Followers

Tuesday, July 21, 2009

Kopitiam

Entah apalah gamoknya dema tu suka sangat melepak kat kopitiam. Godong godong dari Pekan, Sg. Lembing dan Kg. Awah sanggup datang ke Kuantan semata mata untuk minum kopi dan makan roti bakar berkaya di Kopitiam. Tak mengira waktu sama ada pagi, petang, maghrib atau pun dinihari, kopitiam sentiasa penuh dengan peminat-peminat setianya.

Di Kuantan perniagaan kopitiam amat mesohor. Pernah juga terbaca dalam surat khabar artikel mengenai kopitiam kuantan. Kononnya orang orang dari kolompo pun acap turun ke Kuantan kerana nak pekena kopi di kopitiam. Kopitiam banyak di kawasan Sri Dagangan berdepan dengan Mega Mall dan Jalan Beserah. Ianya mula beroperasi dari pukul 9.00 pagi hinggalah ke lewat malam sehingga jam 3.00 pagi. Set up nya seakan akan kedai kopi zaman dulu-dulu dengan meja dan bangku bulat sahaja.

Kalau ada lima , nam orang sedaplah berborak di kopitiam. Barulah goge sikit. Biasa nya tajuk tajuk yang menjadi perbualan hangat ialah politik semasa, bisnis juta juta dan cerita cerita yang mengarut-mengarut. Bagi yang datang seorang diri bolehlah bukak lap top dan chatting dengan gf kerana disini dilengkapi dengan wifi.

Koi bukanlah nak kempen kopitiam, tapi dulu pernah pihak JAIP mempertikaikan status makanan di kopitiam. Tapi senyap je hingga sekarang. Atau pun koi tak de maklumat terkini.

4 comments:

hai said...

koi rase gah pada nama je tapi , tak de mende yang hebat ngat,biase je...pastu hargenye bapok mahal!!!

Relevan said...

Roti bakor sedap..kwn suka minum kopi guna cawan kontot..awek2 kopitiam ni boleh tahan juge..he2..tp rega boleh tahan mahei juge..se sekali boleh..kerap jwbnya tak dan kering..

endiem said...

hai.
memanglah.. sesekali sekala nak juga rasa air kopi kat kopitiam tu ..biar pun mahai sikit..

relevan..
aok tu.. mata tak dak kelain.. ke awek je yang nampok.. kang repot ke en amirul baru tau.

eL said...

Errr...kopi dia yang pahit pekat tu tak sembelit ke?