Followers

Tuesday, March 9, 2010

Menghilir dan mudik Sungai Kuantan

Feri yang boleh memuatkan 20 orang satu perjalanan

Kalau ada masa lapang, kita boleh menghilir dan mudik Sungai Kuantan menggunakan " Kuantan River Cruise" . Kuantan River Cruise beroperasi setiap hari membawa orang ramai yang suka bermain air, terutamanya rodong -rodong yang suka menikmati keindahan alam.

Sebuah feri tersebut boleh memuatkan seramai 20 orang dengan bayaran sebanyak RM 16.00. seorang dewasa bagi satu perjalanan. Ianya akan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Perjalanan feri ini bermula dari pengkalan dekat Pejabat MPK dan dibawa menghilir sungai Kuantan hingga ke kuala sungai iaitu dekat Tg. Api. Kemudian ianya patah balik mudik sehingga ke jambatan Sungai Kuantan di Tanah Putih.

Disepanjang perjalanan ini, kita akan dapat melihat dari view yang berbeza dari sekala. Antaranya ialah :

1. Bandar Kuantan dari sungai.
2. Bawah Jambatan Tanjung Lumpur
3. Tulisan Tanda Air KUANTAN
4. Hutan paya bakau
5. burung lang laut
6. Pengkalan LKIM Tanah Putih
7. Bot bot Nelayan Laut Dalam
8. Nelayan sedang menebar jala

Semasa perjalanan ini kita tak bolehlah nak memancing, menebar jala atau melabuh jaring, cuma kita hanya boleh tangkap gambar sahaja.


Pengkalan: tempat penumpang naik.
Benteng : tempat lepak dan melempar batu pancing.menjala siakap
HTAAbot laut dalamKomplek TeruntumTanda Air Kuantan

23 comments:

hai said...

dulu masa zaman koi sekolah,teringin sgt nak merasa naik bot..geng2 kome beramai2 buat trip naik bot dari teminal bas tepi sungai tu pegi ke jeti tg.lumpur dan kemudian berpatah balik ke seberang..seronok ngat rasanya...sengal tul!!zaman tu x de lagi cruise camni!!

terokai seni said...

lawa betui rupanya kuantan ni ye.. bertahun tak menjejak kaki kat sini weh

Relevan said...

Wuih! lawo gambo aok amik dari sungai yak..

Aku Anak Pahang said...

Kena mengetest juga nei sesekali bila gamok kawan boleh lepas...moh kita en syed gi no ajok endiem neman hehehe..

saharul said...

koi dulu kerap jugak bawak anak2 naik bot menyeberang sungei pahang kat temerloh ....bayar 50 sen je..tapi x lame lah....sesaje bagi budak2 seronok

Nizam Awang Brahim said...

Dapat nganyut sedak juge.

zulkbo said...

salam..
wah memang behh nie..satyang tak boleh memancing yek?jalan sebagai pelancong jer la jawabnya..hu hu

piewahid said...

beh juge gayanyer. koi pernoh nok naik keknyer tak tau jadual dia yg betui2nyer...

endiem said...

hai..
Dulu, bot ke Tg.Lumpur, tambang 50 sen saja.

cemomoi..
datang lah kemari. Kuantan mengamit anda.

endiem said...

relevan..
pemandangan dari sungai beza sikit dari atas darat..

yassin..
marilah ramai sikit.. boleh kita catar mudik ,

endiem said...

cik gu jang,
kalau naik yang ini, kita pakat dengan tuan bot menganyut jaring.

Jejaka desa..
sedak jugak.. tapi tak tahulah ander ikan ke tidok.

endiem said...

zulkbo..
jangan bawak joran.. tapi bawak kamera.

piewahid..
yang bes naik masa air pasang.. dia ada sepanjang masa.. malam pun ada tapi tak nampaklah apa yang nak tengok.

ismimaizura said...
This comment has been removed by the author.
ismimaizura said...

salam..aiii lma btol x naik bot..dlu mse ak x skola lg ak naik bot mse tu arge 0.30 sen skli naik..time tu jambatan nk ke tg. lumpur x buat lagi..^_^

jemput join contest -->

http://ajuera-story.blogspot.com/2010/03/contest-teka-bola-oh-bola-mietos.html

endiem said...

@juera.
ada contest..ada hadiah.

mazru said...

menarik amat nih..mengkala ander kelapangan nak jugek rase nye naik bot tengok permandangan dari sungai pulok...

musim panas ni kena pg beloh metang la dak?ke ander buat ari malam?

Mak Su said...

ini yg dekat teluk cempedak tu ker?

endiem said...

Mazru..
mmg bes naik bot ni.. rasanya belah malam pun ada.. tambangnya murah sikit.

endiem said...

Mak su..
bukan kat TC, tapi kat bandar betul, depan hospital.

Sha said...

salam:)

Terkenang 24tahun dulu. Masa belajar di POLISAS,Benteng tmpt makan dan kompleks Teruntum tmpt cucimata....

Che' Pit said...

lagi best dapat berakit kat sg pahang..

tahun 2005 CP masuk xpdc berakit antarabangsa sg pahang..

mmg betul2 mencabar n seronok.. betul2 menguji ketahanan fizikal dan mental

ada entry kat rumah lama CP

http://afisazlie21.blogspot.com/2009/07/xpdc-berakit-anatarabangsa-sg-pahang.html

endiem said...

sha..
Kuantan dah banyak berubah., benteng dah tak sehebat dulu.sbb stesen bas di situ telah berpindah untuk dijadikan hotel.

endiem said...

CP..
betul , ada masa akan ke entri aok te.