Followers

Friday, March 19, 2010

Si Budak Kecil - 3

Kemudian terjadilah,
Si budak kecil dan keluarganya,
Berpindah ke bandar,
Dan si budak kecil terpaksa pergi ke sekolah yang lain.

Sekolah barunya lebih besar,
Lebih hebat dari sekolahnya yang lama,
Dan tiada pintu dari luar masuk kedalam bilik darjahnya.
Si budak kecil terpaksa menaiki tangga,
Dan berjalan melalui dewan yang panjang,
Untuk masuk ke darjahnya.

Pada hari pertamanya dia disitu,
Cikgu berkata " Hari ini kita akan melukis gambar"
"Baik ! " fikir si budak kecil.
Si budak kecil menunggu Cikgu,
Menunggu arahan cikgu.

Tetapi cik gu tidak berkata,
Cikgu hanya berjalan sekeliling kelas.
Apabila cikgu sampai kepada si budak kecil,
Cikgu bertanya " Tak tahukah kamu melukis gambar?"
"Apa yang hendak di lukis?" tanya si budak kecil.
" Cikgu tak tahu, jika kamu tak melukisnya" kata cikgu.
" Bagaimana hendak saya lukis?" tanya si budak kecil.
" Kamukan ada pensil warna, kamu ada kertas, dan lukislah apa yang kamu mahu"
" Lukis apa saja?"tanya si Budak Kecil.
"Ya lukislah apa saja" kata cikgunya.
" Warna apa saja ?" tanya si Budak Kecil.
" Ya.. warna apa saja" jawab cikgu.
" Kalau semua orang melukis gambar yang sama, menggunakan warna yang sama,
bagaimana cikgu nak tahu mana satu lukisan kamu "

" Entahlah" kata sibudak kecil,
Dia mula melukis
Gambar bunga , dengan berbagai warna yang dia suka , merah, biru , hijau jingga pun ada.

Tapi dalam hatinya..
Si budak kecil suka sekolah barunya.
Sekalipun tiada pintu dari luar
untuk masuk kedalam darjahnya.

Tamat.
di padankan dari tulisan Helen Buckley

12 comments:

Maiyah said...

gembira si budak kecil

endiem said...

sukanya dia..di sekolah baru.

terokai seni said...

baru le macth tajuk ter

piewahid said...

stiap situasi ada kelebihan & kekurangan, pro dan con tetapi tetap ada sesuatu utk dipelajari. buleh koi kabo gitu?

endiem said...

cemomoi..
ceritanya panjang sangat , tu yang koi pecah tiga ..

pie..
gitulah agaknya.. nak lepas saja takut menyeleweng pulak, nak kontrol sangat .. nanti orang kata tak kreatif pulok.

al-mankaraqi said...

bagaimana jika budak besar berada di tempat budok kenit ter?.....hehehe

Hashim Zabidi said...

Si budak kecil itu dan keluarganya seperti lari dari mulut harimau lalu masuk mulut buaya.

Kesian si budak kecil itu...

Relevan said...

Bila banyak maksud yang tersirat..hanya pakar sahaja yang dapat mengukai..kena betul2 memahami dari siri 1 lagi.. minta pengarang buat ulasan segera.. hehe!

endiem said...

al-mankaraqi..
kalau budak besar kat tempat budak kenit te.. rasa-rasa habis di lembangnya.

Pak hashim..
begitulah lumrah dunia..

Relevan..
penulisan ini terlalu panjang.. jadi telah dipecahkan kepada tiga peringkat... pendapat koi
1. Cik sekolah lama rajin sangat, dan cik sekolah baru malas atau tak reti melukis.
2. Budak perlu jugak diberi kebebasan buat apa saja mengikut idea dan pandangannya, mungkin ia mampu berfikiran yang baik .
3. Budak budak juga perlu diberi panduan , jangan di palor saja nanti ia akan menyeleweng.

Che' Pit said...

simbolik sungguh, namun CP menyukai cerita ini..

CP pandang dari sudut budak tu.. berbaloi dia tukar sekolah walaupun terpaksa bersusah utk masuk ke kelas daripada kesenangan yang terbatas.

kebebasan pulak, tak beerti bebas semahunya, masih ada pantauan dari cikgu..

satu kombinasi yang agak ideal.. kepuasan dari budak tu tapi ada pantauan.. insyaAllah budak itu akan membesar dgn baik..

mazru said...

salam weh..

endiem said...

cp..
begitulah adat hidup..

mazru..
salam