Followers

Friday, July 3, 2009

Lain Hulu Lain Parang

Parang amat signifikan kepada masyarakat melayu. Dulu dulu parang digunakan sebagai senjata. Parang adalah alat yang mustahak dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa jenis parang.

Parang Lading: Biasanya parang ini digunakan untuk menebas dikebun, laman atau menebang anak-anak kayu dan pokok pisang yang masak. Panjang parang lading kira-kira 3 kaki dan perlu diasah selalu. Gunakan batu asah kalau nak tajam. Kalau tak tajam jugak menandakan besinya dah lemah. Ia dinamakan majai.

Parang Puting: Parang yang tak de ulu dinamakan parang puting. Parang puting selalunya tumpul dan digunakan untuk tujuan yang bukan bukan seperti menggali tanah, mengupas nyor dan menakek tulang kerbau.

Parang Bangkung: Parang yang kecik selalu digunakan oleh orang dirumah untuk mengopek derian dan mencincang apa-apa yang patut.

Parang Sarung: Parang jenis ini merupakan parang yang disayangi oleh pemiliknya. Parang yang bagus matanya dibuat dari besi sepering kereta atau papan chainsaw. Manakala hulu dan sarungnya dibuat dari kayu terpilih. Kayu kayu seperti teras nangka, ciku , kemuning dan petai belalang. Godong koi, Bakri di Bukit Setongkol pandai buat sarung parang. Kalau pergi berjalan ikat parang sarung dipinggang barulah nampak segak dan tegak. Parang sarung berguna untuk menyembelih binatang seperti lembu, kerba dan kambing. Kadangkala kita gunakan untuk melapah daging semasa menolong sedara yang menyembelih lembu menikah anak.

Lain lain kegunaan parang ialah untuk merancung buluh, bertukang kayu dan dalam persembahan silat semasa pengantin tiba. Tapi kalau marah pun janganlah sebut" Oak jangan main dengan kawas, kang kawas parang oak". Godong koi, Kama di Jerangsang sebut " Ambik paraeng, tebaeng bataeng pisaeng"

4 comments:

Hashim Zabidi said...

endiem,salam...

Lain hulu lain parang
lain dulu lain sekarang
Orang dulu pakai parang
orang sekarang pakai senapang
Lain padang lain belalang
lain tepuk lain gendang
anak muda sikat dibelakang

Jadi, saya berhenti sebelum memanjang..

hai said...

wan koi,masa kat kampung besanya kalau keluar rumah malam,dia mesti bawak parang sekali..mungkin sebab dah biasa,dia keluar tgh malam tu nak panggil orang sebelah rumah koi,sebab mak koi nak bersalin.terkejut kawan tu pasal wan koi bawak parang kat flet tgh bandar pulak tu!
orang dulu bawak parang sebagai penguat semangat!

endiem said...

Pak Hashim ..w salam
Koi kena banyak belajar dari Pak Hashim...

endiem said...

hai.
kala bawak parang tak semestinya tebas orang.. kadang kala nak kupak derian..