Pada satu hari yang lain,
Bila mana si budak kecil membuka pintu,
Masuk sendiri dari luar ke dalam,
Cikgu berkata:
" Hari ini kita akan membuat sesuatu dari tanah liat"
" Baik" kata si budak kecil
Si budak kecil sukakan tanah liat.
Tetapi cikgu berkata" Tunggu!"
"Belum masanya untuk bermula"
Dan cikgu menunggu semuanya bersedia..
"Sekarang," kata cikgu.
" Kita akan membuat mangkuk"
"Baik!" kata si budak kecil.
Tapi cikgu berkata" Tunggu"
" Cikgu akan tunjukkan"
dan cikgu mengajar semua orang
..bagaimana membuat mangkuk.
Si budak kecil melihat mangkuk gurunya
kemudian melihat mangkuknya
Si budak kecil suka mangkuk yang dibuatnya lebih dari gurunya,
Tapi si budak kecil tidak bersuara.
Si budak kecil hanya menguli tanah liatnya,
Dan membuat mangkuk serupa mangkuk gurunya,
Dan tidak lama kemudian,
Si budak kecil belajar menunggu,
dan melihat
dan membuat semuanya seperti cara cikgu.
Dan tidak lama kemudian,
Si budak kecil tidak lagi membuat caranya sendiri..
7 comments:
uih..!! mendalam maksud entry demeh ni....
mmm
budak kecik silap masuk sekolah tu
salam sahabat
benarlah anak kecil tiada pandai menipu
segalanya lurus penuh kebenaran sehingga mereka belajar dari persekitaran
erti kebiadapan
erti kurang ajar
sesekali perlu dalam hidup yang rakus..
salam..
maksudnya susah jugak jadi guru ni
nak ajar salah tak ajar pun salah..realiti budak tu ada idea sendiri..tapi kerana takutkan guru ikut jer laa..
Assalamualaikum, kadang2 kanak ni perlu dibiarkan membuat keputusan sendiri, kalau ternyata silap baru diperbetulkan dengan hikmah...
patutnya kan, tajuk dia 'cekgu (dan) mangkuk'
Tanah liat pulak dah..kawan setuju dengan Cemomoi..Cikgu Mangkuk ..
Post a Comment