Followers

Wednesday, October 7, 2009

Periksa PMR

Ramai diantara anak-anak dan adik adik kita yang mengambil peperiksaan PMR bermula pada hari ini. Kita doakan semoga mereka dapat menjawab soalan peperiksaan tersebut dengan berambi dan tenang. Kita mahukan anak kita berjaya menjawab semua soalan yang diberikan dan seterusnya mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Ramai juga ibu bapa yang bercuti disepanjang peperiksaan ini, walaupun baru sahaja bercuti sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri yang baru lalu. Itu menandakan ibu bapa amat perihatin dalam menentukan kejayaan anak anak. Di sepanjang musim peperiksaan ini janganlah kita memarahi anak. Berikan semangat kepada mereka, kalau boleh pujuklah selalu. Nak apa je masa ini, pasti akan ditunaikan oleh ibu bapa. Nak KFC atau Pizza , itu dah tentu boleh.

Ibu bapa hendaklah memastikan anak anak mereka tidak terlewat sampai ke dewan peperiksaan. Kalau yang biasanya naik van atau bas, pada hari pereksa ini cubalah hantar. Manalah tahu van atau bas sekolah rosak.

Namun begitu ada juga ibu bapa yang sanggup menunggu anak disepanjang peperiksaan berlangsung. Kalau boleh mereka hendak duduk disebelah meja anaknya bagi memastikan anaknya menjawab dengan betul. Begitulah perasaan ibu bapa bagi anak anak yang mengambil periksa.

7 comments:

hai said...

anak koi pon peksa arini....harap2 dia sabar dan tenang menjawab soalan!!kita dah ikhtiar dan berdoa..selebihnya tawakkal je la!!

eL said...

Dulu saya kena biar je. Baik masa tak periksa, baik masa periksa. Alhamdulillah, jadi orang kalau pun tak jadi orang-orang. Dulu lain, sekarang lain eh.

Anonymous said...

Anak koi lmbt lg amik PMR...mok dia lama dah amik SRP..hehe

Maiyah said...

hrp mrk suma berjaya bagi cikgu2 sonyum lebor :)

abu muaz said...

InsyaAllah semoga mereka berjaya.

Relevan said...

Time kome dulu SRP..dpt `C` tak boleh nyambung tingkatan 4..kene ngulang..

noorlara said...

Semoga pencapaian anak-anak kita dalam PMR bertambah baik.