dihadapan orang itu, raja pun bertanya. " Mengapa kamu tidak datang kepentas apabila Beta panggil tadi?"

" Ampun tuanku... sebenarnya semasa patek datang tadi, patek telah ditinggalkan oleh bini patik di tiang ini. Dia suroh patek tunggu disini dan tidak kemana-mana sehingga dia datang balik menjemput patek tengahari ini."

"Kah..kah..kah !!! Kamu lagi teruk pada Beta ... kah kah kah..!!!" Ketawa raja dan terus membatalkan program bancian tersebut..

Thursday, July 22, 2010

Menara di tepi pantai

Banyak menara pandang yang dibuat ditepi tepi pantai. Tak tahulah apa pulak tujuan pihak pihak tertentu mendirikan lambor yang begini tegap di tepi pantai laut. Dulu dulu menara yang macam ini digunakan oleh orang untuk melihat perahu perahu musuh atau lanun lanun yang datang untuk menyerang kampung mereka. Kalau nampak kapal atau perahu perahu lanun , mereka akan memberitahu orang orang kampung supaya cepat cepat menyorok.

Satu lagi guna menara ini untuk tujuan nelayan menengok cuaca dilaut sebelum turun memukat atau menangkap ikan. Kalau cuaca molek bolehlah turun ke laut. Tapi kalau nampak macam nak ribut jangan ditebinglah.

Menara di Pantai Teluk Chempedak.
Menara di tepi pantai Sepat
Menara di Pantai Batu Hitam

Ace kita panjat menara ini keatas menara ini, kita akan nampak ukiran yang di ukir diatas batu batu branda menara ini.Orang orang dan pasangan yang datang ke sini akan mengukir nama nama mereka sebagai bahan bukti dan akan kekal di situ dalam beberapa tempuh. Bak kata Arwah Dato' Sudirman "Tulis nama atas batu".Mungkin ini juga sebahagian dari tujuan bangunan ini dibina.

Wednesday, July 21, 2010

Pesta Ramadhan ?

kurang jelas klik pada gambar.

Ada sembahyang terawih?
Ada majlis berbuka puasa?
Ada tadarus Al Quran ?
Ada tazkirah ?

Tuesday, July 20, 2010

Pantai Batu Hitam

Orang orang belah Beserah memang kenal betul dengan Pantai Batu Hitam. Mereka menggelornya Pantai " Black Stone" . Letaknya tidak jauh dari Bandar Kuantan , menghala ke Trengganu iaitu diantara Kg. Beserah dengan Kampung Sungai Karang. Mungkin nama Batu Hitam ini di beri oleh orang dulu kerana terdapat banyak batu batu hitam di tepi -tepi pantai dikawasan ini.
Pantai Batu Hitam tidaklah se gah Pantai Cherating atau Pantai Teluk Chempedak. Namun begitu ianya amat sesuai untuk perkelahan keluarga atau pun untuk riadah ambil angin pada cuti hujung minggu.Kemudahan kemudahan seperti tandas awam, tempat mandi, surau, gerai gerai menjual makanan , menara pandang dan lain-lain ada disediakan.
Kalau berminat nak mandi laut pun boleh.

Nak main layang layang pun boleh.

Nak makan aiscream pun ada boleh jugak
Tidak ada masalah parking.

Sunday, July 18, 2010

Bila Bulan Syaaban

Kejam celik kejam celik, dah bulan Syaaban. Patutlah orang rumah sibuk ajak temankan ganti puasa sama. MPK pun dah mula keluarkan borang untuk usahawan bermusim. Harga gula dah pun naik, harga pulut hitam juga dah jadi RM 8.00 sekilo. Harga ikan tenggiri, ayam, bawang belum tahu lagi. Kat pasar raya Gaint dah nampak kotak kotak buah kurma dibubuh dekat dengan cashier. Bil board ini dah lima enam hari di cacak ditepi jalan. Nasib baik koi jumpa balik buku ini.

Wednesday, July 14, 2010

Mendapat Peluang

Koi bukanlah kenal sangat dengan dia ni. Tapi setiap kali koi pergi mana mana selalu terjerempak dengan dia. Pergi Kuantan Parade jumpa dia ni. Lepak kat ECM nampak jugak muka dia kat situ. Minum cendol kat Samad Cendol pun ada jugak dia minum dengan rodongnya. Kalau kat Taj cafe belakang Wisma Bola Sepak, boleh kata hari - hari dia kena teh tarik dan roti canai di situ.

Orangnya tidaklah terlalu tua dan tidak juga terlalu muda, mungkin sekitar awal lima puluhan atau lewat empat puluhan. Pakaiannya selalu kemas, kemejanya selalu masuk kedalam. Kadang kadang dia memakai topi bretta dan bercermin mata gelap. Kotak rokok dunhill 20 batang sentiasa ada di tangannya .

Koi pun tak tahu dia kerja apa. Samaada kerja kerajaan, swasta atau usahawan. Tapi lagaknya seperti seorang yang berkerjaya. Kawan kawan atau rodongnya yang bersamanya sentiasa berubah rubah. Hari ini orang lain , hari esok orang lain pulak.

Hari itu koi nampak lagi dia. Relak, bersandar di beranda kaki lima berhadapan dengan tangga naik ke Kuantan Centre point. Ketika koi lalu hampir dengannya , dia memandang sambil tersenyum. Koi pun membalas senyumnya dan mengangkat kening tanpa menyapanya.

Tiba tiba dia bersuara " Nak kemana cepat sangat?". Koi membalas sapaanya itu. " Nak beli surat khabar.. kat situ"

" Aok parking kat belakang tu ada nampak tak kereta BM rona putih ?" tanya dia lagi.
" Ntah.. tak perasan pulak" jawab koi.

Tanpa diminta dia memberitahu yang dia sedang menunggu seorang kawan. Ada hal mustahak yang hendak dibincangkan. Dah hampir sejam dia menunggu kawannya itu, tapi kawannya itu tak muncul muncul. Dia juga telah menghubungi kawannya itu , tetapi tiada jawapan.

" Beginilah..." katanya sambil menepuk bahu koi. " Mungkin dah nak jadi rezeki aok... kalau gitu jom kita cerita benda ini dikedai "

Kami kekedai mamak roti canai di Blok B , Centre Point. Setelah memesan dua gelas teh tarik dan dua keping roti canai dia pun memulakan cerita.

Mengikut ceritanya ,dia mempunyai ramai kenalan dikalangan orang besar besar, ketua ketua jabatan, dato dato dan kerabat kerabat diraja. Oleh itu dia banyak mendapat peluang, sama ada projek-projek, kawasan balak dan tanah lombong. Oleh kerana dia tak mempunyai modal, peluang peluang tersebut telah diberi kepada kawan kawanya yang mampu mengendalikannya. Ramai juga kawan kawannya yang telah menjadi kaya raya hasil dari peluang yang diberikannya itu. Tapi bila dah senang, kawan kawan yang ditolongnya itu tak ingatkan dia lagi. Usahkan komisyen belanja teh pun susah.

Koi hanya mampu bersimpati dengan dia ni.

Kira kira 20 minit kami disitu , dia pun mengeluarkan sekeping kertas dari poket baju jeketnya.

" Ini , pelan kawasan hutan dara di Hulu Tembeling" katanya. " Kawasan ini luas 500 hektar dan telah dimohon oleh seorang kerabat...permohonannya sekarang sedang diangkat untuk MMK.... tak lama lagi luluslah" katanya lagi.

" Kerja aok mudah je..Aok cari taukeh yang nak beli kawasan ini... Harga yang dimintak oleh tuannya 60 juta. Komisyen kita berdua 2 juta. Kalau aok boleh jual lebih lagi ...lagi bagus" terangnya.

Sebelum kami berpisah pada pagi itu sempat lagi dia memberi motivasi kepada koi.

" Kita ni mesti berubah, takkanlah bisniss takat tu je, dah ada peluang tu , jangan sia siakan"

Hari itu koi membelanja teh tarik dan roti canai kawan baru koi tu. Sambil balik ke kereta koi pun mikir mana nak cari towkey balak ni.




Award dari Mazru


Terima kasih pada Mazru dari blog Koi Anak Pahang yang sudi beri Award ini pada koi. Maka dengan senang hatinya koi akan tag tiga blogger lagi untuk menerima award ini:-
1. ummzaid
2. kelompen
3. @juera
Harap dapat dema terima award dan tepaklah mana mana tempat dalam blog dema te..

Monday, July 12, 2010

Award dari Cik Shin Ju


Terima kasih kepada Cik Shin Ju dari Blog Anak2 D.J. yang telah memberikan award kepada koi. Sorilah kerana lambat respon kepada pemberian ini. Jadi untuk melayakkan koi menerima award ini , berikut adalah tindakan yang diperlukan oleh sipemberi award:-

1. anda mesti memuji si pemberi award:

Si pemberi award seorang yang komited kepada blognya. Suka menulis, banyak idea-idea. Kadang kadang penulisannya berbentuk jenaka dan boleh menghibur kome. Blognya juga sangat diminati ramai dan pengikutnya melebihi 260 orang.
Tapi yang lebih pentingnya dia adalah orang pahang jugak.

2. Sila beri award kepada 10 bloggers lain

kalau ikutkan hati nak bagi kepada semua blogger atau rodong maya . Tapi dah syarat macam tu kena ikut lah. Kali ini nak bagi blogger perempuan saja.

1. Auntie Yan

2. Shaba Areena

3. Lipislady

4. Kunang kunang

5. Sha

6. Zizou

7. pB

8. Intan RH

9. hai

10. mok de

yang lain tunggu lagilah, kot kot ada award yang lain pulak.

3. Nak beri tahu semua blogger diatas supaya ambil award ini.

4. Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.

itu kena tanya pemberi award..Dia yang buat penilaian tapi, blog dia memang best.

terima kasih.


Thursday, July 1, 2010

Siapa dulu ?


Jika dilihat dari gambar diatas banyak persoalan yang timbul. Antaranya:-
  • Siapa dulu ? Papan tanda MPK atau sampah yang dibuang dikawasan ini ?.
  • Mengapa papan tanda diletakkan dikawasan ini?.
  • Mengapa orang yang membuang sampah melonggokkan sampah disini, mengapa tidak jauh sikit ( 2-3 meter dari sini )
  • Adakah orang yang membuang sampah disini tidak reti membaca ?
  • Atau mungkin orang yang mengambil gambar ini melonggokkan sampah disini?