Followers

Thursday, September 10, 2009

Syer Lembu

Bekalan daging untuk keperluan Hari Raya dijangka cukup. Kebiasaannya masyarakat kita mendapatkan bekalan daging untuk keperluan di musim perayaan adalah dari pasar atau pasar tani khas yang diadakan sehari sebelum hari raya. Rege daging lembu sekarang ialah RM 18.00. Di seseparuh tempat harga daging lembu atau kerbau meningkat hingga ke RM 22.00.

Nak beli sekilo untuk buat rendang , tak padan. Kurang kurang mahu 3 kilo. Kalau nak beri pada mak atau mak mertua kena tambah lagi, se kurang-kurang 2 kilo lagi, baru lah mak mertua sayang. Itu tak masuk lagi tulang untuk buat sup pada hari melemang. Mahu rabak juga duit raya dekat RM 150.00.

Untunglah godong yang ada membela lembu. Bolehlah sembelih untuk hari raya dan bolehlah jimat belanja sikit. Cubalah pakat pakat dengan godong-godong buat syer lembu untuk hari raya. Untuk seekor lembu carilah dalam 30 - 40 orang untuk menyertai syer ini. Nak cari orang yang ingin masuk syer ini tak susah. Ini bukan nya skim cepat kaya. Buat poster sais A4 dan tepek pada tiang letrik, pokok dan papan kenyataan surau atau masjid. Nyatakan harga satu syer, siapa penganjur dan no. telefon penganjur yang perlu dihubungi. Dan jangan lupa tulis juga " Hanya kepada 40 orang terawal".

Kalau tak de lembu bolehlah beli dari penternak atau peraih yang menjual lembu seperti Mail Paya Rajin atau Mat Zin , Purun. Pilih lah lembu yang jinak sikit supaya senang menguruskannya. Lembu yang bengkeng jangan ditebing, takut pulak kena senggut. Sehari sebelum hari raya lembu tersebut bolehlah diambil untuk disembelih. Ajaklah peserta syer bergotong royong sembelih dan lapah lembu tersebut. Kemudian bagilah daging sama rata sendiri. Daging daging yang molek ialah daging musir dan batang pinang. Begitu juga dengan tulang2 , Ianya boleh dilelong atau dibahagi bahagi jugak.

Kalau ada daging seronok sikitlah beraya, ada rendang, bolehlah cicah dengan ketupat atau lemang.

16 comments:

Anonymous said...

Rege daging lembu katne yg RM18 tu? Koi beli baru ni kat pekan sari, RM20 sekilo. Pokpaleh maheinya. Slalu time nk raya, koi order je daging drp tok peraih.. :)

eL said...

Merioh macam nak kenduri kawen melapoh lembu rame2. Bestnya la. Kat KL nak tengok mcm tu? Mimpilah jawabnya.

Anonymous said...

kepala lembu janganlah pijak pulok..kang masuk mahkamah

pB said...

bagus jugak idea nie

Relevan said...

Kepala lembu tu bg kawan..he he..

Unknown said...

betol tue...memang rabak la...

endiem said...

Intan:
RM 18.00 tu rege tahun lepas. Tahun ni tak tahulah pulok, mungkin naik lagi hingga cecah RM 25.00 sekilo.

eL:
loh aok..kalau kat KL nak nye lapoh aper kot.

pB.
kat kampung boleh bawak idea ini.

relevan.
Aok tok sah main dengan kepala lembu.. nanti masuk geng 12 pulok.

zaidi.
bonus tak de.. kena jimat sikit

noorlara said...

saya jarang buat rendang daging bila rayer ganti dengan sambal ayam dan serunding ikan bilis sebagai kelaianan dan biasanye menjadi kesukaan pengunjung.

lembu, mana le ade mende murah le ni sabar je le, tak beli tak meriah rayer,nak bela lembu bukan? bela ayampun tak kose jadi takde pilihan

Maiyah said...

salam.. sy buat buat tgk :D , rndang daging mesti dlm perayaan nih

endiem said...

noorlara..
Bagus idea tu .. sesekali buatlah kelainan, sambal tumis petai ke.

maiyah..
salam.. kalau buat rendang buat banyak sikit..

Hanisham Ab Halim said...

Bagus idea aok tu.. koi setuju...

endiem said...

Echam..
Cerita senang , nak buat payah gak..he3x.

saharul said...

ni buat rodong2 koi yg nak beli daging lembu kat raya ni baik2 sikit. kita kena pastikan betul2 orang yg jual daging lembu tu lembu yang tak disumpit dengan ubat bius. Maklum le kan, sesetengah tu nak mudah tangkap lembu, dema pakai bius je lembu tu suruh pengsan. Aok bayangkan kalau sebesar2 lembu tu tumbang dek ubat bius tu, apatah lagi kite yang makan daging nya. Kabor dek orang jabatan haiwan, sekurang2nya sebulan selepas lembu/kerbau tu kena bius baru boleh makan dagingnya.
Satu lagi, sekarang ni lembu2 banyak yg kena penyakit kuku dan mulut..kite kena pastikan jugak tu, Cara yg paling molek, nak beli daging, biar kite siasat dulu penjual daging tu camna dia sembelih dan betul ke bidang dia dalam penjualan daging ni...
Koi ingatkan je...maklumle koi duduk kat purun ni rodong2 banyaknya bela lembu dan kerbau belaka..

endiem said...

Ye lah cik gu.. kalau pakai sumpit dengan ubat bius kita pun tak tahu lembu sapa, lembu dia ke lembu curi. Kalau makan daging lembu kena ubat bius tak ke nanar manjang masa raya.

Hashim Zabidi said...

endiem,

idea sembelih kerbau lembu syer jarang -jarang dipraktikkan lagi sekarang. Jaman dulu-dulu, masa kas kecek, sembelih cara syer ni biasa. Dengan RM10. semua boleh dapat sikit sorag. Hati dapat limpa dapat perut dapat tulag dapat. Le ni RM100. sekali hadap aje selesai....

endiem said...

Pak hashim..
ye lah.. le ni daging mahai amat. rasa rasa macam nak bela lembu je.