Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai yang bertekad dan berazam untuk membuat ibadat dan kebaikan. Ada yang berazam nak habiskan puasa sebulan. Azam tersebut mungkinlah azam budak tadika atau budak budak darjah dua sahaja. Ada juga yang berazam untuk tamatkan mengaji 30 juz. Alhamdulillah. Ada jugak godong godong yang berazam nak penuhkan sembahyang terawih di surau sepanjang bulan puasa ini. Memang, itulah sepatutnya azam kita. Ada jugak yang berazam untuk menderma atau bersedekah. Itu pun dituntut dan digalakkan .
Tapi bagi godong godong yang makan (hisap) rokok, dan bercadang nak berhenti merokok eloklah tanamkan tekad dan azam tersebut pada bulan puasa ini. Walaupun ia bukanlah satu tuntutan, tapi ianya amat sesuai dilaksanakan pada bulan puasa. Apa taknya, masa untuk makan dan minum telah pun singkat. Hanya tinggal beberapa jam sahaja jika di tolak waktu tidor dan waktu sembahyang, dan sembahyang terawih. Dalam masa yang sesingkat itu mampukah kita menghabiskan sekotak rokok ?.
Kalau boleh hisap pun selepas berbuka 2 batang, lepas terawih 2 batang dan lepas sahur sebatang. Itu pun dah kira banyak. Kalau boleh kontrol mungkin 2 batang sahaja se hari. satu batang lepas berbuka dan satu batang lepas sahur. Atau pun pada hari pertama hisap 5 batang, hari kedua 4 batang, hari ketiga 3 batang, hari keempat 2 batang dan hari kelima sebatang. Mulai hari keenam dah boleh berhenti terus.
Ikut manapun, semuanya bergantung kepada kita, niat, azam dan tekad kita. Jika bersungguh sungguh Insyaallah , boleh punya.
Janganlah pulak bila hari raya stat memerun semula, lepas sebatang, sebatang bersalin puntung.

10 comments:
selamat beribadah di bulan mulia ini...
dah jadi tabiat susah sikit diorang ni
koi pun pelik gak...sepanjang ari boleh je tak merokok,pas buka makan kurma ngn air je..rokok tu juge le dia bahan dulu...camana tu??
Salam Ramadhan..
buang terus je......asap kereta dengan kilang dah haru dunia ni...tambah lagi asap rokok.
jangan berenti merokok..nanti jd boroi..
aiiikkk betul ke demo ni relevan.....
a klcitizen..
salam ramadhan.. koi pun berenti merokok dulu pun masa bulan puasa..
hai..
salam ramadhan..ada godong2 yang dengar je bang maghrib terus terkam rokok..
abu..
ini nak kasi petua pada kawan2.
relevan..
kalau boroi boleh jogging..hingga jerantut feri..
henti slow2..drpd tak nak berhenti lgsg.. :)
Tuhan tidak mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya sendiri. Jai, ubahlah sikit-sikit. Buat kata endeim tu, kurangkan dari 5 ke 4 ke 3 ke 2 dan akhirnya free rokok.
tapi loya weh, lepas makan tak berasap, ha ha ha...
Basuh baju..
setuju.. satu dari caranya. atau terus berhenti.
Pak Hashim..
salam..lama tak dengar cerita.
selepas subuh, jangan jeling periuk, tuhan nampak!
Post a Comment