Followers

Monday, September 14, 2009

Semoga Selamat Sampai Ke Destinasi

Ramai godong godong yang akan balik kampung untuk berhari raya pada hari jumaat atau hari sabtu ini. Ada yang menaiki kenderaan awam seperti bas ekspres dan keretapi, ada yang menaki kapal terbang dan feri dan ramai yang menaiki kenderaan sendiri seperti kereta dan motosikal. Tak kira kemana destinasinya, sama ada jauh atau dekat, sama ada ke Kuala Medang, Chegar Perah, Batu Talam, simpang pelangai atau ke Kg. New Zealand sekalipun memerlukan masa dalam kenderaan.

Cuti hujung minggu yang lepas, adalah merupakan masa yang sesuai untuk memastikan kenderaan masing masing elok dan selamat untuk perjalanan tersebut. Maka bengkel, kedai tayar, kedai aksesori kereta dan tempat membasuh kereta telah dikunjungi oleh orang ramai yang datang membaiki kenderaan mereka. Apabila kereta sihat, kita akan yakin sampai ke kampung tetap pada masanya.

Bagaimanapun pada musim musim perayaan begini, kenderaan di atas jalan raya lebih banyak daripada sekala. Ramai yang akan balik kampung serentak. Jalan dan Lebuh raya akan penuh sesak dengan kenderaan. Bandar Raub dan Bentong dijangka akan jem teruk, kerana kenderaan orang tempatan akan bertembung dengan pengguna pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur yang balik ke Kelantan menggunakan laluan ini. Semuanya akan melalui bandar Bentong dan Raub. Tidak ada jalan alternatif tanpa melalui kedua dua bandar tersebut.

Godong godong
di Raub dan Bentong seperti Harith, Zainal, Lan Bai dan Tazali tentu akan sakit pening memikirkan masalah ini. Jalannya mudah amat, hari tu pakai basikal aje.

Kita tak mahu masalah timbul semasa dalam perjalanan ini. Sama ada kenderaan rosak, kemalangan, kena saman speed trap atau apa apa kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Berhati hati dijalan raya..
Biar lambat ( cepat ) asal selamat..
Semoga selamat sampai ke destinasi..

14 comments:

pB said...

moga semuanya selamat sampai tak kira di mana hala tujunya ....

pB bertolak awal , khamis pagi ...
nak ngelak jem la nieeee

Hanisham Ab Halim said...

Time kasih rodong atas ingatan aok tu..

ima shhs said...

tuan blog org mana...hehehe...balik kampung??

Anonymous said...

Koi mmg duduk kat kampung dah! :D

endiem said...

pB..
Selamat balik kampung.. hari jumaat kb lagi sibuk..

Echam..
Aok balik hari apa?

ima..
Koi balik dekat je ke Pekan.. tapi nak balik raub jugak..

Intan..
hati hati membakar lemang ..

Relevan said...

Lor endiem..hari sabtu ni kwn kereja lagi..balik kampung malam raya...15 minit perjalanan jer weh..tiap2 hari boleh balik kampong.. :)

Maiyah said...

salam.. bahang hari raya, Insyaallah suma selamat sampai.. selamat hari raye maaf zahir ye :)

Hashim Zabidi said...

Beli seluar beli baju,
janagan lupa kasut sekali
pacu kereta bior laju,
supaya cepat ke distinasi...

hai said...

hehehe..seronok baca pantun pak hashim...'supaya cepat ke destinasi'...ke batu dua la tu gamoknya!!!

endiem said...

relevan..
kalau sabtu kereja lagi.. bila nak melemang.

maiyah..
doa kami kepada semua pengguna jalan raya.. semoga selamat sampai ke destinasi, selamat hari raya.

Pak hasyim..
kalau laju dah tentu cepat sampai.. tapi sampai kemana?

hai..
selamat hari raya.. aok tak balik ke dong?

eL said...

balik pagi raya lepas subuh...nak merangkak atas jalan raya pun boleh hehehe

endiem said...

tol free lepas 12 malam hingga subuh.

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri

endiem said...

pyan..
Selamat hari raya jugak