Followers

Thursday, July 2, 2009

Cenderahati

Kalau Bos nak tukar, kenalah beri cenderahati. Kalau bos baik kenalah beli cenderahati yang mahal sikit, tapi kalau bos macam singa betina beli jelah cenderahati kat kedai dua hinggit pun tak pe. Begitu jugak lah kalau ada pembesar-pembesar yang datang merasmikan mesyuarat, seminar atau apa-apa lagi kenalah cari peruntukan nak beli cenderahati. Bos yang nak pencen pun kena juga beri cenderahati bagi mengenangkan jasanya.

Di tempat kita, Pahang, ada jugak barang yang boleh dibuat cenderahati untuk tujuan ini.Yang paling porpular ialah kain tenun Pahang. Kain tenun boleh didapati di Pulau Keladi Pekan atau Pusat Pembangunan tenunan Pahang Kampong Soi, Kuantan. Kain tenun Pahang mamang lawar dan ekslusif tapi regenya jugak lawa iaitu diantara RM 180 hingga RM 800.00 Rega tersebut mengikut ragi dan coraknya. Macam macam corak ada seperti anak lebah, batang pinang dan lain lain. Kain tenun Pahang sesuai untuk di buat kain samping bagi orang lelaki untuk dipakai dengan baju melayu pada Hari Raya atau bagi yang nak kawin lagi.

Selain dari itu ada jugalah menda lain seperti Kraf Temin. Pasu pasu atau tembikar temin ini dibuat dikampong Temin jerantut. Macam macam bentuk ada dan kita boleh juga membuat tempahan mengikut kehendak kita. Ada juga kraf yang berasaskan kayu. Kayu kayu yang diukir mengikut bentuk ini boleh didapati dibengkel kraftangan di Songsang temerloh.

Kalau ada menda lain seperti batik canting , lukisan dan parang sarung sesuai jugak dibuat cenderahati.

Tapi kalau susah susah sangat beli je barang barang dikedai menjuai cenderahati, bungkus molek-molek , buboh reben dan bolehlah diberi sebagai cenderahati.

4 comments:

Hashim Zabidi said...

endiem, salam,...

Cenderahati.
Tujuhbelas tahun dahulu,
jamuan perpisahan,
terimalah sebuah jam dinding
untuk dikira detiknya
bila akan terhenti.
Hari ini kuharapkan sebatang pena
buat melakar detik nadi
demi sebuah lagi
cenderahati.

ucop said...

Masa-masa gawat gini rasanya cenderahati yg ramai orang nak ialah hok dalam sampul kecik. Isinya dua tiga keping kertas biru (yg besar la). Tak pun yg warna ungu. Lepas jugak susu anak . Yg tak de anak kecik tu boleh la buat isi minyak keta..tak ke senang hati tu..

endiem said...

wsalam..pak hashim..
indah sungguh nukilan yang pak hashim coretkan itu

endiem said...

ucop
Oak ni ingat duit je.. orang nak bagi kita tima aje..