Followers

Wednesday, August 12, 2009

Bulan Kemerdekaan

Semua orang tahu bila tarikh kemerdekaan. Usah ke orang tua, budak budak sekolah tadika pun tahu. Tapi jika ada mana mana orang yang mengatakan bulan Januari sebagai bulan kemerdekaan, maka tok sah layan sangat lah. Tak berapa betul gamoknya orang itu.

Telah 51 kali kemerdekaan disambut pada bulan ogos. Dari sejak merdeka hinggalah tahun lepas. Rasa-rasanya pada kali ke 52 ini pun, merdeka disambut pada bulan lapan jugak. Pada kebiasaannya apabila masuk je bulan ogos, banyaklah bendera malaysia dijual di kedai dan pasaraya. Mydin dan Eng Hong dipenuhi dengan bendera kecik besar, tua muda semuanya ada. Beli satu besar dan satu kecik. Yang besar ikat pada buluh, dan dirikan didepan rumah. Atau kalau malas sangat ikat je pada tiang api depan laman. Yang kecik pulok cacak je pada kereta. Tapi ada jugak orang yang bentang bendera besar atas bonet kereta. Boleh jugak. Itu lagi patriotik.

Di pejabat pulak bos sibuk mencari staf yang boleh berkawad. Satu kontingen sekurang-kurangnya 40 orang perlu, untuk membentuk satu pasukan bagi acara perbarisan. Ada yang sukarela dan ada juga yang paksa rela. Ada jugak yang tak boleh berkawad dengan berbagai sebab. Alasan yang biasa digunakan adalah penyakit gaut.

Bila nama telah ada, perlu juga dilantik ketua kontingen dan jurulatih kawat. Jurulatih mestilah orang yang kuat menjerit dan memekak dan pernah berkhidmat dalam pasukan beruniform, seperti Jaafar Sidik dan Sudin Atan. Deruahnya boleh dengar hingga 1 km. Jadual latihan kawad juga disediakan supaya kontigen kita dapat berbaris dengan lawa. Biasanya latihan diadakan disebelah pagi. Kalau nak buat tengahari pun bagus juga. Biar dema tu berjemur sikit.

Hari latihan yang ditetapkan, Juru latih lepas subuh dah tunggu depan pejabat. Lepas sorang, sorang anggota kontingen masuk barisan. Jurulatih akan memulakan tugas dengan mengatur anggota kontigen dalam empat barisan. Yang pendik di depan dan yang tinggi dibelakang. Arahan oleh juru latih " Baris !!... Baris Sediap". " prapp " bunyi kasut.

Arahan seterusnya ialah " Baris !! Baris akan menghadap ke kanan ... Kekanan pusingg!!!". Gamaknya ada lagi yang tak tahu kanan dan kiri.. Banyak lagi arahan-arahan yang diberikan pada masa latihan kawad ini seperti " Dari kiri ..cepat jalan" " padang kanann " dan sebagainya. Lepas latihan pertama jurulatih cepat cepat pergi beli " Dequadin".

Sehari sebelum Hari Merdeka ketua kontigen bawak banyak bungkusan. Ramai yang berkerumun nak tahu apa dia. Rupa rupa nya pakaian bagi kontingen kita. Pakaian tesebut di agihkan kepada anggota seramai 40 orang. " Hari esok dema semua kena pakai baju ni" kata ketua kontigen. Cantik juga bila dipakai ramai ramai pakaian itu.

Di Kuantan perbarisan menyambut kemerdekaan biasanya bermula dari padang MPK 1 ke Dataran Kemunting melalui hadapan komplek Teruntum, Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Pejabat MPK. Jauh juga tu . Mahu dekat dekat 3 km. Kohot jugak lah.

Tidak sebagaimana kebiasaan, pada tahun ini Hari Merdeka akan disambut pada bulan puasa. Kome tak tahu lagi apa acara sambutan kali ini. Mungkin tak ada perbarisan. Kalau ada pun mungkin dibuat selepas berbuka..

7 comments:

saharul said...

kot2 kalau malas je...buat dok tahu je...palor kan je...ke gone?

Relevan said...

Moh ngibor Bendera wehh..!

hai said...

tahun ni sambut la hari merdeka kat masjid pulok...lepas berterawikh,buat pulok ceramah ke qiamullail terus...boleh gitu???

endiem said...

Cik gu Jang..
Malas ape pulok.. tgh semangat patriotik.. lepas terawih pun koi sehakan

relevan..
Aok dah beli bendera berjalor..

hai..
betul jugak koi setuju.. terus sampai sahor.

izman said...

kah dah mula cucuk bendera kat kereta kah.

endiem said...

izman cucuk jangan tak cucuk..

eL said...

teringat abah penah ketuai perbarisan 31 Ogos untuk askar wataniah.