Followers

Thursday, July 16, 2009

Hari Keluarga

Saban tahun banyak hari untuk disambut. Selain dari hari raya puasa dan hari raya haji, ada hari2 lain seperti hari ibu,hari bapa,hari pengguna, hari pekerja dan hari guru. Tan Sri Jins Shamsuddin telah membawa cadangan supaya satu tarikh dijadikan hari seniman. Semua hari hari tersebut mempunyai tarikhnya yang tersendiri. Hari pekerja jatuh pada 1 mei setiap tahun, manakala 16 mei pula merupakan sambutan bagi hari guru.

Namun ada juga hari yang tidak mempunyai tarikh tertentu pada setiap tahun. Tarikh tarikhnya akan berubah - rubah mengikut kesesuaian dan keadaan. Kekadang tidak ada langsung pada tahun itu. Itulah keistimewaan hari tersebut iaitu hari keluarga.

Biasanya hari keluarga akan diadakan oleh organisasi seperti agensi2 kerajaan, majlis majlis daerah, kilang kilang dan juga syarikat2 swasta. Kilang membuat mi kuning pun boleh menjalankan hari keluarga ini. Tujuan utamanya adalah untuk mengiratkan silaturrahim diantara kakitangan kakitangan serta keluarga masing masing dalam organisasi tersebut. Kelab kebajikan dan sukan agensi tersebut akan mengurus dan mengendalikan hari keluarga agensinya.

Pada hari keluarga semua kakitangan dan keluarga masing akan berhimpun ditempat yang ditentukan bagi menjalankan berbagai aktiviti. Pemilihan tempat banyak bergantung kepada keadaan kewangan kelab kebajikannya. Kalau kewangan kukuh bolehlah buat hari keluarga di PD, Cameron Highlands atau Tioman. Atau pun boleh buat di Pantai Sepat atau Pusat Rekriasi Air Balok. Tapi kalau bajet kurang buat je di padang depan pejabat atau tok sah buat langsung.

Pengisian hari kelurga juga bermacam macam. Yang biasanya ceramah motivasi, treasure hunt, sukaneka dewasa, remaja dan kanak2, jamuan makan malam, cabutan bertuah dan macam2 lagi mengikut kreativiti penganjur. Pada masa inilah kakitangan atau ahli keluarganya boleh menunjukan skil memasing dalam beberapa hal. Jika banyak menang dan banyak dapat hadiah serta cabutan bertuah terasa amat seronok.

Sekarang ini telah ada hari keluarga taman -taman perumahan, flat-flat, blok blok rancangan Felda dan kampung kampung tradisional. Penduduk serta keluarga dikawasan tersebut akan membuat aktiviti hari keluarga di kawasan masing2. Antara sukaneka yang amat digemari pada hari keluarga ini ialah mengayam ketupat, kukur nyor, lari dalam guni, terompah gergasi dan rebut kerusi atau bola beracun. Kadangkala ada juga boling buah nyor komeng. Dulunya aktiviti sukaneka seumpama ini diadakan semasa sukan sekolah2 iaitu bagi acara ibu bapa atau terbuka, tetapi sekarang dah tak de.

Satu lagi hari keluarga yang patut diadakan iaitu hari keluarga rumpun keluarga itu sendiri. Hari keluarga semacam ini amat kurang dijalankan dalam masyarakat kita di Pahang. Ada tu , adalah ketnya taklah banyak lagi. Hujah kuat untuk mengadakan hari keluarga rumpun keluarga ini amat banyak.

Nantilah koi akan sambung pada entri akan datang.


2 comments:

Relevan said...

Kompeni kome kata nak buat hari keruaga..family day..tp x pnah2 mjadi..hari blogger sedunia dah ada dah ke ar endiem?..

endiem said...

mana ada....