Koi bukanlah kenal sangat dengan dia ni. Tapi setiap kali koi pergi mana mana selalu terjerempak dengan dia. Pergi Kuantan Parade jumpa dia ni. Lepak kat ECM nampak jugak muka dia kat situ. Minum cendol kat Samad Cendol pun ada jugak dia minum dengan rodongnya. Kalau kat Taj cafe belakang Wisma Bola Sepak, boleh kata hari - hari dia kena teh tarik dan roti canai di situ.
Orangnya tidaklah terlalu tua dan tidak juga terlalu muda, mungkin sekitar awal lima puluhan atau lewat empat puluhan. Pakaiannya selalu kemas, kemejanya selalu masuk kedalam. Kadang kadang dia memakai topi bretta dan bercermin mata gelap. Kotak rokok dunhill 20 batang sentiasa ada di tangannya .
Koi pun tak tahu dia kerja apa. Samaada kerja kerajaan, swasta atau usahawan. Tapi lagaknya seperti seorang yang berkerjaya. Kawan kawan atau rodongnya yang bersamanya sentiasa berubah rubah. Hari ini orang lain , hari esok orang lain pulak.
Hari itu koi nampak lagi dia. Relak, bersandar di beranda kaki lima berhadapan dengan tangga naik ke Kuantan Centre point. Ketika koi lalu hampir dengannya , dia memandang sambil tersenyum. Koi pun membalas senyumnya dan mengangkat kening tanpa menyapanya.
Tiba tiba dia bersuara " Nak kemana cepat sangat?". Koi membalas sapaanya itu. " Nak beli surat khabar.. kat situ"
" Aok parking kat belakang tu ada nampak tak kereta BM rona putih ?" tanya dia lagi.
" Ntah.. tak perasan pulak" jawab koi.
Tanpa diminta dia memberitahu yang dia sedang menunggu seorang kawan. Ada hal mustahak yang hendak dibincangkan. Dah hampir sejam dia menunggu kawannya itu, tapi kawannya itu tak muncul muncul. Dia juga telah menghubungi kawannya itu , tetapi tiada jawapan.
" Beginilah..." katanya sambil menepuk bahu koi. " Mungkin dah nak jadi rezeki aok... kalau gitu jom kita cerita benda ini dikedai "
Kami kekedai mamak roti canai di Blok B , Centre Point. Setelah memesan dua gelas teh tarik dan dua keping roti canai dia pun memulakan cerita.
Mengikut ceritanya ,dia mempunyai ramai kenalan dikalangan orang besar besar, ketua ketua jabatan, dato dato dan kerabat kerabat diraja. Oleh itu dia banyak mendapat peluang, sama ada projek-projek, kawasan balak dan tanah lombong. Oleh kerana dia tak mempunyai modal, peluang peluang tersebut telah diberi kepada kawan kawanya yang mampu mengendalikannya. Ramai juga kawan kawannya yang telah menjadi kaya raya hasil dari peluang yang diberikannya itu. Tapi bila dah senang, kawan kawan yang ditolongnya itu tak ingatkan dia lagi. Usahkan komisyen belanja teh pun susah.
Koi hanya mampu bersimpati dengan dia ni.
Kira kira 20 minit kami disitu , dia pun mengeluarkan sekeping kertas dari poket baju jeketnya.
" Ini , pelan kawasan hutan dara di Hulu Tembeling" katanya. " Kawasan ini luas 500 hektar dan telah dimohon oleh seorang kerabat...permohonannya sekarang sedang diangkat untuk MMK.... tak lama lagi luluslah" katanya lagi.
" Kerja aok mudah je..Aok cari taukeh yang nak beli kawasan ini... Harga yang dimintak oleh tuannya 60 juta. Komisyen kita berdua 2 juta. Kalau aok boleh jual lebih lagi ...lagi bagus" terangnya.
Sebelum kami berpisah pada pagi itu sempat lagi dia memberi motivasi kepada koi.
" Kita ni mesti berubah, takkanlah bisniss takat tu je, dah ada peluang tu , jangan sia siakan"
Hari itu koi membelanja teh tarik dan roti canai kawan baru koi tu. Sambil balik ke kereta koi pun mikir mana nak cari towkey balak ni.

12 comments:
hahaha...mcm2 gayer org yak! beh criter aok ni..
p/s kabo ke dia, lawat blog koi, koi lah tokey balak tu. nok juga rse pngalaman bjumpa dgn dia.
salam wehh..
aok rasa betul ke mamat tu?
koi rasa cam lain jer..nasib aok la
baik aok jaga-jaga(buruk sangka la koi nie..hu hu)
salam...
hhiihihi..baik2 weh..
Aok cakap ke org te,kala nak buat bisnes suruh dia join hyprobulksms.
kalo aok nk cari tokei balok koi ander kenei.. :)
ni la namanya bisnes bermodalkan air liur....first time jumpa pun aok dah terkena...terkena belanja dia....hehehe....!!
Koi no komen sbb tak tau nak komen apa. Kala betoi untunglah aok... Jom tebang balokkk...
Salam rodong dtg ziarah aje.
Hari ini tak sempat kebende
semoga anda sihat ceria sokmo.
Salam...
koi ramai kenal tokey balak..
tp aok kabo ke dia,koi nok 50%...
heheh...
Balok Hulu Tembeling sudah nak habis kena tarah..
Bisnes juta-juta,
nak minum teh takde qota.leiglyin
salam rodong..macam macam peel orang ni. Baru jumpa kali pertama dah boleh deal bisness juta juta.
macam2 cara nak hidup ya...
terbaru dari saya : lalang
Kome rase pelan tu toh brape kali doh dijajakan. Koi ingat penoh tgk pelan tu 10 tahun dulu lagi.
Post a Comment